Tutup Iklan Close Ad
Connect with us

Trending

Pocong Dihukum Tidur Di Tepi Kubur

Published

on

Aktiviti prank atau memperkena orang ni sudah menjadi satu trend. Kadang-kadang ada prank yang melampui batas dan melebih-lebih dan sangat membahayakan. Jadi, sebelum nak buat prank tu fikir lah banyak kali. Jangan sampai diri sendiri pula yang terkena.

Seperti yang berlaku pada dua orang remaja yang dikatakan dari sebuah daerah di Indonesia. Alkisahnya, mereka mengambil kain sembahyang milik nenek mereka dan kemudian membaluti badan mereka menyerupai hantu pocong. Untuk nampak lagi takut mereka menyapu bedak pada muka.

Setelah itu, mereka pergi ke tempat yang tersorok untuk menakutkan orang kampung. Tiga orang kawan mereka yang lain yang bersembunyi di satu tempat akan ketawa apabila melihat orang kampung ketakutan.

Namun, kegembiraan mereka tak lama apabila ada orang kampung yang berani dan kenal akan mereka. Lalu, mereka merancang untuk menangkap dua orang yang menyerupai pocong tersebut.

Akhirnya, penduduk kampung berjaya menangkap mereka. Kedua-dua pocong itu telah dihukum dengan tidur di tepi kubur sehinggalah ibu bapa mereka datang.

Jadi, sebelum nak buat sesuatu tu fikir dahulu panjang-panjang. FIkir kesan-kesan yang boleh berlaku pada masa akan datang. Seeloknya, amalan ini tidak lah diikuti kerana boleh memberi efek yang buruk kepada mangsa.

Sumber: Kalim Tirbunnews

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending