Tutup Iklan Close Ad
Connect with us

Trending

Penjualan Produk Salad Ini Perlu Dihentikan Serta Merta – KKM

Published

on

Menerusi laporan Astro Awani, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan produk Iceberg Lettuce iaitu sejenis salad jenama Vege 2 Fresh yang dijual di pasaran tempatan telah dicemari bahan kimia fipronil.

Difahamkan, KKM telah meminta syarikat menghentikan penjualannya dengan serta merta.

“Laporan tersebut menyatakan pihak AVA mengarahkan produk lettuce berjenama Pasar dan Iceberg keluaran Malaysia dengan berat 400 gram setiap produk ditarik balik dari pasaran Singapura kerana dikesan tercemar dengan bahan kimia fipronil.

“Fipronil adalah sejenis racun serangga biasanya digunakan ke atas haiwan untuk mengatasi masalah kutu dan hama. Pengambilan fipronil pada paras tinggi dalam jangka pendek boleh menyebabkan berpeluh, loya, muntah, sakit kepala, sakit perut, pening, resah, lemah dan kekejangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Hasil analisis mendapati 97 (1.8%) sampel dikesan mengandungi residu racun perosak melebihi kadar maksimum yang dibenarkan dan tindakan penguatkuasaan telah dijalankan, tulis Astro Awani.

Sekiranya anda mempunyai kemusyiklan melibatkan isu makanan, bolehlah terus menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri melalui laman web rasmi atau Facebook (BKKM).

 

Sumber

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending