Tutup Iklan Close Ad
Connect with us

Info

Membeli Kereta Dengan Skim Zero Down Payment Adalah Salah Di Sisi Undang-Undang

Published

on

Imej dari Freepik

Menurut laporan Harian Metro, taktik yang digunakan kebanyakan syarikat penjual kereta itu semata-mata mahu mengaut keuntungan berlipat kali ganda dan memanipulasi pelanggan mereka.

Tawaran pembelian tanpa deposit itu akan menarik lebih ramai pembeli kerana tidak perlu menyediakan simpanan 10 peratus daripada harga kenderaan berkenaan.

“Ada antara penjual kereta dikesan memanipulasi harga menerusi ciri dan reka bentuk kereta sebelum menawarkan kaedah pembelian tanpa deposit kepada pelanggan.

“Jika pembeli ditetapkan membayar 10 peratus wang pendahuluan daripada harga kenderaan, ia menunjukkan keupayaan pembeli untuk membayar harga bulanan dan juga mampu mengurangkan komitmen bulanan pembeli.

“Selain itu, ia dapat mengelak pembeli disenarai hitam atau diisytihar bankrap sekiranya bayaran bulanan tinggi,”

Berdasarkan Akta Sewa Beli (ASB) 1967, pembeli perlu membayar tidak kurang daripada satu persepuluh harga tunai kenderaan yang termaktub dalam perjanjian, kata Azman Adam, Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Selangor

“Syarikat yang tidak mematuhi peraturan itu boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 31(1) ASB 1967.”

Menurut Azman, pihaknya telah menjalankan Ops 0% ASB 1967 di seluruh Selangor dengan melakukan pemeriksaan terhadap 35 syarikat menjual kenderaan kelmarin. Hasil operasi mendapati 11 syarikat melanggar peraturan kerana tidak mengambil deposit kurang 10 peratus.

“Semua syarikat yang melanggar peraturan itu diarah berhenti mempromosikan iklan ‘zero down payment’ itu dan siasatan lanjut masih sedang dijalankan.”

Oleh: Abdul Rahman bin Khairuddin.

Info

Gunung Everest Terlalu Sesak, Dua Pendaki Maut

Published

on

By

Keadaan terlalu sesak di Gunung Everest, dua pendaki dilaporkan maut.

Punca kedua-dua pendaki yang dikenali sebagai Donald Lynn Cash dan Anjali Kulkarni maut kerana kekurangan oksigen di atas puncak sana.

Kedua-keduanya berusia 50 tahun.

Mereka berdua dikatakan berada di paras ketinggian 8,848, terlalu lama. Lokasi tersebut sememangnya kekurangan oksigen untuk manusia. Lagi-lagj jika mereka berada terlalu lama di situ.

BACA: Mayat Pendaki Gunung Everest Yang Sekian Lama Tertimbus Timbul Semula

Pemandu arah cuba menyelamatkan Donald sebaik sahaja mereka berada tiba di bawah, namun gagal.

Difahamkan, mayat Donald tidak akan dibawa turun daripada gunung itu.

Menurut rakan pendaki Donald, dia akhirnya bersemadi ditempat yang dia inginkan,

Continue Reading

Info

IGTV Kini Menyokong Video Berbentuk Landskap

Published

on

By

Wah! Kini IGTV sudah mula menyokong video berbentuk landskap. Pengguna Instagram hanya perlu memilih sama ada mahu memuat naik video secara potrait ataupun landskap.

Fungsi baru ini sekaligus memudahkan pengguna untuk memuat naik video-video yang sedia ada.

Kalau sebelum ini platform IGTV hanya menyokong video berbentuk potrait atau menegak sahaja, kini tidak lagi.

Fungsi baru mungkin dapat menarik lebih ramai untuk menngunakan IGTV.

Update aplikasi Instagram anda, dan muat naik video-video yang sedia ada hari ini.

Continue Reading

Info

Tukang Kebun Guna Besi Buruk Buat Kereta Kecil

Published

on

By

‘Supercar’ ini dicipta oleh seorang lelaki yang berasal dari Bandar Zhengzhou, China. Kereta ini merupakan sebuah replika mini Lamborghini Aventador, yang dibuat sendiri oleh seorang pekebun tua yang dikenali sebagai Mr. Guo.

Guo menghasikan kereta kecil ini dengan menggunakan besi buruk dan komponen-komponen dari motorsikal lama. Saiznya kereta ini ialah 6.56 kaki x 3.26 kaki dan ia menggunakan kuasa motor elektrik yang padat dengan lima set bateri. Kereta ini dikatakan boleh meluncur sehingga 60km dengan kelajuan 96km/j.

11841113071544859114

“Ianya Cuma mainan untuk cucu saya, akan tetapi saya juga boleh menghantar dan mengambil beliau ke sekolah. Ianya lebih baik dari sebuah basikal elektrik,” jelas Guo.

 

Continue Reading

Info

Tahukah Anda Kepala Kereta Api Laju Di Jepun Meniru Bentuk Paruh Burung?

Published

on

By

Pada tahun 1989, kereta api laju Jepun ‘Bullet Train’, Shinkansen, pernah mengalami masalah besar yang mana ia akan menghasilkan bunyi yang sangat kuat setiap kali keluar dari sebuah terowong.

Sekumpulan pasukan jurutera telah ditugaskan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Eiji Nakatsu, selaku ketua pasukan jurutera dan seorang pencinta burung telah menemui solusi yang diilhamkan dari haiwan kegemarannya.

via GIPHY

Nakatsu telah mengubah suai Shinkansen yang sedia ada dengan menjadikan bahagian paruh burung Kingfisher sebagai rujukan untuk bahagian depan atau kepala Bullet Train yang baru.

Kereta api yang direka bentuk semula itu dilancarkan pada tahun 1997 bukan sahaja menyelesaikan masalah bunyi bising, malah kelajuannya jauh lebih pantas dan penggunaan elektrik juga 15% lebih jimat.

Berikut adalah video untuk membantu anda memahami perkara ini dengan lebih baik:

Continue Reading

Info

5 Tempat Penginapan Unik Di Dunia

Published

on

By

Siapa yang suka bercuti pasti korang ada pengalaman menginap di tempat-tempat yang unik. Tapi sejauh mana keunikkan tempat yang you alls pergi tu?

Jom tengok top 5 tempat yang unik dan cantik yang mungkin akan buatkan korang amaze giler!

ZAANDAM INNTEL HOTEL, AMSTERDAM

DOG BARK PARK INN,COTONWOO, IDAHO , USA

MONTANA MAGICA LODGE, CHILIE

UDANG HOUSE, BALI, INDONESIA

MANTA RESORT, TANZANIA

GIRAFFE MANOR, NAIROBI, KENYA

Oleh: Khalie Azmi

Continue Reading

Info

Standby! Akan Ada Iklan Di WhatsApp Tak Lama Lagi

Published

on

By

Wah! Nampaknya kini giliran WhatsApp pula menjana duit.

Difahamkan, aplikasi ini akan mula memaparkan iklan bermula tahun depan. Langkah ini dilihat sebagai salah satu cara untuk aplikasi ini memperolehi keuntungan daripada penggunanya yang ramai.

Iklan di WhatsApp Stories bukanlah satu benda yang mengejutkan, ini kerana platform milik Facebook seperti Facebook Stories dan Instagram Stories juga sudah mula memaparkan iklan di ruangan tersebut.

Buat anda yang meggunakan WhatsApp sebagai tujuan permesejan dan tidak menggunakan fungsi Stories, anda mungkin tak akan melihat iklan yang dipaparkan pada aplikasi ini.

Continue Reading

Info

Tak Cuci Peralatan Pergigian Dengan Betul, Seramai 563 Pesakit Berisiko Menghidap HIV

Published

on

By

Seramai 563 pesakit yang mendapatkan rawatan pergigian di Dentality Hoddesdon, Hertfordshire, United Kingdom disarankan untuk menjalani ujian HIV.

BBC melaporkan, terdapat beberapa pesakit yang terdedah dengan risiko itu selepas pihak klinik pergigian mendapati seorang doktor pelatih tidak mensteril alat pencuci gigi dengan betul.

Pihak klinik telah menghantar surat kepada para pesakit yang menerima rawatan gigi daripada doktor pelatih, Ekta Parikh.

Lapor The Sun, alat pencuci gigi ultrasonik yang digunakan, dikatakan tidak dibersihkan setiap kali digunakan, sebaliknya ia dibersihkan dua kali sehari.

Foto: Freepik

Perkara itu hanya disedari selepas kaki tangan klinik berkenaa menyedari akan kesan buruk pencuci gigi yang tidak disterilkan dengan sempurna.

Menurut seorang doktor gigi, Dr. Vishaal Shah kepada BBC, risikonya agak rendah namun ujian darah perlu dijalankan sebagai langkah berjaga-jaga.

Foto: Freepik

Difahamkan, doktor pelatih itu masih lagi dibenarkan untuk menjalani praktikal selama 18 bulan, mengikut keputusan oleh Majlis Pergigian Am pada bulan Februari.

Siasatan terhadap pelanggaran kebersihan klinik itu juga masih lagi dijalankan.

Continue Reading

Info

Kuala Lumpur Di Tangga Keempat Lokasi Paling Popular Dunia

Published

on

By

Tahukah anda, Kuala Lumpur, Malaysia telah disenaraikan sebagai tempat keempat paling popular dunia di Instagram?

Senarai kedudukan tersebut adalah mengikut kekerapan pengguna Instagram memuat naik gambar beserta hashtag dan tagged location.

Menurut sebuah syarikat penyedia perkhidmatan pengangkutan United Kingdon, Hoppa, Kuala Lumpur direkodkan sebagai tempat ke-4 pemandangan yang paling kerap dimuat naik di Instagram.

Santiago (Chile) ditempat pertama, diikuti dengan Buenos Aires (Argentina), Kiev (Ukraine), Kuala Lumpur (Malaysia), Antalya (Turki), Cape Town (Afrika Selatan), Phuket (Thailand), San Francisco (Amerika Syarikat), Budapest (Hungary) dan Lagos (Nigeria).

Selain itu, Kuala Lumpur juga berjaya berada di kedudukan 10 teratas untuk kategori perkongsian gambar makanan. Tokyo (Jepun) mendahului untuk kategori ini dan diikuti Taipei (Taiwan), Doha (Qatar), Istanbul (Turki), Osaka (Jepun), Bangkok (Thailand), Kuala Lumpur (Malaysia), Singapura, Abu Dhabi (Emiriah Arab Bersatu) dan Melbourne (Australia).

Continue Reading

Info

6 Tips Jimatkan Tenaga Elektrik Yang Mungkin Anda Tak Tahu

Published

on

By

Cuaca di Malaysia semakin hari semakin panas. Bila cuaca panas, secara tak langsung menyebabkan kenaikan bil elektrik. Mana taknya, air cond dan peti sejuk perlu ‘berkerja keras’ untuk maintain kan suhu.

Bila dah pasang air cond, pasang kipas pula lagi. Manalah bil elektrik tak melambung. Tu belum kira penggunaan peralatan elektrik yang lain lagi.

Ni tips jimatkan tenaga elektrik untuk panduan anda.

1. Tetapkan suhu penyaman udara pada 24 – 26 C. Perubahan dari 20 ºC ke 24 ºC dapat menjimatkan tenaga hampir 33%. Tingkap dan pintu mesti sentiasa di tutup rapat untuk mengelakkan udara sejuk daripada terbebas.

2. Bersihkan peralatan anda lebih kerap. Apabila kotoran mula terkumpul di atas permukaan peralatan tersebut, ia akan menggunakan lebih banyak tenaga elektrik. Sebagai contoh kipas siling kat rumah korang tu, kalau berhabuk sangat baik bersihkan!

3. Menyeterika pakaian dengan banyak sekaligus, ini boleh mengelakkan pembaziran pemanasan semula seterika setiap kali digunakan.

4. Tutup suis kipas apabila anda tiada dalam bilik. Kipas hanya mengurangkan kepanasan badan, ia tidak dapat mengurangkan suhu bilik. Dengan membiarkan kipas berfungsi ia tidak dapat menjadikan bilik sejuk.

5. Tutup atau cabut plag peralatan elektrik apabila tidak digunakan. Semua peralatan seperti television, Astro decoder dan radio menggunakan sedikit tenaga apabila dalam mod rehat (tidak dimatikan). Mod rehat biasanya menggunakan hampir 20% tenaga berbanding kegunaan biasa.

6. Beli barangan elektrik yang jenis cekap tenaga “5 bintang”. Lebih banyak bintang, lebih jimatlah tenaga.

Selain itu, Kadet Cekap Tenaga turut berkongsi 9 kaedah jimatkan elektrik menerusi video muzik mereka. Terhibur tengok!

Tengok ni.

Continue Reading

Info

Lampu LED Boleh Menyebabkan Mata Buta?

Published

on

By

Agensi Makanan, Persekitaran, Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan Perancis (ANSES) mendakwa, cahaya dari lampu LED boleh menyebabkan kerosakan kekal pada retina mata.

Laporan setebal 400 muka surat memberi amaran bahawa cahaya LED yang terlalu terang boleh menyebabkan kerosakan kekal sel retina dan boleh menyebabkan seseorang menjadi buta lebih-lebih lagi dengan penggunaan mentol LED pada lampu kereta.

Mereka juga menggesa pihak berkuas auntuk menyemak semula had maksimum pendedahan kepada cahaya LED.

Walaupun cahaya LED telefon, laptop kurang berbahaya, namun dalam masa jangka panjang ia dikatakan boleh menyumbang kepada penglihatan kabur.

Rujukan: Kosmo

Continue Reading

Trending