Tutup Iklan Close Ad
Connect with us

Trending

Pasangan Kantoi Kamera Tersembunyi Di Kediaman Yang Disewa Mereka

Published

on

Percutian pasangan kekasih ini bertukar menjadi mimpi ngeri setelah mendapati terdapat kamera yang tersembunyi di kediaman yang disewa mereka menerusi Airbnb.

Dough Hamilton, 34, menyedari ada sesuatu yang pelik dengan jam yang terdapat di dalam rumah itu. Terdapat satu wayar misteri yang disambungkan dengan sebuah kamera yang disembunyikan di dalam jam tersebut.

Difahamkan, pemilik berkenaan kini dibuang serta merta daripada perkhidmatan Airbnb.

“Siasatan sedang dijalankan dan kami memberi sokongan penuh kepada pengadu,” ujar jurucakap Airbnb, Lindsey Scully.

Katanya lagi, hal ehwal privasi pelanggan merupakan isu yang seiurs dan mereka tidak akan berkompromi mengenai kejadian tersebut.

Pihak polis Toronto kini sedang melakukan siasatan tentang kes tersebut.

Jam kamera itu diletakkan betul-betul mengadap ruang tamu dan bilik tidur sekaligus dapat merakam aktiviti pasangan itu sepajang mereka berada di dalam kediaman itu.

 

Sumber

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending