Sumber Youtube Alvin Chong
Sudah semestinya korang semua pernah dengar lagu ? Love Yourself ? yang dipopularkan oleh penyanyi yang menjadi kegilaan kaum wanita iaitu Justin Bieber. Lagu ini sentiasa muncul di corong-corong radio tidak kira masa dan kadang-kadang turut diputar dikedai-kedai makan dan pusat membeli belah.
Tetapi , anda pernah dengar tak lagu love yourself versi melayu? Lagu yang kian mencanak popularitinya ini di nyanyikan kembali tetapi dalam versi melayu,apa yang menarik, si penyanyi ini berbangsa Cina. Alvin Chong menggabungkan dua lirik dimana beliau mengekalkan lirik asal pada rangkap pertama dan seterusnya beliau mengubah dan menukar lirik dalam Bahasa Melayu. Jom kita dengar lagu Love Yourself versi melayu pulak !
[embed]https://www.youtube.com/watch?v=s2ray38NwH0&feature=youtu.be[/embed]
Idea bernas pemuda berbangsa Cina ini ternyata menyedapkan lagi halwa telinga pendengar. Sebutan Bahasa Melayu pun seolah-olah tidak menggambarkan beliau seorang berbangsa Cina. Cukup fasih berbahasa melayu suara pun boleh tahan sedap. Tuan badan yang menyanyi pun boleh tahan juga comelnya. Mungkin selepas ini Alvin Chong akan jadi tumpuan kaum wanita pula di luar sana? walau apa pun, ?layan jugak dengar lagu Love Yourself versi Melayu ni. Terngiang-ngiang pulak lagu ni bermain dalam kepala.
Hiburan