Tutup Iklan Close Ad
Connect with us

Lokal

Pasangan Ini Curi Tumpuan Pakai Kostum Kamen Rider Masa Wedding Photoshoot

Published

on

Macam-macam tema majlis perkahwinan dan wedding photoshoot sekarang ni kan?

Baru-baru ni, foto pasangan pengantin baru dari Kelantan viral di media sosial selepas mereka berkongsi foto pengantin lelaki mengenakan kostum Kamen Rider ketika sesi fotografi.

Alif Hakim, 27, peminat fanatik Kamen Rider membeli kostum itu pada tahun lalu. Kostum yang lengkap dengan aksesori pedang dan juga peralatan lain dibeli pada harga RM3,000.

Menurut laporan Sinar Harian, pada hari persandingan pasangan pengantin ini mereka mengenakan baju kahwin biasa namun dimeriahkan dengan kehadiran rakan-rakan dari cosplay Kelantan yang datang dengan pelbagai kostum super hero pilihan masing-masing.

Ini menjadikan majlis perkahwinan Alif Hakim dan Nor Afizan Mohd Utama lebih meriah, unik dan lain daripada yang lain.

Lokal

Orang Awam Tak Boleh Pakai Butang Baju Melayu Logo PDRM

Published

on

By

Aura raya ni memang semacam.

Ada sanggup berhabis duit beli kereta baru nak melaram balik kampung. Biar orang kampung ‘buka mata’ katanya. 

Ada yang suka hias rumah, jadi rumah dihias cukup gah. Lengkap dengan perabot dan peralatan rumah semua baru berkilat.

Ada juga yang tempah baju berpasang-pasang sebab nak beraya rumah terbuka keluarga dan kawan-kawan.

Yang tak mahu kalah mesti akan pilih gaya unik dan berani. Bak kata warganet, biar sampai jadi tular!

Ha yang KJ nak cerita kali ni pasal butang baju Melayu.

Samalah macam busana, sejak beberapa tahun ni rekaan butang baju Melayu pun tak kalah cantik, unik dan pelik.

Sekarang ini tular pasal butang baju Melayu logo PDRM! Ah sudah!!! Mungkin minat sangat ni kot dengan abang-abang polis yang selalu segak bergaya. Mungkinlah…

Tapi tahukah anda ia adalah satu kesalahan sebab orang awam tidak boleh memiliki sebarang logo atau lambang pasukan keselamatan itu tanpa izin.

Justeru PDRM minta penjual berhenti menjualnya dan orang awam tidak membelinya bagi elak dikenakan tindakan.

Kisah dan teladannya kat sini KJ nak cakap, nak bergaya tak salah tapi elakkan perkara-perkara yang akan menyusahkan di kemudian hari.

Polis dah bagi amaran tu jadi sesiapa yang dah beli tu bolehlah tukar kepada butang baju Melayu Avengers Infinity Stone ke…Batman ke…ha Captain America pun ada!

Bolehlah geng dengan anak KJ…hehehe

Oleh: KJ

Foto: AWANI & Facebook

Continue Reading

Lokal

Industri Hiburan Ratapi Kemangkatan Sultan Ahmad Shah

Published

on

By

Kemangkatan Sultan Haji Ahmad Shah diratapi seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat Pahang.

Sultan Ahmad Shah mangkat pada usia 88 tahun di IJN pagi semalam dan dimakamkan di Makam Diraja di Pekan.

Dikenali sebagai Sultan yang berjiwa rakyat dan mudah didampingi sudah pasti baginda berjaya menyentuh jiwa rakyat termasuklah golongan artis di negara ini.

Antara yang sempat berkongsi kenangan manis bersama Almarhum adalah selebriti kelahiran Pahang, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi Instagramnya.

Kata Tokti, kenangan yang tidak akan dilupakan adalah beliau berpeluang membuat persembahan di hadapan Almarhum sejak bersekolah rendah lagi hinggalah menjadi penyanyi tersohor negara.

View this post on Instagram

Apabila ditanya secara live sebentar tadi kenangan terindah bersama Almarhum Sultan Ahmad Shah, saya sendiri sebak mengingatkan saat mengadap Almarhum bersama arwah ayah saya sendiri. Pada 1 April 2005, saya merupakan pengerusi dan pengelola konsert Dato Siti Nurhaliza @ctdk di Royal Albert Hall, London @royalalberthall. Pada ketika itu, proses untuk mendapatkan tarikh agak sukar apatah lagi untuk meyakinkan pihak Albert Hall bahawa syarikat anak Malaysia ini mampu mengendalikan konsert di peringkat antarabangsa. Namun, semangat yang diberikan oleh Almarhum Tuanku membuat saya tekad untuk meneruskan usaha saya pada ketika itu apatah lagi untuk membawa seorang aset seni negara yang sememangnya anak jati Pahang. Cabaran demi cabaran dilalui apabila cuba untuk mendapatkan hak untuk menggunakan “Royal Box” daripada Queen of England dan pihak pengurusan Buckingham Palace bagi menempatkan tetamu-tetamu VVIP dari Malaysia termasuk Almarhum Tuanku sendiri. Syukur Alhamdulilah, surat daripada Buckingham Palace akhirnya tiba untuk memberikan kebenaran kepada saya. Surat itulah yang saya bawa mengadap Almarhum Tuanku untuk merafak sembah dan kehadiran saya disambut dengan senyuman dan galakkan. Kata-kata Almarhum Tuanku takkan saya lupa. “Anak Pahang kita bawa ke mata dunia”. Al-Fatihah.

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on

Penyanyi dan chef selebriti Datuk Fazley Yaakob turut kongsi kenangan manisnya bersama Almarhum apabila dia dipuji kerana martabatkan nama Pahang di mata dunia apabila membawa Datuk Seri Siti Nurhaliza mengadakan konsert di Royal Albert Hall, London.

Sultan Haji Ahmad Shah juga terkenal dengan sifat pemurahnya dalam membantu dan memberi penghargaan kepada mereka yang pernah berurusan dengan baginda. 

Memori indah itu dikongsikan oleh chef selebriti, Datuk Chef Wan ketika memasak sendiri aneka juadah pada majlis makan malam anjuran kerabat Diraja Pahang.

Kata Chef Wan, ada suatu ketika Almarhum teringin makan mee rebus hasil air tangannya sendiri.

Apa yang mengejutkan, selesai memasak dan pulang ke rumah, Chef Wan dapati ada wang tunai RM25,000 dan hadiah seperti telefon baru dan sebuah kamera di dalam begnya.

Apabila ditanya, itu sebenarnya hadiah untuk sajian mi rebus yang disediakan olehnya buat Almarhum.

Selain selebriti tempatan, yang turut berduka cita terhadap kemangkatan Almarhum adalah penyanyi Indonesia, Datuk Seri Rossa.

Kata Rossa kepada Awani, Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah seorang raja yang pentingkan kesederhanaan dan tidak pernah membandingkan darjat antara rakyat dan keluarga diraja.

Kata Rossa, dia tidak dapat lupakan layanan baik yang diberikan oleh Almarhum ketika kali pertama membuat persembahan di depan kerabat diraja Brunei dan Pahang pada 2001.

Datuk Seri Rossa terima darjah kebesaran pertama iaitu Darjah Indera Mahkota Pahang yang membawa gelaran Datuk pada 2013.

Tahun lalu, penyanyi itu terima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang yang membawa gelaran Datuk Seri.

Semoga Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah mendapat husnul khatimah dan rohnya dicucuri rahmat Allah SWT.

Oleh: Izzati Amir

Continue Reading

Lokal

FamilyMart Malaysia Sah Terima Persijilan Halal Dari JAKIM

Published

on

By

FamilyMart Malaysia sah terima persijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan bakal membuka cawangan ke-100 di Jonker Street, Melaka.

Ia juga merupakan kedai pertama dibuka di Melaka, dan yang kesembilan di luar Lembah Klang. Lapan lagi kedai di luar Lembah Klang dibuka di Johor.

Barangan yang rasmi diiktiraf halal merangkumi makanan kegemaran ramai seperti onigiri, bento, sandwic, dan desert serta bahan asas sup untuk oden dan ramuan-ramuan bagi aiskrim sofuto. Senarai ini akan diperluaskan seiring dengan usaha FamilyMart membangunkan produk makanan dan minuman baharu untuk pengguna sebagai sebahagian daripada konsep kedai serbanekanya.

Nampaknya dengan penerimaan sijil halal daripada JAKIM, umat Islam tidak perlu lagi ragu-ragu untuk menikmati hidangan atau makanan ringan yang dijual di sini.

Continue Reading

Lokal

PTPTN Kini Tersepit

Published

on

By

Mungkin itulah yang sesuai digambarkan tentang situasi yang dialami perbadanan tabung pinjaman pelajaran itu sekarang.

PTPTN kini tanggung hutang RM40 bilion akibat sistem dan amalan bayaran balik terdahulu!

Kus semangat! Sikit punya banyak!

Pada masa sama kelangsungan operasi perlu terus kan…jadi PTPTN terpaksa buat lagi pinjaman besar dengan institusi kewangan sebab nak beri bantuan kepada pelajar baru.

Disebabkan itu, pihaknya mahu perkenal semula larangan keluar negara kepada peminjam ingkar.

PTPTN juga bercadang sekat peminjam daripada perbaharui passport, lesen, cukai jalan dan lesen perniagaan.

Haaa…kalau ni dikenakan masaklah peminjam tegar dan culas.

Mengulas isu ni Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ada pendapat beliau tersendiri.

Kata Datuk Seri Anwar, beliau berkongsi sentimen rakyat yang tolak cadangan PTPTN perkenal semula larangan berkenaan.

Baginya tidak wajar peminjam tegar ditekan sebegitu khasnya siswazah yang baru tamat pengajian dan belum dapat kerja.

Bagi penulis, hutang memang sahlah tetap kena bayar tapi suara rakyat yang sama tersepit macam PTPTN pun tak bolehlah nak diabaikan.

Harap PTPTN, kerajaan dan peminjam jumpa penyelesaian terbaik yang menjurus kepada ‘menang-menang’.

Jangan gaduh-gaduh. Malaysia kita ni kecik aje.

Emoticon senyum satu!!! 

Oleh: KJ
Foto: AWANI (sekadar hiasan)

Continue Reading

Lokal

SJKC Kuo Kuang 2 Berjaya Pecah Rekod Dunia, Tewaskan Sekolah Di Jepun

Published

on

By

Murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kuo Kuang 2, telah memecahkan Rekod Dunia Guinness selepas berjaya mengumpulkan 2,869 murid dalam sesi pembelajaran alat muzik ukulele selama 30 minit.

SJKC Kuo Kuang 2 berjaya mengatasi rekod lama yang dipegang sebuah sekolah dari Jepun pada 2014 dengan jumlah pelajar seramai 2,400 murid.

Difahamkan, ketika percubaan memecahkan rekod dunia berlangsung terdapat lima pelajar tersingkir kerana ada yang ke bilik air dan ada juga tidak fokus sewaktu proses pembelajaran.

Bukan senang-senang nak pecahkan rekod dunia ni.

Percubaan memecahkan rekod dunia mempunyai garis panduan peraturan yang ketat perlu dipatuhi.

Continue Reading

Lokal

Scam Tak Kenal Mangsa!

Published

on

By

Siapa kata target ‘scammers’ ni level mak cik pak cik yang kurang mahir dengan teknologi je?

Haa salah tanggapan korang tu tau!

Buktinya, bulan ni je 2 mangsa yang boleh dikategorikan berpendidikan tinggi dah jadi mangsa ‘scammers’.

Haa itu lah yang terjadi pada remaja dari Sarawak ni yang jadi mangsa penipuan scam di Facebook.

Bayangkan harapan gadis ni untuk melanjutkan pelajaran ke Australia musnah apabila dia ditipu oleh seorang agen 🙁

Lagi sedih, dia dah pun bayar lebih RM13,000 dekat ‘scammer’ tu yang janji akan selesaikan semua urusan kemasukan ke universiti dari tiket penerbangan sampailah tempat tinggal di sana nanti.

Dia sedar yang dia ditipu bila agensi tu tak update langsung tentang perkara tu dan bila dia telefon universiti tu sendiri, nama dia tak tersenarai pun sebagai pelajar di situ.

Kesian kan 🙁 

Cerita kedua berlaku awal bulan ni bila seorang doktor di Sabah ni ditipu oleh Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai SPRM dan polis.

Kata ‘scammer’ tu, mangsa ada buat pindahan duit sebanyak RM530,000 dan terlibat dengan pengubahan wang haram dan kegiatan dadah.

Cara nak selesaikan kes tu, mangsa kena bayar RM43,000 ke dalam 2 akaun berbeza.

Lepas dah bayar duit tu, baru lah sedar dia dah kena tipu 🙁

Macam-macam kan cara ‘scammers’ ni nak ambil duit orang!

So, pengajarannya, korang jangan lah percaya bulat-bulat apa yang ada dekat media sosial atau panggilan telefon tu.

Siasat dulu betul-betul dengan pihak yang berdaftar supaya tak ditipu.

Ingat tau jangan senang-senang nak bagi duit korang dekat orang yang tak dikenali!

Oleh: Izzati Amir

Continue Reading

Lokal

Dari Dewi Remaja ke Heroin Filem Aksi yang Bakal Mencetus Fenomena

Published

on

By

Mengenali Fify Azmi, finalis Dewi Remaja yang juga pemegang gelaran Dewi Persahabatan 2014/15, pasti ramai yang terbayangkan seorang gadis feminin, lemah lembut dan berperwatakan sopan. Namun siapa sangka, Fify Azmi kini memegang watak utama dalam filem Wira yang memerlukan beliau melakonkan watak Zain, seorang gadis lasak yang hebat berlawan.

Dewi Remaja 2014/2015

“Menggalas watak utama, bukanlah hanya seindah nama” -Fify Azmi

Pertama kali ditawarkan watak utama dalam filem, Fify menerusi entri di instagramnya menyebut berlakon sambil berlawan bukanlah satu perkara yang mudah. Sepanjang proses penggambaran, Fify perlu menjalani latihan ‘fighting and choreography’ setiap kali beliau tidak terlibat dengan penggambaran.

Fify juga mengalami kecederaan sewaktu menjalani latihan yang mengakibatkan kepala beliau tersembam ke lantai sewaktu menjalani latihan bersama pelakon dari Indonesia, Ismee.

Fify mengakui banyak ilmu yang dipelajari sepanjang waktu penggambaran, Fify juga memberitahu cabaran beliau sebagai seorang pelakon bukan hanya dari segi babak berlawan, melakonkan karakter dengan baik juga dilihat sebagai satu lagi cabaran.

Digandingkan bersama Hairul Azreen, filem Wira juga dibantu Josiah Hogan, Dain Said, Dato’ Hilal Azmi dan Yayan choreographer hebat dari negara seberang. Filem ini yang masih di dalam proses penggambaran dijangkakan akan siap ditayangkan pada tahun ini.

Karya hebat arahan Adrean Tan ini, menggandingkan bersama Hairul Azreen, juga dibantu oleh Josiah Hogan, Dain Said, Dato’ Hilal Azmi dan Yayan choregrapher hebat dari negara seberang. Filem ini yang masih di dalam proses penggambaran dijangkakan akan siap ditayangkan pada tahun ini.

Mengakui banyak ilmu yang dipelajari sepanjang waktu penggambaran, Fify juga memberitahu menggalas watak utama bukan hanya seindah nama. Malah bagaimana cara untuk menzahirkan kepada penonton nanti. Beliau juga bersyukur dikelilingi orang-orang hebat yang tak kedekut untuk mencurahkan ilmu.

Oleh: Khalie Azmi

Continue Reading

Lokal

Ini Cara Untuk Dapatkan Aiskrim Dan Nugget McDonald’s Secara Percuma

Published

on

By

Rasanya takda siapa yang tak suka makan aiskrim kan, lagi-lagi bila orang bagi free.

Berita baik untuk semua! Bermula 19 April hingga 18 Mei 2019 orang ramai boleh mendapatkan aiskrim Sundae Coklat percuma di 4 cawangan McDonald’s yang terpilih.

Apa yang perlu anda lakukan:

1. Pergi antara 4 cawangan McDonald’s ini:

  • McDonald’s Bangi Drive-Thru (Selangor)
  • McDonald’s Section 3 Shah Alam Drive-Thru (Selangor)
  • McDonald’s Jalan Gopeng Drive-Thru (Perak)
  • McDonald’s Jalan Tebrau Drive-Thru (Johor)

2. Bergambar

Berikan senyuman lebar anda di Happiness Machine untuk dapatkan baucer percuma bagi menebus aiskrim Sundae Coklat.

Tengok video ni.

3. Tebus aiskrim anda di kaunter.

Bawa baucar anda ke kaunter untuk menerima Chocolate Sundae percuma dengan sebarang pembelian. Jika anda pengguna Hotlink atau Maxis, tunjukkan aplikasi Hotlink RED atau MyMaxis di kaunter dan anda akan menerima 4 ketul McNugget secara percuma.

  • Senyum untuk dapatkan aiskrim percuma.
  • Senyum + tunjuk aplikasi Hotlink RED atau MyMaxis untuk mendapatkan aiskrim Sundae Coklat dan 4 ketul Mcnugget.

