Tutup Iklan Close Ad
Connect with us

Info

Pelakon Train To Busan, Ma Dong Seok Bakal Bintangi Filem Marvel Bersama Angelina Jolie

Published

on

Siapa yang tak kenal Ma Dong-Seok, bintang terkenal Korea yang dikenali menerusi filem Train to Busan, Along with The Gods: The Last 49 Days dan Wonderful Ghost.

Lakonanya tak pernah mengecewakan.

Filem Wonderful Ghost

Terbaru, dia khabarkan bakal membintangi filem Marvel ‘The Eternals’ disamping Angelina Jolie.

Filem tersebut dijangka akan ditayangkan pada 2025.

Chloe Zhao

The Eternals akan diarahkan oleh Chloe Zhao, pengarah yang berasal dari Beijing.

Info

Kuala Lumpur Di Tangga Keempat Lokasi Paling Popular Dunia

Published

on

By

Tahukah anda, Kuala Lumpur, Malaysia telah disenaraikan sebagai tempat keempat paling popular dunia di Instagram?

Senarai kedudukan tersebut adalah mengikut kekerapan pengguna Instagram memuat naik gambar beserta hashtag dan tagged location.

Menurut sebuah syarikat penyedia perkhidmatan pengangkutan United Kingdon, Hoppa, Kuala Lumpur direkodkan sebagai tempat ke-4 pemandangan yang paling kerap dimuat naik di Instagram.

Santiago (Chile) ditempat pertama, diikuti dengan Buenos Aires (Argentina), Kiev (Ukraine), Kuala Lumpur (Malaysia), Antalya (Turki), Cape Town (Afrika Selatan), Phuket (Thailand), San Francisco (Amerika Syarikat), Budapest (Hungary) dan Lagos (Nigeria).

Selain itu, Kuala Lumpur juga berjaya berada di kedudukan 10 teratas untuk kategori perkongsian gambar makanan. Tokyo (Jepun) mendahului untuk kategori ini dan diikuti Taipei (Taiwan), Doha (Qatar), Istanbul (Turki), Osaka (Jepun), Bangkok (Thailand), Kuala Lumpur (Malaysia), Singapura, Abu Dhabi (Emiriah Arab Bersatu) dan Melbourne (Australia).

Continue Reading

Info

6 Tips Jimatkan Tenaga Elektrik Yang Mungkin Anda Tak Tahu

Published

on

By

Cuaca di Malaysia semakin hari semakin panas. Bila cuaca panas, secara tak langsung menyebabkan kenaikan bil elektrik. Mana taknya, air cond dan peti sejuk perlu ‘berkerja keras’ untuk maintain kan suhu.

Bila dah pasang air cond, pasang kipas pula lagi. Manalah bil elektrik tak melambung. Tu belum kira penggunaan peralatan elektrik yang lain lagi.

Ni tips jimatkan tenaga elektrik untuk panduan anda.

1. Tetapkan suhu penyaman udara pada 24 – 26 C. Perubahan dari 20 ºC ke 24 ºC dapat menjimatkan tenaga hampir 33%. Tingkap dan pintu mesti sentiasa di tutup rapat untuk mengelakkan udara sejuk daripada terbebas.

2. Bersihkan peralatan anda lebih kerap. Apabila kotoran mula terkumpul di atas permukaan peralatan tersebut, ia akan menggunakan lebih banyak tenaga elektrik. Sebagai contoh kipas siling kat rumah korang tu, kalau berhabuk sangat baik bersihkan!

3. Menyeterika pakaian dengan banyak sekaligus, ini boleh mengelakkan pembaziran pemanasan semula seterika setiap kali digunakan.

4. Tutup suis kipas apabila anda tiada dalam bilik. Kipas hanya mengurangkan kepanasan badan, ia tidak dapat mengurangkan suhu bilik. Dengan membiarkan kipas berfungsi ia tidak dapat menjadikan bilik sejuk.

5. Tutup atau cabut plag peralatan elektrik apabila tidak digunakan. Semua peralatan seperti television, Astro decoder dan radio menggunakan sedikit tenaga apabila dalam mod rehat (tidak dimatikan). Mod rehat biasanya menggunakan hampir 20% tenaga berbanding kegunaan biasa.

6. Beli barangan elektrik yang jenis cekap tenaga “5 bintang”. Lebih banyak bintang, lebih jimatlah tenaga.

Selain itu, Kadet Cekap Tenaga turut berkongsi 9 kaedah jimatkan elektrik menerusi video muzik mereka. Terhibur tengok!

Tengok ni.

Continue Reading

Info

Lampu LED Boleh Menyebabkan Mata Buta?

Published

on

By

Agensi Makanan, Persekitaran, Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan Perancis (ANSES) mendakwa, cahaya dari lampu LED boleh menyebabkan kerosakan kekal pada retina mata.

Laporan setebal 400 muka surat memberi amaran bahawa cahaya LED yang terlalu terang boleh menyebabkan kerosakan kekal sel retina dan boleh menyebabkan seseorang menjadi buta lebih-lebih lagi dengan penggunaan mentol LED pada lampu kereta.

Mereka juga menggesa pihak berkuas auntuk menyemak semula had maksimum pendedahan kepada cahaya LED.

Walaupun cahaya LED telefon, laptop kurang berbahaya, namun dalam masa jangka panjang ia dikatakan boleh menyumbang kepada penglihatan kabur.

Rujukan: Kosmo

Continue Reading

Info

Ini Mungkin Set Ping Pong Termahal Dunia

Published

on

By

Memang orang sekarang tak ambil kisah tentang harga. Mahal macam mana pun sesuatu produk tu mesti ada yang beli. Ada yang kata, lagi mahal produk tu lagi berkualiti.

Terbaru, jenama mewah Louis Vuitton telah menghasilkan set koleksi ping pong berharga $2,210 (RM9243).

Set ping pong ini dijual dengan 4 biji bola ping pong yang diletakkan logo ikonik dan sarung ping pong yang mengguna kulit dan corak ikonik jenama itu.

Kalau berduit, membeli barangan mewah pada harga yang tinggi bukanlah suatu masalah kan? Tepuk dada tanya selera.

Continue Reading

Info

Air Jus Buah-Buahan Boleh Jejaskan Kesihatan

Published

on

By

Foto: Freepik

Satu kajian yang dijalankan oleh saintis Amerika Syarikat mendapati minuman jus buah-buahan boleh menjejaskan kesihatan dan memendekkan jangka hayat seseorang.

Menurut laporan Journal of the American Medical Association (JAMA), ia mungkin lebih berisiko daripada minuman berkarbonat.

Ujian dijalankan ke atas 13,440 peserta bagi menguji kandungan gula antara jus buah-buahan dengan air berkarbonat.

Hasilnya, menunjukkan tahap gula dalam jus buah-buahan dan minuman ditambah gula hampir sama tinggi kandungan gulanya dan ini memberi kesan serupa terhadap kesihatan.

Biarpun jus buah tulen mempunyai vitamin dan fitonutrien yang tidak terdapat dalam minuman manis lain, namun secara asasnya kedua-dua minuman itu mengandungi air dan gula. Bezanya hanyalah gula semula jadi dengan gula yang diproses.

Kajian terperinci akan dijalankan oleh pasukan penyelidik itu, namun mereka menegaskan pengambilan secawan 150 militer jus buah sehari tidak membawa risiko jangka panjang.

“Walaupun jus buah tulen mempunyai vitamin dan fitonutrien yang tiada dalam minuman manis lain, kandungan asas kedua-dua minuman itu adalah air dan gula. Perbezaannya cuma gula semula jadi dan gula diproses,” tambah laporan itu.

Rujukan: Kosmo

Continue Reading

Info

Alat Ini Mampu Kawal Suhu Badan Manusia

Published

on

By

Zaman semakin maju, teknologi juga semakin canggih. Macam-macam benda-benda yang bermanfaat bagi kehidupan manusia telah direka.

Terbaru, menurut laporan jurnal Science Advances, sekumpulan penyelidik dari Univerisiti California San Diego yang diketuai oleh Profesor Shaochen Chen dari Jabatan Kejuruteraan Nano telah menghasilkan termostat peribadi yang mampu mengawal suhu badan manusia.

Alat itu dikatakan mampu mengekalkan suhu paling selesa mengikut individu tanpa mengganggu orang lain. Dengan adanya alat ini, ia dijangka dapat menjimatkan kos penggunaan tenaga dan paling penting dapat memberi keselesaan kepada pengguna.

Cumanya, mereka perlu memasang kira-kira 100 alat kecil itu pada satu ves untuk memberi tahap suhu selesa pada anggota badan dan ia mencecah hampir berapa ratus dolar bagi satu ves.

Rujukan: Kosmo

Continue Reading

Info

Kata Pakar, Orang Suka Minum Bubble Tea Kurang Keyakinan Diri?

Published

on

By

Foto: Freepik

Kedai minuman berasakan bubble tea kini tumbuh bak cendawan di Malaysia. Ramai yang sanggup beratur panjang demi secawan air bubble tea.

Moeko Ohno, wakil pengarah daripada syarikat perundingan di Jepun berpendapat, orang yang obses dengan minuman bubble tea dikatakan mempunyai kaitan dengan tahap keyakinan diri seseorang.

Katanya, disebabkan tak nak ketinggalan, ada yang sanggup beratur membeli air itu biarpun tidak menyukainya.

Menurutnya lagi, orang yang cenderung memuat naik gambar-gambar ikut trend ke laman media sosial merasakan mereka berjaya menyesuaikan diri dengan persekitaran apabila menerima banyak “likes”.

Tak dinafikan, memang ada golongan suka mencuba sesuatu benda disebabkan trend, tapi tak semua.

Jadi adakah ke yang bersetuju dengan pendapat wanita ini?

Rujukan: Astro Awani

Continue Reading

Info

Jual Turban Sebagai Aksesori Fesyen, Jenama Terkenal Dikritik

Published

on

By

Sebuah jenama terkenal, Gucci dikecam kerana menjual turban dalam kategori aksesori bukan dalam kategori pakaian.

Disebabkan itu, ramai merasakan Gucci mengabaikan nilai turban lambang kepercayaan sesetengah agama.

Penutup kepala yang diberi nama Indy Full Turban itu laris dijual di Nordstom dengan harga sekitar 790 AS Dollar.

Sumber

Continue Reading

Info

Google Translatotron Boleh Translate Bahasa Kepada Bahasa Guna Suara Asal

Published

on

By

Google baru-baru ini telah memperkenalkan Translatotron, iaitu aplikasi terbaru mereka yang boleh menterjemah bahasa kepada bahasa, tanpa memerlukan teks.

Menurut Google, Translatotron menggunakan teknologi AI dimana ia boleh menterjemah bahasa daripada satu suara kepada suara yang diterjemahkan.

Berbeza dengan Google Translate yang sedia ada, Translatotron tidak memerlukan teks, hanya mendengar suara yang ingin diterjemahkan, dan pengguna boleh memilih untuk diterjemahkan kepada suara dalam bahasa berbeza.

Sumber: CNET

Continue Reading

Info

Kucing Famous Muka Garang, Grumpy Cat Mati Pada Usia Tujuh Tahun

Published

on

By

Grumpy Cat, kucing yang terkenal dengan meme muka garang dilaporkan mati pada usia tujuh tahun.

Menurut pemiliknya, Tabitha Bundesen, Tardar Sauce atau lebih dikenali sebagai Grumpy Cat mengalami komplikasi akibat jangkitan pada saluran kencing.

View this post on Instagram

Some days are grumpier than others…

A post shared by Grumpy Cat (@realgrumpycat) on

Rata-rata peminat Grumpy Cat sedih dengan berita mengejutkan itu.

Grumpy Cat mula dikenali pada tahun 2012, Madame Tussauds di San Francisco pernah menghasilkan patung lilin Grumpy pada 2015 dan pemilik Grumpy Cat pernah menang kes saman kerana ada syarikat yang menyalahgunakan wajah Grumpy Cat pada produk lain.

Malah, Grumpy Cat juga terkenal dikalangan para selebriti.

Grumpy RIP Grumpy Cat!

Continue Reading

Trending