Tutup Iklan Close Ad
Connect with us

Trending

Nama Bayi Paling Popular Dalam Tahun 2018

Published

on

Imej dari Freepik

Setiap ibu bapa yang menanti kelahiran anak mereka pasti punya nama yang sudah dipilih yang mereka rasakan sangat istimewa dan ada maksud yang baik. Ada ibu bapa yang bagi nama anak seringkas yang mungkin supaya senang nak panggil. Ada pula bagi nama sepanjang yang boleh sebab nak lain dari yang lain.

Satu senarai dikeluarkan oleh BabyCenter, telah mendedahkan nama-nama bayi paling popular yang menjadi pilihan ramai untuk tahun 2018.

Berikut merupakan senarai 10 nama bayi lelaki dan perempuan paling popular. Tengok ni:

Bayi lelaki

1. Jackson
2. Liam
3. Noah
4. Aiden
5. Caden
6. Grayson
7. Lucas
8. Mason
9. Oliver
10. Elija

Bayi perempuan

1. Sophia
2. Olivia
3. Emma
4. Ava
5. Isabella
6. Aria
7. Riley
8. Amelia
9. Mia
10. Layla

Lokal

PTPTN Kini Tersepit

Published

on

By

Mungkin itulah yang sesuai digambarkan tentang situasi yang dialami perbadanan tabung pinjaman pelajaran itu sekarang.

PTPTN kini tanggung hutang RM40 bilion akibat sistem dan amalan bayaran balik terdahulu!

Kus semangat! Sikit punya banyak!

Pada masa sama kelangsungan operasi perlu terus kan…jadi PTPTN terpaksa buat lagi pinjaman besar dengan institusi kewangan sebab nak beri bantuan kepada pelajar baru.

Disebabkan itu, pihaknya mahu perkenal semula larangan keluar negara kepada peminjam ingkar.

PTPTN juga bercadang sekat peminjam daripada perbaharui passport, lesen, cukai jalan dan lesen perniagaan.

Haaa…kalau ni dikenakan masaklah peminjam tegar dan culas.

Mengulas isu ni Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ada pendapat beliau tersendiri.

Kata Datuk Seri Anwar, beliau berkongsi sentimen rakyat yang tolak cadangan PTPTN perkenal semula larangan berkenaan.

Baginya tidak wajar peminjam tegar ditekan sebegitu khasnya siswazah yang baru tamat pengajian dan belum dapat kerja.

Bagi penulis, hutang memang sahlah tetap kena bayar tapi suara rakyat yang sama tersepit macam PTPTN pun tak bolehlah nak diabaikan.

Harap PTPTN, kerajaan dan peminjam jumpa penyelesaian terbaik yang menjurus kepada ‘menang-menang’.

Jangan gaduh-gaduh. Malaysia kita ni kecik aje.

Emoticon senyum satu!!! 

Oleh: KJ
Foto: AWANI (sekadar hiasan)

Continue Reading

Lokal

SJKC Kuo Kuang 2 Berjaya Pecah Rekod Dunia, Tewaskan Sekolah Di Jepun

Published

on

By

Murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kuo Kuang 2, telah memecahkan Rekod Dunia Guinness selepas berjaya mengumpulkan 2,869 murid dalam sesi pembelajaran alat muzik ukulele selama 30 minit.

SJKC Kuo Kuang 2 berjaya mengatasi rekod lama yang dipegang sebuah sekolah dari Jepun pada 2014 dengan jumlah pelajar seramai 2,400 murid.

Difahamkan, ketika percubaan memecahkan rekod dunia berlangsung terdapat lima pelajar tersingkir kerana ada yang ke bilik air dan ada juga tidak fokus sewaktu proses pembelajaran.

Bukan senang-senang nak pecahkan rekod dunia ni.

Percubaan memecahkan rekod dunia mempunyai garis panduan peraturan yang ketat perlu dipatuhi.

Continue Reading

Pelik Tapi Benar

Cara-Cara Pelik Kejut Sahur

Published

on

By

Dalam bulan puasa ni, umat Islam tak boleh lari daripada ‘drama’ bersahur.
Tapi ‘drama’ yang paling best untuk kita tengok ialah cara nak kejut orang sahur. Kan?

Jom kita tengok ‘drama-drama’ yang berlaku ketika bersahur.

1.’Rem’ motor dalam asrama!

Video yang viral baru-baru ni dipercayai berlaku di sebuah sekolah berasrama di Perlis. 

Punyalah kreatif warden ni, dia bawak masuk motor dalam dorm, lepas tu ‘rem’. 