4. Sepasang tiket penerbangan untuk dimenangi!

Kongsikan gambar yang anda ambil di Happiness Machine tadi dan muat naik ke Instagram dan Facebook dengan hashtag #HotlinkxMcD #Smile4Sundae untuk peluang memenangi sepasang tiket penerbangan percuma ke mana-mana destinasi di Asia Tenggara.

Jadi, tunggu apa lagi? Jom ke McDonald’s hari ini!

Jika tidak ada kiosk McDonald’s dengan happiness machine yang berdekatan dengan anda, jangan risau! Anda masih boleh menikmati Tawaran Hotlink Ganjaran hebat dengan aplikasi Hotlink RED.

Muat turun aplikasi Hotlink RED hari ini untuk terus menikmati ganjaran yang hebat ini.

Continue Reading

Lokal

Nak Elak Berbuka Puasa Dalam Jam? Jom Ikut Tips Waze Ni!

Published

on

By

Pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan Ramadan, minggu depan.

Jalan raya confirm la sesak terutamanya sekitar waktu sahur dan berbuka puasa.
Korang mesti tak nak berbuka puasa dalam kereta kan? So, jom ikut tips perjalanan yang dikongsikan oleh Waze ni!

1. Waktu nak pergi dan balik kerja

Waktu ni jalan dijangka paling sesak antara 8 hingga 11 pagi pastu sambung pulak pukul 3 petang ke atas sebab orang dah mula nak berbuka puasa.

So, nasihat kat sini, korang keluar la awal sikit pagi tu lepas sahur nanti takdelah kena marah dengan bos sebab terlewat sampai tempat kerja 🙂

2. Waktu sesuai nak serbu restoran ‘fast food’

Kalau korang tak nak beratur panjang, elakkan pergi restoran makanan segera waktu orang nak berbuka puasa antara pukul 4 petang hingga 7 malam.

Waktu paling best korang boleh beli dengan tenang adalah pukul 9 malam ke atas sebab masa ni orang dah kenyang dah berbuka tadi hehehe.

3.  Waktu sesuai nak lalu sekitar pusat beli belah 

Nak dekat raya ni, pusat beli belah antara kawasan yang jadi tumpuan sebab nak shopping kan? 

Jalan dijangka sesak antara 5 hingga 6 petang sebab bertembung dengan orang yang nak berbuka di rumah dengan mereka yang nak berbuka kat situ lepas shopping.
So, masa sesuai untuk korang cuci mata dengan tenang di pusat beli-belah ialah selepas pukul 7 malam.

4. Waktu sesuai nak berurusan di bank

Sepanjang bulan puasa  ni, jalan dijangka sesak di sekitar bank antara 12 hingga 3 petang.

Tapi jangan risau, lepas pukul 4 ke atas, kesesakan semakin kurang sebab orang dah mula siap-siap nak pergi berbuka puasa.

5. Waktu sesuai nak isi minyak

Nak isi minyak? Elakkan pergi stesen minyak antara 3 hingga 6 petang tau sebab ramai yang bersiap sedia nak pergi berbuka puasa.

So, waktu paling best nak isi minyak tanpa beratur adalah waktu pagi dan lepas berbuka, 7 malam ke atas.

Oleh: Izzati Amir

Continue Reading

Lokal

Kerajaan Umum Status Agama Pada MyKad Terus Dikekalkan

Published

on

By

Kerajaan umum status agama pada MyKad terus dikekalkan.

Jelas Menteri Dalam Negeri, kerajaan belum buat sebarang kajian tentang kesan jika paparan status tersebut digugurkan daripada kad pengenalan diri rakyat Malaysia itu.

Tan Sri Muhyiddin Yassin juga memaklumkan, perkara terbabit pernah dibangkitkan sebelum ini tapi tiada perubahan dibuat.

Namun jika ada pihak kemuka permohonan rasmi, kerajaan perlu kaji dengan teliti sebab ia isu sensitif disamping tidak mahu menimbulkan suasana tidak tenang.

Baru-baru ini, Ahli DAP yang juga Senator Dewan Negara, Nga Hock Cheh cadang perkataan agama digugurkan daripada MyKad.

Menurut beliau, antara penghalang perpaduan adalah kerana setiap individu diberikan identiti mengikut kaum dan agama, bukan identiti nasional.

Namun cadangan itu diselar pihak lain yang anggap ia tidak bertanggungjawab dan tidak peka terhadap hak dan Perlembagaan yang sudah termaktub sejak sekian lama.

Oleh: KJ

Continue Reading

Trending