Tutup Iklan Close Ad
Connect with us

Inspirasi

Putus Kaki Akibat Kemalangan, Ketabahan Gadis Ini Buat Ramai Kagum

Published

on

Rasa sebak baca tweet @helmihamid tentang kawannya yang begitu tabah mengharungi ujian terbesar dalam hidupnya di mana dia telah putus kaki kanan akibat kemalangan.

Tweet Helmi mencuri perhatian ramai, sehinggakan dia menerima lebih 37,000 retweet dengan beratus-ratus kata-kata semangat buat kawannya, Elia.

Dia punya kuat memang luar biasa. Tengok ni.

Menerusi akaun instagramnya, Elia ada berkongsi sedikit tentang kemalangannya itu. Menurutnya, dia telah melanggar tiang sehingga dia terpelanting sejauh 2 meter. Dan, kakinya yang putus tertinggal di motor.

 

Kami doakan Elia cepat sembut dan  terus kuat mengharungi ujian ini. Jangan sesekali berputus asa dan semoga dijauhkan dari manusia-manusia hati busuk macam ni. Haih.

#instamakan

Bakeri Ni Buat Kudapan Enak Untuk Bantu Ibu Tunggal

Published

on

By

Kredit: m/SIX

Bukan senang menjadi seorang ibu tunggal. Terlalu banyak cabaran dan tanggungjawab yang perlu dipikul, seperti bekerja lebih masa, membesarkan anak-anak, dan juga menguruskan hal ehwal rumahtangga, termasuk kewangan.

Terdapat ramai ibu-ibu tunggal yang nak hidup berdikari dan berminat untuk bekerja semula atau bekerja sendiri tapi tak tahu macam mana nak mula.

Sebuah bakeri di PJ sedang membantu menyelesaikan masalah ni.

SuperMum Bakery menawarkan latihan praktikal bagi memperkasakan para ibu tunggal. SuperMum Bakery ialah sebuah perniagaan sosial yang ditubuhkan oleh Kelab Rotari Petaling Jaya (RCPJ) yang menawarkan latihan praktikal buat ibu-ibu tunggal.

Di sini, mereka boleh belajar membuat kek, roti dan biskut serta asas-asas perniagaan bagi memulakan perniagaan sendiri ataupun mendapatkan pekerjaan sebagai seorang chef pastri. 

Kredit: m/SIX

Turut serta dalam misi yang mulia ini ialah m/SIX, sebuah agensi komunikasi media (bahagian Pemasaran WPP) di mana mereka menyumbangkan kepakaran mereka dalam pemasaran dan kreativiti pada musim Ramadan-Raya lalu.

Kredit: m/SIX

Dengan bahan-bahan memasak yang disumbangkan oleh Bagus Marketing Sdn. Bhd., beberapa pekerja m/SIX telah memainkan peranan mereka dalam pesanan kuih-muih Raya menggunakan kreativiti dan kepakaran mereka dalam memasarkan produk.

Kredit: m/SIX

Orang ramai juga boleh membuat sumbangan kepada SuperMum Bakery. Kalau berminat nak beli biskut-biskut yang enak oleh mereka ataupun ingin mengambil ibu-ibu tunggal di sini untuk bekerja di syarikat anda, ikuti mereka di Facebookatau hubungi 012-303 8126. 

Continue Reading

Inspirasi

Tak Nak Kena Marah Lagi, Budak 12 Tahun Reka Ampaian Baju Automatik Untuk Ibu

Published

on

By

Gara-gara tak nak dimarahi ibu lagi selepas lupa mengangkat baju dari ampaian ketika hujan, seorang budak lelaki berusia 12 tahun telah mencipta alat ampaian baju automatik, yang mana ia boleh mengesan hujan dan penyidai pakaian yang boleh dikeluarkan serta dimasukkan mengikut cuaca.

Apabila ibu Lu Jiezhen pulang, dia mendapati semua baju yang disidainya basah, dan mula memarahinya. Tetapi daripada mencari alasan, Lu Jiezhen mula mencari penyelesaian agar dia tidak lagi lupa mengangkat baju pada masa akan datang.

Untuk merealisasikan ideanya dalam menghasilkan alat menjemur pakaian automatik, bapa dan beberapa orang guru turut membantunya.

Proses menyiapkan alat ini mengambil masa beberapa bulan, dan akhirnya dia melancarkan alat itu di 34th Guangxi Provincial Youth Science and Technology Innovation Contest.

Lu berjaya mencuri perhatian juri dengan rekaannya itu. Sehubungan itu, Lu telah dinobatkan sebagai pemenang pertama dalam pertandingan tersebut.

Buat masa ini, alat penyidai pintar itu hanya satu mesin prototaip dan Lu tidak bercadang untuk menghasil versi komersial dalam tempoh terdekat. Ia hanya untuk kegunaan ibunya, supaya dia tidak lagi perlu mengambil baju ketika ibunya tiada di rumah.

Rujukan

Continue Reading

Info

Tukang Kebun Guna Besi Buruk Buat Kereta Kecil

Published

on

By

‘Supercar’ ini dicipta oleh seorang lelaki yang berasal dari Bandar Zhengzhou, China. Kereta ini merupakan sebuah replika mini Lamborghini Aventador, yang dibuat sendiri oleh seorang pekebun tua yang dikenali sebagai Mr. Guo.

Guo menghasikan kereta kecil ini dengan menggunakan besi buruk dan komponen-komponen dari motorsikal lama. Saiznya kereta ini ialah 6.56 kaki x 3.26 kaki dan ia menggunakan kuasa motor elektrik yang padat dengan lima set bateri. Kereta ini dikatakan boleh meluncur sehingga 60km dengan kelajuan 96km/j.

11841113071544859114

“Ianya Cuma mainan untuk cucu saya, akan tetapi saya juga boleh menghantar dan mengambil beliau ke sekolah. Ianya lebih baik dari sebuah basikal elektrik,” jelas Guo.

 

Continue Reading

Inspirasi

Suami Isteri Tanam 4 Juta Anak Benih Untuk Pulihkan Hutan Yang Telah Botak. Lihat Hasilnya

Published

on

By

Jurugambar dari Brazil, Sebastiao Salgado dan isterinya, Leilia Deluiz Wanick Salgado telah membuktikan tiada apa yang mustahil dalam hidup ini. Sekecil manapun usaha seseorang, hasilnya pasti terlihat juga.

Kecewa melihat hutan, tempatnya membesar semakin botak pasangan suami isteri itu nekad menamam semula pokok-pokok di sana.

Pasangan ini telah mengasaskan Institut Terra, iaitu organisasi kecil untuk menanam 4 juta anak benih untuk memulihkan hutan itu.

Penanaman pertama anak benih bagi projek penghutanan semula Bulcao Farm adalah pada Disember 1999.

Katanya, idea itu datang daripada isterinya.

Selepas 20 tahun proses membaik pulih dijalankan hutan tersebut kembali di penuhi pokok-pokok yang menghijau serta hidupan-hidupan lain mula kembali ke tempat asal mereka.

Terbaiklah! Sikap sebeginilah yang harus dicontohi. Yang pasti, tiada apa mustahil dalam dunia ni. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih, gitu.

Sumber:

1. Bored Panda

2. instituto terra

Continue Reading

Inspirasi

Tak Sangka Phone Dipulangkan Oleh Paus Beluga

Published

on

By

Tak nak lepaskan peluang untuk melihat ikan paus Beluga yang dikatakan sering berada di pantai Hammerfest, Norway yang ditemukan sekumpulan nelayan bulan lalu, dua gadis telah berkunjung ke pantai itu untuk melihat sendiri mamalia laut tersebut.

Ketika sedang menanti kelibat haiwan itu muncul, telefon bimbit Mansika terjatuh ke dalam air.

Disangkakan telefon itu hilang buat selama-selamanya, tak sangka pula ikan paus yang dinanti-dinanti itu muncul dengan membawa telefonnya kembali. Cerdiknya!

Momen istimewa itu bagaimanapun berjaya dirakam oleh teman Mansika iaitu Isa Opdahl Larsson dan memuat naik video tersebut di Instagram.

Sumber

Continue Reading

Inspirasi

Serius Comel! Terhibur Tengok Reaksi Kanak-Kanak Ini Dapat Kaki Baru

Published

on

By

Ahmad Sayed Rahman, budak lelaki berusia lima tahun dari Afghanistan, telah kehilangan kaki kanannya ketika berusia lapan bulan akibat terkena peluru.

Rahman telah memakai beberapa kaki palsu sepanjang empat tahun yang lalu.

Baru-baru ini, Rahman telah menerima kaki prostetik yang baharu.

Disebabkan terlalu teruja, dia mula menari di hadapan ahli fisioterapi dan jururawat.

Tengok ni.

Reaksi Rahman itu telah dirakam oleh Melgara Rahimi, salah seorang ahli terapi di pusat perubatan ICRC di Kabul.

Video Rahman menari jadi viral selepas ia di muat naik ke Twitter.

Sehingga kini Tweet tersebut telah mendapat 12,207 retweet dengan lebih 40,000 likes.

Rata-rata terhibur dengan keletah Rahman dan tak kurang juga terharu melihat reaksi si cilik itu.

Sumber

Continue Reading

Inspirasi

Bapa Kreatif Design T-Shirt Agar Anak Boleh Bermain Sambil Urut Badan

Published

on

By

Tipulah kalau ada yang kata parents tak pernah suruh tolong picit-picitkan (urut) belakang badan.

Benda paling basic yang kita buat pun adalah tolong pijak belakang badan bila malas.

Seorang bapa kreatif dari Jepun telah menghasilkan design t-shirt yang memberi inspirasi untuk anak tolong urutkan belakang badan sambil bermain. LOL!

Tengok ni.

Menurut Ken, dia kerap membuat kerja sambil meniarap guna laptop.

Pada satu hari, anaknya datang dan landing di belakang badannya sambil bermain dengan kereta mainan.

