Siapa kata target ‘scammers’ ni level mak cik pak cik yang kurang mahir dengan teknologi je?
Haa salah tanggapan korang tu tau!
Advertisement

Buktinya, bulan ni je 2 mangsa yang boleh dikategorikan berpendidikan tinggi dah jadi mangsa ‘scammers’.
Haa itu lah yang terjadi pada remaja dari Sarawak ni yang jadi mangsa penipuan scam di Facebook.
Bayangkan harapan gadis ni untuk melanjutkan pelajaran ke Australia musnah apabila dia ditipu oleh seorang agen 🙁

Lagi sedih, dia dah pun bayar lebih RM13,000 dekat ‘scammer’ tu yang janji akan selesaikan semua urusan kemasukan ke universiti dari tiket penerbangan sampailah tempat tinggal di sana nanti.

Dia sedar yang dia ditipu bila agensi tu tak update langsung tentang perkara tu dan bila dia telefon universiti tu sendiri, nama dia tak tersenarai pun sebagai pelajar di situ.
Kesian kan 🙁
Cerita kedua berlaku awal bulan ni bila seorang doktor di Sabah ni ditipu oleh Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai SPRM dan polis.
Kata ‘scammer’ tu, mangsa ada buat pindahan duit sebanyak RM530,000 dan terlibat dengan pengubahan wang haram dan kegiatan dadah.

Cara nak selesaikan kes tu, mangsa kena bayar RM43,000 ke dalam 2 akaun berbeza.
Lepas dah bayar duit tu, baru lah sedar dia dah kena tipu 🙁
Macam-macam kan cara ‘scammers’ ni nak ambil duit orang!
So, pengajarannya, korang jangan lah percaya bulat-bulat apa yang ada dekat media sosial atau panggilan telefon tu.
Siasat dulu betul-betul dengan pihak yang berdaftar supaya tak ditipu.
Ingat tau jangan senang-senang nak bagi duit korang dekat orang yang tak dikenali!
Oleh: Izzati Amir