Tutup Iklan Close Ad
Connect with us

Pelik Tapi Benar

Pencuri Minta Maaf Menerusi Emel, Rasa Bersalah Rembat Laptop Pelajar

Published

on

Viral di laman Twitter apabila seorang pelajar universiti kehilangan laptop didakwa menerima emel maaf daripada pencuri tersebut. Difahamkan, pencuri tersebut menjelaskan situasi hidupnya yang sangat susah hingga mendesak dia untuk melakukan jenayah itu.

Emel maaf yang diterima itu menjadi viral di Twitter selepas rakan rumahnya berkongsi ‘screenshot‘ yang ditulis pencuri tersebut.  Pencuri laptop itu juga turut menulis bahawa dia juga boleh mengambil telefon dan dompet mangsa tetapi memilih untuk tidak berbuat demikian.

“Saya telah meninggalkan telefon dan dompet anda , jadi saya berharap ada pertimbangan dari anda “

Lebih melucukan, pencuri tersebut tahu pemilik laptop merupakan seorang pelajar universiti dan bagi menebus rasa bersalahnya, dia memberitahu akan menghantar segala dokumen berkenaan tugasan pelajar tersebut menerusi email.

Screenshot yang dimuat naik viral hingga mendapat puluhan ribu retweet dan likes di Twitter , malah ada juga yang memuji tindakan baik pencuri tersebut. Tapi mencuri tetap mencuri. Jadi, kalau korang kat situasi macam ni, apa tindakan yang korang akan buat?

Sumber

Pelik Tapi Benar

Lihat Bagaimana Dua Individu Ini Menyeberangi Jalan. Suka-Suka Dia Hati Je!

Published

on

By

Satu rakaman CCTV menunjukkan dua insiden berlainan masa ketika dua individu cuba menyeberangi jalan raya. Aneh-aneh je perangai manusia ni kan.

Seorang cuba menyeberangi jalan raya dengan memanjat pembahagi jalan. Seorang lagi, main tolak saja pembahagi jalan tu untuk memudahkannya melintas jalan.

Tengok dari jauh, memang nampak pembahagi jalan tu jatuh serupa domino efek. Tengok ni.

Mustahillah kat kawasan tu tiada jejantas, lintasan pejalan kaki atau jalan bawah tanah yang disediakan.

Jika semua kemudahan telah disediakan, pengguna sepatutnya tidak boleh melintas jalan sesuka hati.

Continue Reading

Pelik Tapi Benar

Mayat Pendaki Gunung Everest Yang Sekian Lama Tertimbus Timbul Semula

Published

on

By

Mendaki gunung tertinggi di dunia merupakan salah satu cabaran terbesar, dan dilaporkan hampir 300 pendaki telah meninggal dunia dalam cubaan menawan puncak itu.

Peningkatan suhu dunia menyebabkan lapisan salji di Gunung Everest mula mencair. Ini secara tidak langsung menyebabkan mayat-mayat pendaki yang sudah lama hilang ditemui semula.

Menurut bekas presiden petubuhan pergunungan Nepal, Ash Tshering Sherpa, mayat-mayat pendaki yang meninggal sejak beberapa tahun lepas telah pun dibawa turun.

Menerusi laporan Mirror UK, terdapat seorang individu yang memaklumkan mereka melihat tangan dan kaki mayat-mayat lama kembali muncul.

Sumber

Continue Reading

Pelik Tapi Benar

Anak Kambing Berjalan Macam Manusia Curi Perhatian

Published

on

By

Video aksi comel seekor anak kambing betina berjalan menggunakan kedua-dua kakinya jadi viral.

Menerusi rakaman video Lokesh Mishra, menunjukkan anak kambing itu berjalan menggunakan kaki belakangnya cuba mengimbangkan badannya di kampung Ramdiri, di negeri Bihar, Utara India.

Menurut pemilik kambing itu, Lokesh Mishra, anak kambing itu lumpuh kaki hadapan sejak lahir.

Mulanya mereka sudah berputus asa dengan kambing tersebut, namun dalam masa beberapa hari sahaja, kambing itu sudah pandai berlari menggunakan kaki belakangnya.

Rata-rata penduduk kampung semakin sayangkannya dan ramai yang suka merakam gambar dan video kambing itu.

Pakar veterinar tempatan percaya, kambing itu mungkin lumpuh ketika masih di dalam perut ibunya, mungkin ketika bergaduh dengan kambing lain.

Tengok ni.

Sumber

Continue Reading

Pelik Tapi Benar

Hotel Mewah Yang Pelik Dan Design Yang Tak Masuk Akal

Published

on

By

Sebelum ni kita dah dengar akan dibina sebuah hotel angkasa. Ada juga hotel atas pokok. Tak kurang juga hotel berkonsep capsule dan sebagainya. Tapi, kali ini kami nak kongsi dengan korang sebuah hotel mewah yang mempunyai design yang pelik dan tak masuk akal yang akan dibina.

Tetra Hotel akan dibina menggunakan modular system. Kalau korang tengok design ni memang tak masuk akal sebab mana boleh sebuah struktur boleh berdiri dengan stabil sekiranya tapak kecil tapi badan besar.

Bukan tu je, hotel mewah ini juga akan berbentuk prism dan memang dari lain yang lain. Buat masa ini masih belum ada tempat yang spesifik di mana hotel itu akan dibina. Tapi tempat yang dirancang adalah UK, Kanada, Norway atau Cape Verde.

Kontraktor yang bertanggungjawab untuk membina hotel ini adalah kontraktor dari Kanada, WSP. Kontraktor ni pernah membina Shard, London dan juga pembangunan semula Stadium Standford, Chelsea.

Sumber: Daily Mail

Continue Reading

Pelik Tapi Benar

Nyamuk Terbesar Di Dunia Ditemui di China

Published

on

By

Berapa besar size nyamuk yang pernah korang jumpa? Dikatakan nyamuk terebesar di dunia ditemui di China dengan saiz sayap sepanjang 11.15 sentimeter. Besar tu weyh!

Nyamuk tu ditemui oleh entomologis dari China, Zhao Li sewaktu mengada pemeriksaan di pergunungan Qingcheng pada bulan Ogos yang lalu. Zhao berkata dia mengambil masa agak lama untuk mengesahkan serangga tersebut adalah nyamuk yang terbesar di dunia sebelum mendedahkannya pada umum.

Panjang nyamuk ini adalah 5 sentimeter dan saiz sayap nyamuk ini pula 11.15 sentimeter. Dengan ukuran tersebut, size nyamuk ini mnejadi 10 ganda lebih besar dari saiz nyamuk biasa.

Sumber: scmp.com

Oleh: Azwar Kamaruzaman

Continue Reading

Pelik Tapi Benar

Alergi Terhadap Kacang, Wanita Sembunyi Dalam Tandas Pesawat

Published

on

By

Bila alergi terhadap sesuatu benda, tak kisahlah makan, sentuh atau menghidu saja pun tetap berisiko.

Seorang penumpang terpaksa bersembunyi di dalam tandas pesawat selama sejam akibat alahan terhadap kacang.

Laura Merry menggunakan syarikat penerbangan Qantas Airways terbang ke Australia untuk melawat kakaknya.

Walau bagaimanapun, dia terkejut selepas krew kapal terbang mengumumkan akan menghidangkan snek iaitu kacang Almond kepada semua penumpang.

Difahamkan, Laura telah memaklumkan kepada Qantas Australia mengenai alerginya terhadap kacang sebelum membuat tempahan tiket, dan telah menyediakan dokumen bertulis untuk mengesahkan bahawa mereka tidak akan menghidangkan kacang di atas pesawat. Namun lain pula jadinya.

Menurut Laura, pihak penerbangan mendakwa tidak mendapat sebarang maklumat tentang alahannya itu.

Bagaimanapun krew kabin ada memberikannya topeng muka. Tetapi menurut beliau, topeng bukan penyelesaian kepada reaksi alahan. Bimbang akan tindak balas alahan kacang almond terhadap antibodinya, dia memutuskan untuk duduk di tandas sepanjang penerbangan.

Sumber

Continue Reading

Pelik Tapi Benar

Dihalang Naik Tren Gara-Gara Pakai Make Up Ala Gothic

Published

on

By

Gara-gara memakai makeup ala gothic gadis ini dihalang dari menaiki kereta api bawah tanah.

Menurut laporan South China Morning Post, gadis itu memakai dress hitam, lipstik merah gelap serta pembayang mata berwarna ungu diarahkan membuang solekan itu sebelum menaiki tren kerana ia akan menakutkan penumpang yang lain.

Tak puas hati dengan tindakan pekerja Metro Guangzhou gadis tersebut bertindak meneruskan perjalanan menaiki tren tanpa membersihkan makeup di mukanya.

Dia kemudiannya memuat naik status di Twitter menulis, “Saya berharap dapat menggunakan platform yang agak terbuka ini untuk mencabar pihak berkuasa: apa undang-undang yang memberi anda hak untuk menghalang dan membuang masa saya?” tulisnya.

Post tersebut berjaya mencuri perhatian ramai dan rata-rata menyokong tindakan gadis itu.

Susulan itu, perkhidmatan Metro Guangzhou telah meminta maaf secara terbuka selepas kenyataan gadis itu mendapat perhatian.

Sumber

Continue Reading

Pelik Tapi Benar

Ikan Emas Mati, Budak 4 Tahun Bawa Ikan Peliharaan Tidur Sama

Published

on

By

Dah nama pun haiwan peliharaan, mestilah kita sayangkan.

Samalah macam adik Everett Hamlin ini. Dia punya sayang kat ikan emas peliharaan keluarga sampai keluarkan ikan tu dari akuarium untuk dipeluk sewaktu tidur.

Kejadian itu disedari ibunya, Tori tak lama kemudian. Bertambah pilu, bila ikan itu ditemui mati dalam genggaman tangan Everett.

Ternyata Everett berasa sedih selepas dimaklumkan tentang kejadian itu. Dia hanya mahu membelai ikan tersebut dan tidak menyangka ikan itu akan mati jika dibawa keluar dari akuarium.

Menurut ibunya, Everett baru berusia 4 tahun dan dia tak faham apa yang dia dah buat. Dia hanya cuba untuk menunjukkan kasih sayang terhadap ikan itu.

Tori sebenarnya tak sangka bagaimana anaknya berjaya menangkap ikan tersebut dan membawanya keluar dari akuarium.

Sumber

Continue Reading

Pelik Tapi Benar

Sikit Je Lagi 2 Lelaki Yang Menyamar Jadi Zebra Nak Kena Baham Dengan Singa

Published

on

By

Nasib baik mereka berdua selamat. Video berdurasi 42 saat ini menunjuk dua individu memakai kostum zebra dilihat berkeliaran di kawasan savana cuba menghampir zebra-zebra yang lain.

Malangnya, tiba-tiba muncul kawanan singa yang cuba menyerang mereka secara agresif. Mereka diserang sehingga kepala ‘zebra’ itu terputus dari badan.

Selepas singa-singa itu beredar, kedua-dua lelaki itu kelihatan berlari meninggalkan tempat berkenaan. Gatal sangat nak jadi zebra, kan dah kena. LOL!

Tengok ni.

Sumber

Continue Reading

Pelik Tapi Benar

Penyelam Kongsi, Pengalaman Ngeri Ditelan Ikan Paus

Published

on

By

Malang tu tak berbau. Seorang penyelam dikatakan tidak sedar yang dia telah ditelan oleh seekor ikan paus.

Insiden itu berlaku ketika Rainer Schimpf, 51, menyertai ekspedisi mendokumentasikan hidupan laut di luar pantai Port Elizabeth, Afrika Selatan.

Nasibnya baik kerana ikan gergasi jenis Bryde itu memuntahkannya kembali. Dia dilaporkan berjaya keluar dari mulut ikan paus itu melalui tekanan air yang dilepaskan mamalia itu.

Tengok ni.

Rainer dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dari insiden tersebut.

Continue Reading

Trending