Secara tak langsung, idea untuk menghasilkan baju dengan design trek kereta api itu datang tiba-tiba. Maka terhasilkan t-shirt dengan hidden function ini. HAHA!

Kreatif gila kan?

Sumber

Continue Reading

Inspirasi

Video Viral Lelaki Lompat Ke Landasan Kereta Api Demi Seorang Gadis

Published

on

By

Seorang lelaki Turki diangkat sebagai hero selepas dia berjaya menyelamatkan nyawa seorang gadis daripada digilis kereta api.

Tindakan pantas Ercan Kaya, 26, melompat turun ke landasan kereta api dan menarik gadis berkenaan dilihat sebagai satu tindakan yang berani dan hebat.

Insiden mencemaskan itu berjaya dirakam CCTV.

Tengok ni.

Sejak tweet berkaitan video berkenaan viral, tak putus-putus orang mengucapkan tahniah dan memanggilnya hero.

Menurut Ercan, dia menyedari bahawa seseorang perlu melompat turun untuk menyelamatkan nyawa gadis itu.

“Saya gembira dapat menyelamatkan nyawa seseorang.”

Media Habertürk melaporkan, gadis berusia 16 tahun itu dikatakan melompat ke landasan kereta api stesen Mustafa Kemal Küçükçekmece, Istanbul dalam cubaan membunuh diri namun gagal kerana dia berjaya diselamatkan.

Sumber

Continue Reading

Inspirasi

Siapa Sangka, Kuasa Viral Mampu Ubah Nasib Keluarga Ni!

Published

on

By

Ingat tak awal tahun dulu ada satu kisah tentang seorang lelaki Melayu ni bantu dua beranak yang ambil upah cuci kereta viral dekat media sosial?

Okay, kalau tak ingat jom kita ‘flashback’ balik kisah tu,
Kisah bermula apabila kereta milik seorang lelaki ni, Adi W. Kamal dihampiri oleh seorang kanak-kanak India yang lengkap berpakaian sekolah menawarkan khidmat cuci kereta.

Apabila ditanya, rupa-rupanya dia dan ayahnya ambil upah cuci kereta di kawasan itu tanpa menetapkan jumlah bayaran! 

Tersentuh dengan tindakan itu, Adi terpanggil untuk mengajak orang ramai memberikan sumbangan kepada keluarga Sukumaran Sanmugam melalui satu posting di Facebooknya.

Haa, jadi baru-baru ni kru Free Malaysia Today telah mempertemukan Adi dan Sukumaran sekeluarga.

Nampaknya tindakan Adi menviralkan kisah hidup keluarga Sukumaran dulu berjaya ubah nasib mereka sekeluarga.

Ramai yang datang membantu antaranya bekas Perdana Menteri sendiri, Datuk Seri Najib Tun Razak!

Awww so sweet kan!

Rata-rata netizen puji tindakan Adi kerana sudi menghulurkan bantuan tanpa mengira bangsa dan agama.

Sikap sebeginilah yang harus diamalkan oleh semua rakyat Malaysia!

Oleh: Izzati Amir

Continue Reading

Inspirasi

4 Tokoh Wanita Negara Yang Diangkat Ke Jawatan-Jawatan Tertinggi Negara

Published

on

By

Jawatan Ketua Hakim Negara kini disandang Datuk Tengku Maimun Tuan Mat yang dilantik bagi menggantikan Tan Sri Richard Malanjum yang bersara.

Sebelum Tengku Maimun, sebenarnya dah ada beberapa wanita yang diangkat ke jawatan-jawatan tertinggi negara sejak kebelakangan ini.

Antaranya tak lain tak bukan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dr Wan Azizah merupakan wanita pertama dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Turut menempa nama Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus yang dilantik sebagai Gabenor Bank Negara, wanita kedua dilantik ke jawatan penting itu selepas Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

Baru beberapa bulan je dilantik, Nor Shamsiah diiktiraf sebagai Gabenor Bank Pusat Terbaik Asia Pasifik 2019 oleh majalah kewangan UK, The Banker.

Ingat lagi dengan hakim mahkamah tinggi syariah, Nenney Shushaidah Shamsuddin?

Ha, beliau pula tersenarai antara 100 Wanita Inspirasi oleh saluran berita antarabangsa, BBC.

Beliau juga adalah satu-satunya wanita Malaysia daripada 13 wanita di Asia yang dipilih berdasarkan sumbangan dan semangat perjuangan.

Hebat kan srikandi-srikandi Malaysia ni? 

Sebenarnya, wanita-wanita Malaysia ni pun beruntung sebab suara semakin didengari, juga bakat dan kebolehan terus diberi pengiktirafan.

Oh ya, Hari Ibu pun dah tak lama lagi. Penulis ambil kesempatan ni nak ucap selamat Hari Ibu kepada semua ibu sama ada yang bekerjaya dan menguruskan rumah tangga.

Sayangi diri dan pelihara naluri wanita anda. Eccewahhh!

Oleh: KJ 
Foto: AWANI & YADIM

Continue Reading

Trending