Tutup Iklan Close Ad
Connect with us

Trending

Pasangan Tidur Berdengkur Antara Punca Kes Cerai Di Malaysia

Published

on

Perkahwinan itu indah tetapi ramai juga yang tidak mampu bertahan dek kerana sebab-sebab tertentu.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkongsi beberapa alasan kes penceraian semasa sesi parlimen pada hari Selasa lepas.

Menurut laporan, antara punca penceraian di Malaysia adalah seperti wanita yang suka mencuci pakaian pada waktu malam, pasangan suami isteri yang mendengkur dengan kuat, makan dalam kereta, dan isteri yang gemar lepak bersama kawan-kawannya.

Selain itu, ideologi politik yang berbeza, suami mempunyai gaji yang lebih rendah daripada isteri mereka, dan suami-suami yang banyak berbelanja juga antara sebab penceraian.

Dari 2013 hingga 2017, terdapat 2,932 perceraian untuk perkahwinan di bawah lima tahun di Malaysia mengikut Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

“Bagi bukan Islam, perangkaan dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan terdapat 14,440 kes perceraian untuk perkahwinan di bawah lima tahun untuk tempoh yang sama,” kata Yeoh.

“Dari tempoh itu, Johor mencatatkan jumlah tertinggi dengan 2,860 kes, diikuti oleh Kuala Lumpur (2,721 kes) dan Selangor (1,858 kes),” katanya.

Data diperoleh dari Jabatan Kehakiman Syariah Selangor untuk pasangan yang berkahwin kurang dari lima tahun.

Sumber: RojakDaily

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending