Tutup Iklan Close Ad
Connect with us

Trending

Ngeri! Penumpang Dan Pemandu Bergaduh Sampai Bas Terjunam Ke Dalam Sungai

Published

on

Bas terjunam ke dalam sungai telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 13 orang maut. Insiden yang mengerikan ini berlaku di China.

Rakaman keselamatan telah didedahkan oleh anggota polis menunjukkan seorang penumpang wanita telah memukul muka pemandu bas tersebut dengan menggunakan telefon sebelum tragedi itu berlaku.

Pemandu bas tersebut dilihat membalas pukulan penumpang wanita itu sebelum bas tersebut hilang kawalan lalu memasuki lorong bertentangan dan merempuh sebuah kereta dan penghadang jalan dan menjuman dari jambatan ke Sungai Yangtze.

Siasatan mendapati 15 orang termasuk pemandu itu berada atas bas berkenaan. Difahamkan, pertengkaran berlaku selepas wanita itu terlepas hentiannya dan meminta pemandu terbabit berhenti di tepi jalan, namun permintaannya di tolak.

Tengok ni.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ONE NEWS (@malaysiaonenews) on

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending