Tutup Iklan Close Ad
Connect with us

Seram

Penonton Histeria Tengok Persembahan Ulek Mayang

Published

on

Ulek mayang antara seni persembahan melayu dan banyak dimainkan dalam kalangan oran pantau timur. Ulek mayang boleh dikategorikan sebagai teater muzikal sebab di dalam persembahan itu terdapat beberapa seni yang digabungkan. Antaranya persembahan pantun yang dilagukan, tarian mengikut lagu dan irama serta dilakonkan oleh watak-watak tujuh orang puteri, watak pawing atau bomoh dan pesakit.

Ulek mayang juga sering dikaitkan dengan perkara mistik. Dikatakan tarian ini mempunyai sifat misteri yang tersendiri. Dikatakan sesiapa yang menyanyikan lagu tersebut cenderung untuk diganggu oleh entiti misteri. Tetapi sejauh mana kebenaran kenyataan itu, tidak dapat dikenalpasti.

Video penonton terkena histeria ketika menonton persembahan Ulek Mayang menjadi viral di laman sosial. Ada yang mendakwa ianya hanya lakonan semata semata dan sebaliknya.

Jom saksikan sendiri video ni bawah ni.

 

Seram

BLACKPINK Buka Mulut Mengenai Dorm Mereka Berhantu

Published

on

By

Tak semua orang pernah melalui pengalaman berhadapan dengan gangguan makhluk halus atau benda-benda mistik ni.

Biasalah, ada yang percaya dan tidak percaya apabila mendengar kisah-kisah seperti ini.

Jisoo dan Lisa daripada kumpulan BLACKPINK juga tak terlepas dari berhadapan dengan kejadian paranormal.

Pengalaman menyeramkan itu dikongsikan oleh mereka berdua ketika ditemu bual oleh sebuah stesen radio di L.A.

Menurut Lisa, ketika dia tidur di biliknya dia terdengar seseorang mengetuk almari pakaiannya. Badannya tiba-tiba tidak dapat bergerak seperti ditindih, dalam Bahasa saintifiknya ia dipanggil ‘sleep paralysis’ dan tak lama selepas itu dia terdengar pula suara orang ketawa di telinganya. Apabila dia tersedar dari sleep paralysis, suara tersebut terus hilang.

Pengalaman Jisoo pula bukan untuk orang yang lemah semangat. Katanya, ketika dia sedang menari di depan cermin di dalam walk-in closet dia melihat tangan putih di antara pakaian. Dia begitu takut lalu melarikan diri.

Namun Jisoo hanya membuka mulut sekembalinya Lisa dari Thailand yang menceritakan perihal pertemuannya dengan seorang psikik di Thailand yang mengatakan ada sesuatu yang tidak kena dengan almari di rumah mereka.

Psikik itu berpesan agar mereka semua berhati-hati kerana almari di dorm mereka berhantu.

Tengok video minit ke 9.53.

Rentetan dari beberapa peristiwa yang menakutkan itu, BLACKPINK kini tidak lagi tinggal di dorm tersebut.

Sumber

Continue Reading

Seram

Tingkat 4 Hotel Ini Boleh Membuatkan Korang Rasa Trauma Untuk Hidup

Published

on

By

Stanley Hotel yang terletak di Colorado telah dibuka oleh seorang inventor industri automobile, F O Stanley pada tahun 1907. Semenjak dari itu juga, tempat itu sering dijadikan sebagai tempat untuk melakukan aktiviti paranormal.

Salah seorang pekerja hotel yang mati pada tahun 1911, Elisabeth Wilson, dikatakan sering muncul dalam bilik nombor 217 dan mengganggu tetamu. Roh Elisabeth sering membantu tetamu unpacking dan juga menyorok barang-barang mereka.

Kalau korang pergi stay dekat hotel ni, kami cadangkan stay dekat level 4. Sebab dikatakan dekat level ni selalu terdengar kanak-kanak berlari dan suara kanak-kanak ketawa. Bukan tu je, hantu Mr Stanley dan isterinya juga sering muncul di lobi hotel tu. Roh isterinya juga sering bermain piano dalam bilik muzik.

Weyh, scary gila. Korang berani tak stay dekat hotel ni?

Sumber: telegraph

Oleh: Azwar Kamaruzaman

Continue Reading

Seram

Disangkakan Hantu, Ramai Yang Ketakutan Selepas Melihat Foto Ini

Published

on

By

Sekali pandang nampak menyeramkan. Foto yang dimuat naik ke akaun Twitter ini membuatkan ramai berasa takut selepas melihatnya.

