Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Burger Paling Mahal Di Dunia Hampir Cecah RM10,000

Burger paling mahal di dunia yang diiktiraf oleh Rekod Dunia Guinness berharga RM9,800. Chef Diego Buik dari restoran South of Houstan di The Hague telah mencipta burger yang ditaburi dengan Daun emas. Burger berharga ?1,785 (RM9,800) itu mengandungi wagyu Jepun yang diperam dengan teknik khas, patti daging Black Angus, udang galah Oosterschelde yang direndam dengan arak, foie gras, truffle putih, keju Remeker, tomato Jepun dan kaviar. Salad dari Perancis, daging dari Iberia dan sos khas dibuat daripada 35 udang galah, kopi Blue Mountain Jamaica, vanilla Madagascar, safron dan kicap Jepun juga dicampurkan di dalamnya. Burger termahal ini dihasilkan pada Hari Burger Antarabangsa pada 28 Mei yang lepas. Difahamkan, burger mahal itu tidak disenaraikan dalam menu restoran. Nak makan kena buat pesanan awal.   Sumber: Harian Metro

Advertisement

Advertisement