Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Senarai Top 10 Selebriti Malaysia Paling Berpengaruh Di Instagram

Sumber dari TallyPress. Instagram merupakan medium untuk perkongsian gambar dengan pengikut serta ianya menjadi trend terkini. Bukan sahaja golongan biasa atau pertengahan sahaja memiliki akaun instagram ini, golongan selebriti dan?elit seperti ahli politik juga turut mempunyai akaun Instagram peribadi termasuk perdana menteri kita.?Instagram juga adalah medium untuk selebriti berkongsi aktiviti harian mereka bersama peminat. Instagram juga adalah?medium pengiklanan yang paling efektif dan ramai artis mengambil kesempatan ini untuk mereka mempromosikan produk atau membuat review. Di sini, kami senaraikan 10 orang artis yang mempunyai pengikut yang paling ramai di Instagram:- 1. Nora Danish . 2 Juta Pengikut. @noradanish Screen Shot 2015-06-30 at 10.27.38 AM Pelakon cantik ini menjadikan Instagram miliknya sebagai medium untuk berkongsi aktiviti rutin hariannya sebagai ibu tunggal dan juga kekasih kepada Nedim. 2. Emma Maembong. 1.9 Juta Pengikut. @emma_maembong Screen Shot 2015-06-30 at 11.38.29 AM Bekas Kekasih Zizan Razak ini yang merupakan pelakon dan model ini sibuk mempromosikan jenama hijab miliknya di akaun peribadi instagram beliau. 3. Zizan Razak. 1.7 Juta Pengikut. @zizanrazak869 Screen Shot 2015-06-30 at 11.44.23 AM Abdul Razak Mohammad Razizan atau di kenali sebagai Zizan Razak merupakan seorang bintang komedi yang tidak asing lagi. Zizan juga melibatkan diri sebagai?sebagai pengacara, usahawan, penyanyi dan juga pelakon. 4. Lisa Surihani. 1.6 Juta Pengikut. @iamlisasurihani Screen Shot 2015-06-30 at 11.51.10 AM Lisa Surihani sering mendapat perhatian di laman sosial media dan tidak lokek untuk berkongsi gambar bersama dengan peminat detik manis bersama suami tercinta, Yusry Kru. 5. Scha Alyahya. 1.6 Juta Pengikut. @schaalyahya Screen Shot 2015-06-30 at 12.06.45 PM Ibu kepada Lara Alana ini selalu berkongsikan aktiviti harian dan gambar anaknya yang comel bersama peminat. 6. Datuk Siti Nurhaliza. 1.6 Juta Pengikut. @ctdk Screen Shot 2015-06-30 at 12.11.17 PM Datuk Siti Nurhaliza merupakan seorang penyanyi dan juga usahawan berjaya dengan menghasilkan produk Simply Siti. 7. Neelofa. 1.6 Juta Pengikut. @noorneelofa Screen Shot 2015-06-30 at 12.18.29 PM Pelakon dan pengacara popular ini telah memuatnaik sebanyak 3,144 gambar dan video untuk tatapan peminatnya. 8. Elfira Loy. 1.5 Juta Pengikut. @elfiraloy Screen Shot 2015-06-30 at 12.21.46 PM Nurul Elfira Loy ?juga turut menjadikan instagram miliknya sebagai medium pengiklanan efektif dengan mempromosikan produk baru dan membuat review sesuatu produk. 9. Nur Fazura. 1.2 Juta Pengikut. @missfazura Screen Shot 2015-06-30 at 12.32.49 PM   Gadis jelita ini merupakan aktres, vj, hos, model ?dan penyanyi popular di Malaysia. Fazura juga sering?berkongsi berita terkini di laman instagram peribadinya. 10. Awal Ashaari. 1.2 Juta Pengikut. @awalashaari Screen Shot 2015-06-30 at 12.38.18 PM Ahmad Awaluddin Ashaari merupakan suami kepada Scha Alyahya. Awal banyak berkongsikan gambar aktiviti kerjayanya sebagai seorang selebriti?terkenal termasuk gambar dan video anaknya Lara di Instagram beliau.

Advertisement

Advertisement