Memang bingit! Tapi setidaknya pelajar-pelajar ni dapatlah bangun sahur lepas tu solat Subuh terus kan?

Rata-rata netizen memuji kekreatifan warden ni. 

Ada juga yang cakap pelajar-pelajar sekolah tu bertuah sebab ada orang kejutkan mereka bangun untuk sahur. 

Tak dinafikan, perkara ni mesti jadi antara memori indah kesemua pelajar ni.

Ni video dia, korang rasa boleh tidur lagi ke kalau macam ni bunyi dia? Hahahaha.

2.Jet pejuang kejut penduduk sahur!

Kalau motor warden asrama tu tak cukup bising, ni ha jet pejuang! Kalau boleh tidur jugak tak tau lah!

Ini merupakan tradisi di Indonesia yang turut disertai Tentera Udara negara itu. 

Tapi tentera mereka bukanlah guna jet pejuang ni semata-mata untuk kejutkan orang sahur. 

Anggota mereka akan membuat latihan ketenteraan menggunakan jet pejuang itu. 

Dalam berlatih tu, mereka kejutkan penduduk sekitar sekali.

Jet pejuang tu akan terbang lebih rendah apabila dekat dengan kawasan penduduk dan diarah menggunakan afterburner, yang akan hasilkan bunyi bising. 

Antara kawasan terlibat termasuk beberapa bandar di Pulau Jawa dan Yogyakarta.

3.Bersorak satu kampung!

Benda ni lebih mudah kalau jiran-jiran korang semua kaki bola atau ultras. 

Ye! Caranya mudah je. Hafal lagu-lagu kelab bola kegemaran masing-masing atau yang rancak, dan tukarlah liriknya supaya bertemakan bangun sahur. Senang kan?

Cuma pastikan kalau-kalau ada antara jiran korang yang mula shif kerja pukul 4 atau 5 pagi. 

Diorang mungkin akan jadi harimau jadian lah kalau korang buat macam ni masa dia nak tidur tu. Hahahaha.

4.Suruh hantu kejut sahur!

Bukan syaitan semua kena ikat ke bulan puasa ni? Habis tu ni semua apa? 
Masih di Indonesia, ‘hantu-hantu’ ni semua diberi tugas untuk kejutkan penduduk kawasan ni untuk bangun sahur. 

Haa, ada lagi tau hantu yang baik dalam dunia ni. Dah la tolong kejut sahur, siap angkat keranda lagi tu! Steady tak steady?

5.Jadi je hantu terus!

Kalau rasa hantu ramai-ramai tu tak sesuai dengan budaya kita, boleh ambil pendekatan yang lebih personal

Jadi je hantu terus dan baring sebelah orang yang kita nak kejut tu. Confirm terkejut! 

Dalam video ni, siap beristighfar kawan tu sebab hantu kejutkan dia bangun sahur. Sampai lari keluar rumah lah! 

Korang yang jadi hantu tu jangan lah kecik hati kalau kawan-kawan lari sampai keluar rumah. Lagi-lagi kalau korang tak pakai make-up

Mungkin dah lebih kurang sama je rupa korang dengan hantu. Hahahahah. Gurau je.


Oleh: Karami Kamel



Continue Reading

Pelik Tapi Benar

Wanita Terkejut Ex-Boyfriend Menyorok Di Loteng Rumahnya Hampir Tiga Minggu

Published

on

By

Menakutkan! Seorang wanita terkejut selepas mendapati bekas teman lelakinya, tinggal di loteng rumahnya hampir tiga minggu tanpa pengetahuannya.

Padahal, larangan untuk berada berhampiran bekas teman wanitanya telah dikeluarkan pihak berkuasa.

Wanita yang namanya tidak didedahkan atas sebab-sebab keselamatan memberitahu, sebelum itu dia dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena di dalam rumahnya.

Katanya, dia perasan ada perkara-perkara pelik yang berlaku disekeliling seperti pelapik mangkuk tandas di angkat ke atas dan terdapat selimut di atas lantai ruang bawah tanah.

Dia yang tinggal bersama anak-anak perempuanya menganggap dirinya terlalu paranoid, jadi dia mengabaikan perasaan itu dan tidak mahu menghubungi polis.

Pada 20 April, ketika wanita itu berada di dalam rumah dia terdengar bunyi bising yang datang dari tingkat atas dan memutuskan untuk naik dan check.

Ingatkan kucing tapi bukan. Ketika dia membuka pintu bilik tidur, dia mendapati bekas teman lelakinya berdiri di tengah-tengah bilik tersebut.

