
4 Mei kelak, seluruh rakyat Malaysia akan memasuki fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. Beberapa sector ekonomi akan dibuka semula dan kenderaan awam akan beroperasi seperti sedia kala.
Advertisement
Bagaimanapun, Ketua Pengarah kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah merayu kepada kita semua agar rakyat Malaysia mengamalkan normal baharu ketika PKPB. Beliau menyarakankan agar rakyat Malaysia memberi kepatuhan sosial dan bertanggungjawab dan memathui SOP yang telah dikeluarkan oleh KKM.
“Yang penting, apabila kita buka semula ekonomi kita, kita ada garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) itu perlu dipatuhi. Tetapi kita rayu kepada rakyat malaysia untuk amalkan kepatuhan sosial, tanggung bersama dan terus patuh kepada SOP yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya lagi.
“Dua kriteria penting harus dilaksanakan oleh rakyat Malaysia ialah terus mengamalkan normal baharu dan keduanya adalah pemerkasaan komuniti - tanggungjawab bersama untuk memantau tahap kepatuhan sosial. Kalau tak laksanakan, maka tujuan kita untuk kawal (COVID-19) pun mungkin tak tercapai,” katanya lagi.
Sumber Astro Awani