
Pemain kebangsaan Singapura, Safuwan Baharudin secara rasmi umum meninggalkan pasukan Liga Super, Pahang.
Advertisement
Safuwan mendakwa Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang mengambil keputusan melepaskannya biarpun dia masih berbaki kontrak sehingga 2020.
Walau apa jua pun alasannya, Safuwan berkata dia tidak menyesal menyertai pasukan idamannya itu sejak bermain untuk Lions XII walaupun hanya bertahan selama dua musim.
Dia akui bukan mudah meninggalkan skuad Tok Gajah khususnya Kuantan, tempat yang paling disukai serta rakan-rakan yang membuatkan kehadiranya rasa begitu dihargai.

Pemain pertahanan berusia 28 itu bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada semua yang menerima kehadirannya di Pahang sepanjang dua musim ini.
Dia juga memohon maaf kepada penyokong Tok Gajah kerana gagal menghadiahkan trofi musim ini sambil menyifatkan Elephant Army sebagai penyokong terbaik di Malaysia.

Untuk rekod, Safuwan mula bermain di Liga Malaysia pada tahun 2012 bersama Lions XII dan berjaya menjulang trofi Liga Super pada 2013 dan Piala FA pada 2015.
Dia kemudian dipinjamkan kepada Melbourne City FC sebelum menyarung jersi PDRM selama dua musim yang menyaksikannya menjaringkan 14 gol dalam 35 penampilan.

Oleh: Shah Rahimin