Dalam foto tersebut, terlihat wajah pucat dengan mata bulat bersinar yang kelihatan samar-samar bentuk mukanya.

Foto itu membuatkan netizen terkejut sekaligus takut.

Namun, kisah disebalik foto menyeramkan ini pasti membuatkan ramai yang tergelak besar!

Ternyata, itu hanya foto bahagian perut seekor kucing betina. Kebetulan, kucing berwarna hitam itu sedang tidur sambil mengiring. LOL!

Continue Reading

Seram

Disangkakan ‘Hantu’ Tanpa Muka, Netizen Ketakutan Selepas Melihat Foto Ini

Published

on

By

Seorang lelaki yang berasal di China telah membuatkan pengguna media sosial ketakutan dengan gambar selfie nya. Ramai yang menyangka lelaki itu tidak mempunyai wajah.

Foto selfie lelaki ini telah di muat naik di laman sosial yang popular di China iaitu Weibo. Lelaki ini dikatakan telah meminta bantuan orang ramai untuk menilai gaya rambutnya yang baru. Namun lain pula jadinya, apabila orang ramai mula berasa takut selepas melihat foto itu.

selfie-muka-rata-2

Ramai yang mengganggap lelaki itu telah mengalami kecederaan yang teruk sehingga menyebabkan mukanya cacat.

Namun spekulasi netizen ternyata salah. 

Rupa-rupanya lelaki itu sebenarnya memiliki dahi yang luas. Dek kerana dia mengambil gambar selfie sambil menundukkan wajahnya, secara automatik hanya bahagian dahinya sahaja yang kelihatan. Disebabkan itu, dia nampak seperti wajah tanpa kening, mata dan hidung.

selfie-muka-rata-3

Continue Reading

Seram

[Video] Hanya Dengan Satu Alat Ini Boleh Menghasilkan Bunyi Yang Sangat Menyeramkan

Published

on

By

Screen Shot 2016-10-13 at 1.04.52 PM

Alat ini dinamakan Waterphone dan ianya digunakan untuk menghasilkan bunyi-bunyian dalam filem seram. Waterphone dicipta oleh Richard Waters

Cuba pejam mata dan bayangkan sesuatu yang menyeramkan sambil dengar audio ni. Meremang bulu roma weh!

Continue Reading

Seram

10 Hotel Berhantu Di Seluruh Dunia Yang Korang Boleh Pergi

Published

on

By

Ini untuk para penggemar benda-benda paranormal. Kalau korang yang jenis suka benda-benda mistik, kami nak kongsikan dengan korang 10 hotel berhantu yang korang boleh pergi.

1. Dalhousie Castle, Scotland


2. Hotel Sorrento, Seattle


3. Queen Anne Hotel, San Francisco

4. Dauphine Orleans Hotel, New Orleans


5. Ross Castle, Ireland

6. The Stanley Hotel, Colorado

7. The Langham Hotel, London

8. The Hotel Roosevelt, Los Angeles

9. the Russell Hotel, Sydney

10. Toftaholm Herrgard, Sweden

Oleh: Azwar Kamaruzaman

Continue Reading

Seram

Menyeramkan! Rambut Anak Patung Ini Terus Tumbuh Sama Seperti Rambut Manusia

Published

on

By

Okiku merupakan anak patung berhantu di Hokkaido. Patung ini diletakkan di sebuah sebuah kuil di Iwamizawa, Jepun. Apa yang menyeramkan tentang patung ini ialah rambutnya yang terus tumbuh sama seperti manusia. Malah, ia juga dikatakan mempunyai semangat seorang budak perempuan.

Pada tahun 1918, abang kepada Kikuko, 17, telah membeli patung ini sebagai hadiah untuk adik perempuannya yang berusia tiga tahun.

Kikuko dikatakan sangat menyukai patung itu. Kemana-mana saja dia pergi dia akan membawa patung tersebut dan tidur dengannya setiap malam. Malangnya, Kikuko dijangkiti selsema dan tak lama kemudian dia meninggal dunia.

Tetapi selepas Kikuko meninggal dunia, keadaan berubah menjadi aneh dan menyeramkan.

Keluarga Kikiko telah memutuskan untuk menyimpan patung kesayangan Kikuko di sebuah kuil sebagai kenang-kenangan. Mereka menamakan patung itu ‘Okiku’ setelah Kikuko meninggal dunia.

Dari hari ke sehari rambut Okiku dikatakan tumbuh dan menjadi lebih panjang. Disebabkan itu keluarga Kikuko percaya anak patung itu mempunyai semangat Kikuko.

