Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Para Pelancong Ini Terpaksa Bayar RM240,000 Untuk Makan Malam?

Sebuah restoran di Shanghai, China disiasat selepas menerima aduan daripada pelancong Dubai yang makan di restoran ini, kerana terpaksa membayar bayaran tidak masuk akal. Pelancong Dubai itu bersama 7 rakannya terpaksa membayar 400,000 yuan kira-kira RM240, 000) untuk 20 jenis menu makan malam. Gambar resit dari Maggie?s Restaurant ini mula viral di media sosial China bulan lepas memaksa pengurus restoran itu menafikan dakwaan itu sekerasnya dengan mengatakan restoran itu tidak pernah menghidangkan makanan yang dinyatakan di dalam resit. Tetapi chef di restoran itu, Sun Zhaoguo, mengakui restoran itu menghidangkan kesemua makanan yang tersenarai pada resit pada harga jauh lebih mahal kerana makanan ini dimasak khas untuk pelanggan VIP dan menggunakan bahan-bahan berkualiti serta mahal seperti sup ekor buaya dan jeli abalone.   Kredit: OddityCentral

Advertisement

Advertisement