Tutup Iklan Close Ad
Connect with us

Info

Marvel Bakal Terbitkan Filem Superhero Pertama Asia

Published

on

Comik Book

Marvel Studio mengumumkan, filem superhero Asia pertama iaitu Shang-Chi bakal diterbitkan.

Shang-Chi, superhero berketurunan China dan Amerika Syarikat merupakan antara watak superhero dalam komik Marvel.

Terbitan yang julung kali diterbitkan oleh Marvel itu juga akan menampilkan watak Asia sebagai teraju utama filem itu nanti.

Bagaimanapun, pilihan pelakon masih belum lagi diputuskan dan tarikh penggambaran juga masih belum didedahkan.

Destin Daniel Cretton telah dipilih sebagai pengarah filem ini berkenaan.

Sumber

Info

Viral Rakaman Detik Kapal Besar Terumbang-Ambing Di Lautan Akibat Enjin Rosak

Published

on

By

Sebuah kapal persiaran mewah mengalami kerosakan enjin dalam cuaca buruk di pantai barat Norway ditunda ke pelabuhan selepas ratusan penumpangnya diselamatkan menggunakan helikopter.

Kapal persiaran Viking Sky, dengan 1,373 penumpang dan kru itu dilaporkan belayar dari Tromso ke Stavanger.

Seramai 915 penumpang berjaya diselamatkan. Selain dari penumpang warga Amerika Syarikat dan Britain terdapat juga penumpang daripada 14 negara lain.

Ombak kuat menyebabkan perabot bergerak lalu mengakibatkan beberapa penumpang cedera.

Sejumlah 460 penumpang telah diselamatkan menggunakan lima helikopter sebelum operasi dihentikan bagi membolehkan kapal ditunda ke pelabuhan.

Tengok ni.

Bagaimanapun, kru berjaya menghidupkan semula satu daripada empat enjin sebelum kapal itu berlabuh kira-kira dua kilometer dari pantai dan penumpang dianggap selamat walaupun proses pemindahan berlanjutan sepanjang malam.

Continue Reading

Info

Pemain Akan Disekat Sementara, Jika Bermain PUBG Lebih 6 jam

Published

on

By

Umum tahu permainan video popular, Player Unknown’s Battleground (PUBG) versi mobile telah diharamkan di beberapa buah bandar di India kerana didakwa memberi kesan buruk kepada anak muda.

Sebagai respon balasan syarikat pembangunan PUBG, Tencent bakal menjalankan satu ujian skrin khusus untuk menetapkan had masa untuk permainan tersebut.

Menurut Tencent, mana-mana individu yang bermain PUBG melebihi dua jam dan belarutan hingga empat jam mereka akan diberi peringatan atau mesej amaran. Lebih 6 jam pemain akan disekat sementara dan hanya dibenarkan bermain keesokan harinya.

Pihak PUBG sangat komited dalam menjadikan permainan itu sebagai hiburan yang tidak membawa kesan buruk.

Sumber: xda-developers

Continue Reading

Info

Wow! Blackpink, Bintang K-Pop Pertama Miliki Lebih 20 Juta Subscribers Di YouTube

Published

on

By

Sebagai kumpulan K-pop wanita popular dengan jumlah subscribers paling banyak di dunia, Blackpink sekali lagi memecahkan rekod selepas mendapat lebih 20 juta subscribers di Youtube.

Setakat ini, akaun Youtube Blackpink memiliki sebanyak 20,331,684 subscribers.

Pada 23 Mac lepas, YG Entertainment mengumumkan bahawa Blackpink merupakan bintang K-Pop yang pertama memecahkan rekod tersebut. Hanya 20 orang artis dari seluruh dunia yang memiliki lebih 20 juta subscribers pada saluran masing-masing.

Tahniah Blackpink!

Sumber: allkpop

Continue Reading

Info

Kalau Susah Tidur Malam, Try Makan Makanan Ni

Published

on

By

Tidur yang berkualiti sangat penting supaya kerja harian tak tergendala akibat mengantuk. Untuk dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti mungkin korang boleh cuba makanan ni.

nak tidur nyenyak dan berkualiti ? cuba 10 makanan ni. semua nampak sedap!

1. Yogurt

Mengandungi probiotics yang membantu anda untuk dapatkan tidur yang lebih berkualiti

nak tidur nyenyak dan berkualiti ? cuba 10 makanan ni. semua nampak sedap!

2. Daging

Daging mengandungi tryptophan yang membuatkan kita jadi mengantuk

nak tidur nyenyak dan berkualiti ? cuba 10 makanan ni. semua nampak sedap!

3. Tuna

Tuna ada Omega 3 fatty acid yang mengawal tidur kita

nak tidur nyenyak dan berkualiti ? cuba 10 makanan ni. semua nampak sedap!

4. Salmon

Bukan sahaja untuk tidur yang berkualiti, tapi salmon memang bagus untuk kesihatan kita

nak tidur nyenyak dan berkualiti ? cuba 10 makanan ni. semua nampak sedap!

5. Seaweed

Seaweed juga kaya dengan tryptophan yang boleh buatkan kita tidur sepanjang malam

nak tidur nyenyak dan berkualiti ? cuba 10 makanan ni. semua nampak sedap!

6. Avocado

Kaya dengan Vitamin B. Makan semasa pagi atau pun tengah hari.

nak tidur nyenyak dan berkualiti ? cuba 10 makanan ni. semua nampak sedap!

7. Brokoli

Sayur yang paling enak ini mengandungi iron dan menghapuskan kafein yang ada dalam badan kita.

nak tidur nyenyak dan berkualiti ? cuba 10 makanan ni. semua nampak sedap!

8. Almond

Mengandungi Omega – 3, Vitamin B, mangnesium dan kalsium

nak tidur nyenyak dan berkualiti ? cuba 10 makanan ni. semua nampak sedap!

9. Oat

Makan dengan buah-buahan dan kekacang untuk dapatkan tidur yang berkualiti

nak tidur nyenyak dan berkualiti ? cuba 10 makanan ni. semua nampak sedap!

10. Pisang

Kaya dengan magnesium. Jadikan ia snek supaya tidur kita terkawal.

Sumber: This Is Insider

Continue Reading

Info

Wow! Nasi Lemak Antara 100 Makan Tradisional Terbaik Dunia

Published

on

By

Makanan kegemaran rakyat Malaysia, nasi lemak menerima pengiktirafan antarabangsa selepas tersenarai antara 100 makanan tradisional terbaik dunia.

Nasi lemak mendapat rating 4.2 bintang setanding dengan tomyam (Thailand), spaghetti alle cabonara (Rome, Itali) dan tandori ayam (India).

Makanan lain yang tersenarai dalam kategori ini antaranya laksa kari (Singapura), kari kepala ikan (Singapura), som tam (Thailand), rendang (Indonesia).

Sumber

Continue Reading

Info

Negara Paling Gembira 2019

Published

on

By

Finland kekal sebagai negara paling gembira tahun 2019. Dikuti dengan Denmark, Norway, Iceland dan Netherland.

Lapan dari 10 negara paling gembira terletak di Eropah, manakala Kanada dan New Zealand terletak di luar benua itu.

Switzerland, Sweden dan Austria adalah negara-negara Eropah yang termasuk dalam 10 tangga teratas.

BACA: 10 Negara Paling Gembira 2018

United Kingdom menduduki ranking ke-15, naik empat tangga dari tahun lepas. Manakala Amerika Syarikat berada di kedudukan ke-19.

Senarai kedudukan tersebut mengikut tahap kebahagiaan mereka, mengambil kira faktor-faktor seperti jangka hayat, sokongan sosial dan rasuah politik.

Berikut merupakan senarai 10 negara paling gembira tahun 2019.

  1. Finland
  2. Denmark
  3. Norway
  4. Iceland
  5. Netherlands
  6. Switzerland
  7. Sweden
  8. New Zealand
  9. Canada
  10. Austria

Sumber

Continue Reading

Info

Tips Beli Ticket Flight Lebih Murah

Published

on

By

Siapa kata orang yang banyak duit je boleh travel? Tidak ye.. Please betulkan mind set korang. Its actually depends on how you plan your travel and how well you know about travel tips. That’s why la tips tips ni penting dan sangat membantu.

Selalunya harga ticket flight lebih mahal daripada expenses lain. So bila jadi macam ni kena pulak cari destinasi yang lebih sesuai sebab nak cut cost kan.

Nak book ticket flight murah pun ada cara caranya tau. Unless korang jenis yang tak kisah, bolehlah book bila-bila masa. Tips ni khas untuk kaki traveller yang nak berjimat macam Khalie. Hehe. So, jom kita tengok Hot Tips ni!! Might be helpful for you guys in the future.

#1 Beli Ticket Flight Awal

Berdasarkan pengalaman, korang kena tempah tiket sekurang-kurangnya 21 hari lebih awal dari tarikh korang nak terbang. Kalau korang lambat, boleh jadi harga tu makin tinggi atau makin rendah. So, to be safe and ensure the lowest price, just book ticket flight korang awal (3 months earlier). Bila dah book ticket awal boleh lah pilih seat yang korang suka.

#2 Set Price Alert

Let say korang dah tengok flight ticket tapi belum nak beli lagi, set price alert untuk memudahkan korang kalau ade perubahan harga, korang akan dapat notification. Senangkan?

#3 Be Flexible with Date & Time

Ticket yang murah selalunya pada pertengahan minggu contoh hari Selasa dan Rabu. But, let say if korang pergi time weekend ataupun public holiday which will cost more, korang kene flexible dengan date & time. Just search for the cheapest airline ticket. Usually harga akan turun selepas a major public holiday. Early morning and late night flights juga akan menawarkan harga yang paling rendah.

#4 Pilih Connecting Flight

Connecting flight adalah kapal terbang perantaraan, basically it’s a non direct flight. Selalu nya non direct flight ni akan stop di airport tertentu sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi yang ingin dituju. Kalau korang tak rushing boleh la book connecting flight ni sebab harganya murah berbanding direct flight.

#5 Gunakan Pelbagai Travel Portal

Kalau korang nak beli ticket flight try pakai apps ataupun travel portal yang bebeza untuk membuat perbandingan harga. Sebab tak semua source menawarkan harga yang sama. Kena rajin sikit ye, nak murah kan.

#6 Nantikan Last Minute Deal

Kalau korang memang nak tunggu final week untuk beli ticket flight, if you are lucky enough korang dapatlah harga yang murah. High risk skit sebab tawarannya tak banyak so korang kena cepat. (This option can be a hit or miss) Konsep siapa cepat dia dapat.

#7 Clear ‘Cookies’

Yang ini ramai yang tidak tahu. Sila clear-kan cookies pada komputer, dan handphone korang sekiranya korang dah melawat laman web penerbangan 30 hari sebelum itu. Sebab melalui cookies ini, sistem tempahan syarikat penerbangan akan andaikan yang korang sudah tengok laman web itu berulang kali. Jadi, sistem tempahan akan tetapkan harga yang sama sahaja walaupun korang sudah masuk laman web itu berulang kali. Kadang-kadang, harga naik lagi! Jadi, korang amalkan tabiat padam cookies pada internet browser korang tu. Kalau tak tahu nak delete sila tanya Encik Google!

#8 Cari ‘Best Deal’ Untuk Penerbangan Antarabangsa
Kebanyakan syarikat penerbangan akan tawarkan ‘Best Deal’ kira-kira 11 hingga 12 minggu lebih awal untuk penerbangan antarabangsa. Jadi, korang kena rajin periksa harga ticket dalam tempoh ini.

Peringatan:

  • Flexibility & Book Awal adalah tips terbaik untuk ticket flight murah.
  • Last minute deal kalau korang bernasib baik.
  • Bandingkan harga ticket di portal yang berbeza.

One’s destination is never a place, but a new way of seeing things.

Continue Reading

Info

Isi Minyak Masa Cuaca Panas Boleh Meletup, Biar Betul?