Cary Cocuzzi sedang berdiri sambil memandang ke arahnya.

Menurut wanita itu, Cocuzzi berlari ke arahnya dan menariknya. Mereka bergelut dan dia bagaimanapun berjaya melawan dan berlari ke luar rumah serta meminta jirannya menelefon 911.

Apabila polis tiba, mereka dapati lelaki itu sedang bersembunyi di bawah timbunan pakaian di dalam rumah.

Cary Cocuzzi memberitahu kepada pegawai bertugas yang dia penat menjadi gelendangan dan dia mahukan tempat tinggal.

Difahamkan, Cocuzzi telah dipenjarakan atas kesalahan mencuri dan melanggar undang-undang dan kini sedang ditahan di Penjara Allegheny County.

Wanita itu dikatakan menyesal kerana tidak bertindak mengikut nalurinya ketika merasakan ada sesuatu yang tak kena.

Kejadian ini berlaku Pittsburgh, Pennsylvania.

Sumber

Continue Reading

Lokal

Scam Tak Kenal Mangsa!

Published

on

By

Siapa kata target ‘scammers’ ni level mak cik pak cik yang kurang mahir dengan teknologi je?

Haa salah tanggapan korang tu tau!

Buktinya, bulan ni je 2 mangsa yang boleh dikategorikan berpendidikan tinggi dah jadi mangsa ‘scammers’.

Haa itu lah yang terjadi pada remaja dari Sarawak ni yang jadi mangsa penipuan scam di Facebook.

Bayangkan harapan gadis ni untuk melanjutkan pelajaran ke Australia musnah apabila dia ditipu oleh seorang agen 🙁

Lagi sedih, dia dah pun bayar lebih RM13,000 dekat ‘scammer’ tu yang janji akan selesaikan semua urusan kemasukan ke universiti dari tiket penerbangan sampailah tempat tinggal di sana nanti.

Dia sedar yang dia ditipu bila agensi tu tak update langsung tentang perkara tu dan bila dia telefon universiti tu sendiri, nama dia tak tersenarai pun sebagai pelajar di situ.

Kesian kan 🙁 

Cerita kedua berlaku awal bulan ni bila seorang doktor di Sabah ni ditipu oleh Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai SPRM dan polis.

Kata ‘scammer’ tu, mangsa ada buat pindahan duit sebanyak RM530,000 dan terlibat dengan pengubahan wang haram dan kegiatan dadah.

Cara nak selesaikan kes tu, mangsa kena bayar RM43,000 ke dalam 2 akaun berbeza.

Lepas dah bayar duit tu, baru lah sedar dia dah kena tipu 🙁

Macam-macam kan cara ‘scammers’ ni nak ambil duit orang!

So, pengajarannya, korang jangan lah percaya bulat-bulat apa yang ada dekat media sosial atau panggilan telefon tu.

Siasat dulu betul-betul dengan pihak yang berdaftar supaya tak ditipu.

Ingat tau jangan senang-senang nak bagi duit korang dekat orang yang tak dikenali!

Oleh: Izzati Amir

Continue Reading

Pelik Tapi Benar

Dapat Makan Free Setahun Selepas Kelentong Pekerja Restoran

Published

on

By

Dapat makan ayam goreng free selama setahun selepas kelentong kakitangan restoran makanan segera itu.

Pelajar lelaki berusia 27 tahun itu dikatakan mendakwa dirinya wakil dari ibu pejabat KFC di Afrika Selatan datang untuk melakukan pemeriksaan.

Foto: Freepik

Lelaki yang tidak didedahkan namanya itu merupakan pelajar Universiti KwaZulu-Natal, Afrika Selatan.

Difahamkan, setiap kali tiba di restoran dia akan masuk dengan penuh yakin dengan menunjukkan kad pengenalan diri lalu terus ke dapur untuk membuat pemeriksaan.

Kakitangan juga diberitahu dia ke sana untuk membuat pemeriksa kualiti makanan yang dihidangkan.

Seorang kakitangan dari salah satu cawangan KFC yang disasarkan memberitahu Xpouzar, apabila dia tiba, kami semua akan berusaha untuk memastikan semuanya berjalan lancar memandangkan dia wakil dari ibu pejabat.

Foto: Freepik

Dia nampak begitu yakin. Malah, rakan-rakan dari cawangan KFC lain turut mengenalinya.

Setiap kali masuk, dia akan bergegas ke dapur dan memeriksa segala-galanya, mengambil nota dan kemudian meminta sampel apa yang dia mahukan.

Dia mungkin bekerja untuk KFC sebelum kerana dia tahu segala-galanya.

