Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pasangan Cina Langsungkan Perkahwinan Unik Ikut Adat Resam Melayu

[caption id='' align='alignnone' width='753'] Imej dari The Star[/caption] Kepelbagaian kaum, agama dan budaya rakyat Malaysia bukanlah isu yang besar sehingga membawa kepada bibit-bibit perpecahan. Sebaliknya ia adalah simbol keunikan dan keistimewaan yang kita ada untuk dijadikan contoh kepada seluruh warga dunia. Inilah bumi Malaysia bertuah yang kita huni hari ini. Sebagai contoh kisah keluarga Ng ini yang boleh dijadikan inspirasi. Mereka merupakan satu-satunya keluarga berbangsa cina yang tinggal di perkampungan yang rata-ratanya didiami oleh masyarakat melayu. Perbezaan bangsa, budaya dan agama tidak menjadi penghalang untuk keluarga Ng bercampur dengan masyarakat melayu di Kampung Tebuk Haji Musa. Ketika sambutan hari raya, pastinya keluarga Ng akan menziarahi dan turut menyambut sambutan hari raya bersama masyarakat melayu di kampung itu. Begitu juga sebaliknya apabila sambutan tahun baru cina, masyarakat melayu pasti mengunjungi rumah keluarga Ng. Ketua keluarga Ng yang dikenali sebagai Ah Khaw di kalangan penduduk kampung menyatakan budaya melayu sudah sebati dalam diri mereka. Pada hari Ahad yang lepas, anak perempuan yang paling bongsu dalam keluarga ini, Siau Hooi mengikat ikatan perkahwinan bersama dengan jejaka pilihan hatinya yang bernama Lim Choon Yong, 37. Apa yang menarik tentang perkahwinan mereka ialah ianya dilangsungkan mengikut adat resam orang Melayu. Bapa kepada pengantin perempuan ini menjelaskan apa yang dilakukan oleh mereka untuk menunjukkan semangat muhibbah dan perpaduan untuk merapatkan lagi hubungan di antara melayu dan bukan melayu. Kira-kira 2000?orang termasuk saudara mara, rakan dan jiran meraikan pasangan pengantin. Persiapan perkahwinan semuanya dilakukan secara bergotong royong oleh masyarakat kampung, daripada baju pengantin sehinggalah sajian hidangan untuk majlis perkahwinan mereka. Pasangan?ini juga turut akan mengadakan perkahwinan mereka mengikut adat resam masyarakat cina pada hari esok sebelum Siau Hooi pulang ke Singapura yang merupakan tempat suaminya bekerja. 'Ini adalah pengalaman manis dalam hidup kami berdua. Walaupun saya bersekolah di SJKC, tetapi saya sangat rapat dengan jiran Melayu' jelas Siau Hooi. Sumber dari The Star    

Advertisement

Advertisement