Published

on

By

Imej dari Freepik

Baru-baru ini tersebar mesej WhatsApp yang mengatakan amat bahaya mengisi minyak “full” pada musim cuaca panas ini.  Mesej  tersebut menasihatkan orang ramai untuk mengisi minyak petrol setakat separuh tangki, kalau sekiranya diisi penuh tekanan haba akan menyebabkan tangki minyak kenderaan itu boleh meletup. Betul ke?

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) menafikan dakwaan tersebut kerana teknologi serta penyelidikan semasa telah memikirkan langkah-langkah keselamatan untuk memastikan tangki dapat menampung petrol dengan selamat.

Menurut kenyataan dari MIROS, Industri automotif biasanya akan mereka bentuk bahagian-bahagian yang mampu bertahan dalam pelbagai persekitaran. Sebagai contoh, keadaan cuaca di Malaysia, walaupun ia tidak sepanas cuaca di Timur Tengah atau musim panas di Amerika Syarikat.

Imej dari Freepik

Terdapat banyak keperluan yang diletakkan, dan menjadikan kereta berada dalam keadaan lebih selamat dan semakin selamat. Bahkan ketika mengepam minyak ke dalam kenderaan dalam penggunaan biasa, adalah sangat tidak mungkin untuk ianya meletup. 

Dalam reka bentuk kereta moden, mekanisme ‘penutupan automatik’ dalam reka bentuk pam akan menghentikan pengisian selepas petrol mencapai had maksima.

Amalan mengisi minyak kenderaan secara berterusan walaupun pam secara automatiknya  “menutup” ketika mencapai kapasiti maksimum tangki merupakan satu amalan yang tidak digalakkan.

So lepas ni korang boleh je isi minyak sampai penuh okay, alang-alang tengah musim panas ni badan kita pun kena isi air dengan kapasiti maksima juga!

Oleh: Abdul Rahman bin Khairuddin

Continue Reading

Info

Adik Haziq Disahkan Maut Dalam Serangan Tembakan. Al-Fatihah

Published

on

By

Muhammad Haqiz Mohd Tarmizi, 17, telah disahkan maut dalam serangan di Christchurch, New Zealand.

Pengesahan dibuat oleh Wisma Putra dalam satu kenyataan pagi ini.

Haziq antara 50 mangsa yang terlibat dalam insiden berkenaan adalah anak kepada Mohd Tarmizi Shuib, 46, yang juga cedera dalam serangan tersebut.

Rakyat Malaysia lain yang cedera dalam insiden itu ialah Muhammad Nazril Hisham Omar, 46, dan Rahimi Ahmad, 39.

Al-Fatihah buat Allahyarham Muhammad Haziq dan semua mangsa yang terlibat.

Sumber: Awani

Continue Reading

Info

Cristiano Ronaldo Raih Tempat pertama Dalam Senarai World Fame 100

Published

on

By

Untuk tahun kedua berturut-turut, bintang Juventus, Cristiano Ronaldo raih tempat pertama dalam senarai World Fame 100 yang dikeluarkan ESPN baru-baru ini.

Senarai ini mengambil kira 3 ciri iaitu kekerapan carian di Google, wang yang diperoleh daripada penaja, serta jumlah pengikut di laman sosial.

Ronaldo raih carian paling banyak selepas cetus fenomena Julai lalu apabila mendedahkan dia akan meninggalkan Real Madrid untuk menyertai Juve dengan nilai 100 juta euro.

Pemenang Balon d’Or 5 kali itu juga terima 37 juta dolar wang daripada penaja selain memiliki seramai 148 juta pengikut di media sosial.

CR7 berjaya ketepikan bintang bola keranjang LA Lakers, Lebron James dan bintang bolasepak Barcelona, Lionel Messi, masing-masing duduki tempat kedua dan ketiga.

Tahun lalu, Ronaldo turut muncul atlet paling ‘famous’ ekoran berjaya bantu Real Madrid julang trofi Liga Juara-Juara Eropah untuk kali ke-3 berturut-turut!

Orang ke alien dia ni? Hmm. Korang rasa boleh ke Ronaldo jadi atlet paling ‘famous’ untuk 3 tahun berturut-turut?

Oleh: Mohamad Karami

Continue Reading

Trending