Pada tahun 1938, keluarga Kikuko memutuskan untuk berpindah dari Hokkaido. Namun anak patung itu kekal di pulau tersebut.

Sehingga kini, Okiku masih lagi berada di kuil tersebut. Difahamkan, para sami sentiasa memotong rambutnya dari masa ke semasa. Menerusi laporan dari laman Grape, para sami memutuskan untuk memotong rambut Okiku setelah salah seorang daripada mereka bermimpi Okiku memintanya untuk memotongkan rambut.

Menurut pemeriksaan saintifik yang pernah dilakukan pada Okiku mendapati bahawa anak patung tersebut mempunyai rambut manusia, tetapi tidak ada penjelasan bagaimana rambutnya dapat tumbuh.

Tak kurang juga yang mendakwa, anak patung itu turut memiliki sama seperti manusia. Seram!

Sumber: wowmenariknya

Continue Reading

Seram

Tak Percaya Hantu Wujud, Dua Lelaki Sanggup Bayar RM4000 Beli Laci Lama Yang Dikatakan Berhantu

Published

on

By

Tak semua orang percaya akan perkara mistik. Termasuklah dua lelaki yang sanggup membayar AS$1,000 (RM4,090) untuk sebuah laci lama dan katil saiz Queen yang dikatakan berhantu.

Imej dari Metro UK

Laci vintaj buatan sekitar 1950-an itu dilelong bersama sebuah katil di kedai barangan terpakai ReStore di Salisbury di Rowan County, North Carolina, Amerika Syarikat.

Menurut laporan Metro UK, pihak kedai meletakkan satu nota amaran memaklumkan pemilik sebelum ini mengalami mimpi buruk berterusan ketika laci tersebut berada di dalam bilinya. Pemilik terbabit turut mendakwa anjingnya tudak berhenti menyalak depan laci berkenaan.

Imej dari Metro UK

Jurucakap kedai tersebut, Elizabeth Brady memberitahu, gambar laci dan nota amaran yang dimuat naik di media sosial bukan untuk publisti namun ia sebagai tanggungjawab pihak kedai untuk memaklumkan kepada pembeli.

Sumber

Continue Reading

Seram

Foto Hotel Mewah Terbiar Di Jepun, Boleh Tahan Creepy!

Published

on

By

Hotel Hachijo Royal pernah menjadi salah satu hotel mewah yang terbesar di Jepun. Hotel yang ditinggalkan itu tidak lagi menerima kunjungan selama lebih kurang sedekad.

Hotel mewah yang pernah menyambut tetamu dari seluruh Jepun satu ketika dahulu kini telah diliputi lumut dan kulat. Malah, barangan hotel juga dibiarkan begitu sahaja.

Seorang jurugambar yang dikenali sebagai Poland Natalia Sobanska dengan beraninya menjejakkan kaki ke hotel gaya barok Perancis itu untuk mengambil gambar.

Lihat hasilnya.

Tak sanggup nak masuk hotel ni. Tengok gambar je pun dah rasa seram.

Continue Reading

Seram

Koleksi Video Prank Hantu Nampak kelakar Tapi Seram

Published

on

By

Video-video ni memang kelakar tapi kalau kena kat diri sendiri mahu gugur jantung dibuatnya.

Tengok ni.

1. Kenakan Member Masa Tidur

Tiga sekawan cuba mengenakan seorang teman yang sedang tidur dengan cara yang agak menakutkan tapi boleh tahan kelakarlah.

Menerusi video tersebut, tiga individu menutupi wajah mereka dengan selimut putih sambil memegang lilin. Bertambah seram apabila background music dari filem seram dimainkan.

Tengok ni.

Kesian budak tu, dah macam kena histeria. Harap-harap dia tak trauma tidur dalam gelap sorang-sorang.

2. Prank Hologram

Realistik sangat dan terlalu menakutkan. Maaf cakap, ni antara prank yang boleh buat putus saudara.

3. Prank Cermin Yang Tak Jadi

Ingatkan tinggal berseorang dalam bilik rupa-rupanya tidak. Siapa yang tak terkejutkan apabila satu lembaga muncul dari tepi secara tiba-tiba.

Anda tak rajin nak tengok full video ni anda boleh skip terus ke minit 2.05 saat.

P.S: Boleh nak bergurau tapi ada limitnya. Jangan sampai ada yang kena sakit jatung nanti. Hati-hati gais!

Continue Reading

Trending