Kini dia ditahan pihak berkuasa selepas tindakannya terbongkar.

Meskipun dia telah ditangkap, namun di mata netizen dia dianggap hero kerana tindakannya dianggap genius.

Tweet Kenya Teddy Eugene, seorang wartawan berkaitan isu ini telah mendapat lebih 26,628 retweet dan 60,580 likes.

Sumber

Continue Reading

Info

Inilah Video Pertama Yang Dimuat Naik Ke Platform Youtube

Published

on

By

Tahukah anda, platform Youtube dilancarkan pada 14 Februari 2005?

9 hari kemudian, video pertama telah dimuat naik ke platform tersebut.

Video berdurasi 19 saat berjudul ‘Me at the Zoo’ milik Youtube Co-founder, Jawed Karim secara rasminya menjadi video pertama yang dimuat naik ke platform berkenaan.

Tengok ni.

Selepas 14 tahun, video tersebut masih terdpat di Youtube dengan lebih 68 juta tontonan, 1.9 juta likes dan 72,000 dislikes.

Continue Reading

Inspirasi

Suami Isteri Tanam 4 Juta Anak Benih Untuk Pulihkan Hutan Yang Telah Botak. Lihat Hasilnya

Published

on

By

Jurugambar dari Brazil, Sebastiao Salgado dan isterinya, Leilia Deluiz Wanick Salgado telah membuktikan tiada apa yang mustahil dalam hidup ini. Sekecil manapun usaha seseorang, hasilnya pasti terlihat juga.

Kecewa melihat hutan, tempatnya membesar semakin botak pasangan suami isteri itu nekad menamam semula pokok-pokok di sana.

Pasangan ini telah mengasaskan Institut Terra, iaitu organisasi kecil untuk menanam 4 juta anak benih untuk memulihkan hutan itu.

Penanaman pertama anak benih bagi projek penghutanan semula Bulcao Farm adalah pada Disember 1999.

Katanya, idea itu datang daripada isterinya.

Selepas 20 tahun proses membaik pulih dijalankan hutan tersebut kembali di penuhi pokok-pokok yang menghijau serta hidupan-hidupan lain mula kembali ke tempat asal mereka.

Terbaiklah! Sikap sebeginilah yang harus dicontohi. Yang pasti, tiada apa mustahil dalam dunia ni. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih, gitu.

Sumber:

1. Bored Panda

2. instituto terra

Continue Reading

Info

Filem Detective Conan Atasi Jumlah Kutipan Filem Avengers: Endgame

Published

on

By

Seperti yang anda tahu, filem Avengers: Endgame telah pun mengatasi kutipan filem pecah panggung Titanic baru-baru ini.

Kredit: Twitter James Cameron

Terbaru, Avengers: Endgame dilaporkan mengungguli kedudukan filem dengan kutipan tertinggi di seluruh dunia kecuali di Jepun.

Kredit: Twitter Yullaineedesu

Filem tersebut dikatakan hanya mampu bertahan selama seminggu sebelum filem Detective Conan: The Fist of Blue Sapphire mengatasi kedudukan filem itu.

Lebih menarik lagi, ini bukan kali pertama filem Detective Conan mengatasi kutipan filem Avengers. Sebelum ini Detective Conan: Zero the Enforcer berjaya mendapat kutipan lebih banyak berbanding filem Avengers: Infinity War.

Filem Detective Conan: The Fist of Blue Sapphire akan berada di pawagam-pawagam Malaysia bermula 13 Jun ini.

Continue Reading

Pelik Tapi Benar

Pelik, Ada Pula Syarikat Yang Tawarkan Perkhidmatan Tukang Cakap Untuk Pihak Orang Lain

Published

on

By

Sebuah syarikat online shopping terkemuka di China telah menawarkan perkhidmatan mengupah jurucakap atau tukang pendebat untuk mewakili diri mereka.

Gambar hiasan.

Yelah, tak semua orang mempunyai kebolehan untuk membahas kan.

Harga bagi perkhidmatan tersebut adalah di antara 5 yuan (RM3) dan 20 yuan (RM12) dan ia hanya akan dilakukan melalui panggilan telefon atau teks sahaja.

Sebelum permintaan untuk mengupah tukang cakap diluluskan, syarikat tersebut memerlukan maklumat seperti apa hujah yang anda mahukan, apa yang anda mahu mereka berhujah, dan berapa lama mereka harus berhujah.

Apabila kedua-dua pihak bersetuju dengan terma dan syarat yang diberikan, bayaran harus dibuat.

Sumber

Continue Reading

Trending