Tutup Iklan Close Ad
Connect with us

Pelik Tapi Benar

Meniaga Tanpa Permit, Kanak-Kanak Berusia 5 Tahun Didenda RM850

Published

on

Seorang kanak-kanak berusia 5 tahun telah didenda pegawai penguatkuasa kerana menjual lemonade tanpa permit berhampiran festival muzik di kawasan rumahnya yang terletak di timur London.

Pegawai penguatkuasa yang dianggap terlalu bersemangat menjalankan tugas itu telah mendapat kecaman ramai.

Menerusi laporan Daily Mail, kanak-kanak yang didenda RM850 (£150) itu pulang ke rumah dalam keadaan bersedih.

Andre Spicer, ayah kepada kanak-kanak itu terkejut apabila melihat anaknya pulang ke rumah sambil menangis berkata “saya telah melakukan perkara yang tidak baik”.

Difahamkan, Majlis Tower Hamlets telah berjanji untuk membatalkan denda tersebut dan mereka memohon maaf atas insiden tersebut.

Menurut Encik Spicer, yang juga seorang profesor di City University, anaknya itu bukanlah mahu mengaut keuntungan besar, ini hanyalah kanak-kanak berusia lima tahun yang cuba menjual lemonade.

 

Sumber: Daily Mail

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending