Tutup Iklan Close Ad
Connect with us

Trending

Pihak Universiti Di Jepun Mohon Maaf Ubah Markah Ujian Kemasukan Pelajar Wanita

Published

on

Salah sebuah universiti perubatan berprestij di Jepun telah membuat permohonan maaf gara-gara mengubah markah ujian kemasukan untuk menghadkan kemasukan pelajar perempuan ke Universiti itu.

Berdasarkan siasatan dalaman mendapati Tokyo Medical University (TMU) telah melakukan tindakan itu sejak awal tahun 2006.

Difahamkan, mereka bukan saja memanupulasi markah kemasukan pelajar perempuan. Malah, mereka turut memberikan markah tambahan kepada markah 19 pelajar yang telah membuat sumbangan kepada institusi itu.

“Kami mengkhianati kepercayaan orang ramai, kami ingin meminta maaf secara ikhlas berhubung perkara ini,” kata pengarah urusan TMU, Tetsuo Yukioka kepada pemberita pada sidang akhbar, Selasa.

Naib presiden TMU Keisuke Miyazawa juga berjanji, ujian kemasukan untuk tahun depan akan dibuat secara adil.

Menurut satu sumber, dek kerana bimbang graduan wanita tidak dapat mengamalkan apa yang mereka belajar dalam pekerjaan punca mengapa tindakan seperti itu diambil.

“Ramai pelajar wanita yang lulus akhirnya meninggalkan amalan perubatan sebenar untuk melahirkan dan membesarkan anak-anak,” akhbar itu memetik sumber sebagai berkata.

Pada tahun 2010, sebelum langkah itu diperkenalkan, penyertaan pelajar perempuan adalah kira-kira 40 peratus.

Akhbar itu melaporkan bahawa selepas dua kali permohonan diproses pada awal tahun ini, hanya 30 pemohon perempuan yang diterima untuk belajar, berbanding 141 lelaki. -BBC

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending