Tutup Iklan Close Ad
Connect with us

Teknologi

Media Sosial LiveMe Delete Lebih 600,000 Akaun Bawah Umur

Published

on

Kalau ikut undang-undang, media social ni hanya boleh diguna pakai oleh mereka yang berumur 18 ke atas sahaja. Dan ada juga yang meletakkan umur 13 tahun ke atas sebagai umur minimum untuk memiliki akaun media social.

Tapi zaman sekarang ni bayi yang belum lahir lagi pun dah ada Instagram. Mungkin sebab rasa tanggungjawab, sebuah media social yang dikenali sebagai LiveME telah menyahaktifkan lebih 600,000 akaun yang dimiliki oleh mereka yang bawah umur daripada 13 tahun.

Aplikasi itu telah dimuatnaik sebanyak 90 juta kali. Aplikasi itu berkongsi lokasi dan membenarkan mereka mengenalpasti siapa yang berdekatan dengan mereka. Salah sebuah agensi Affiliate di Los Angeles pernah mendedahkan yang seorang kanak-kanak bawah umur yang menggunakan aplikasi itu telah dijadikan mangsa seksual.

Jadi, ketahuilah kawan-kawan zaman sekarang ni macam-macam manusia ada. Kita tak boleh nak menghalang orang lain, maka kita kawal diri kita. Kalau ada adik-adik bawah umur yang mempunyai akaun media social, elok lah dipadamkan. Bila tiba masanya nanti, boleh lah mereka gunakan akaun tersebut.

 

Sumber: RT.com

Oleh: Azwar Kamaruzaman

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending