Tutup Iklan Close Ad
Connect with us

Seram

Rakaman Misteri Motor Jalan Sendiri Tanpa Penunggang di Malaysia

Published

on

Minggu lalu gempar seketika di laman sosial selepas sebuah rakaman menunjukkan sebuah motosikal di sebuah lebuhraya di Malaysia dilihat berjalan dengan sendirinya tanpa penunggang.

Mendapat sehingga 13 ribu share dan 1.5 juta tontonan dalam masa 24 jam, video misteri itu mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.


Dikenali juga sebagai ‘motor berhantu’ oleh kebanyakkan pengguna lebuhraya terbabit, ada yang menganggap ia adalah jelmaan Mat Rempit yang maut dalam kemalangan disitu.

 

Sumber: Mirror

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seram

Kedai Baju Berhantu Di Tengah Kota

Published

on

By

Selalu kita dengar rumah je berhantu, tetapi kedai pun tak boleh lari ya daripada gangguan seperti kedai di tingkat satu bangunan 35 London Street yang kini menjadi asas Norwich untuk Edinburgh Woollen Mill.

Pada 13 Disember 1997, Norwich Evening News melaporkan bangunan tersebut berhantu kerana berlaku beberapa kejadian menyeramkan. Ada yang mengakui terdengar suara lelaki dari arah koridor, diikuti dengan beberapa kejadian pelik termasuk pelanggan yang ternampak kelibat entiti di tingkat atas berhampiran bilik stor. 

Menurut orang lama, terdapat koridor panjang di atas bangunan ini yang digunakan sebagai bilik jamuan.

Kredit: Eastern Daily Press

Continue Reading

Seram

Hospital Paling Berhantu Di Dunia Yang Korang Tak Sanggup Nak Pergi

Published

on

By

Kalau korang peminat kisah seram mesti tahu tentang Gonjiam Psychiatric Hospital. Hospital yang terletak di Korea Selatan ini telah dinamakan sebagai tempat yang paling berhantu di Korea Selatan dan CNN telah meletakkan tempat tersebut sebagai tempat yang paling menakukan di dunia.

Salah satu cerita yang paling popular tentang hospital ini adalah tentang seorang doktor sakit jiwa yang telah melakukan satu eksperimen yang teruk terhadap pesakitknya. Lepas je doktor tu dapat tahu yang pihak berkuasa tahu aktiviti tersebut, dia didakwa telah menutup hospital itu dan terbang ke Amerika Syarikat.

Teori lain pula mengatakan hospital itu ditutup disebabkan oleh kemunculan roh-roh pesakit yng telah mati dan membunuh pesakit-pesakit yang hidup. Ramai yang mengagak kematian tersebut sebagai pembalasan dendam yang telah lama tersimpan.

Buat masa ini pintu utama hospital tersebut telah dikunci tetapi para pencari hantu boleh je masuk kawasan hospital tersebut. Kalau korang nak pergi boleh je. Bila masuk dalam hospital tu, kemudian cari penghadang dalam kawasan tu. Korang akan temui satu kawasan kecil dan korang kena merangkak untuk sampai ke bangunan utama.

Sumber: standard News

Continue Reading

Inspirasi

Hobi Pelik Budak 12 Tahun, Hasilkan Koleksi Patung Aneh Yang Menyeramkan

Published

on

By

Kebanyakan orang masih tidak tahu apa yang mereka ingin lakukan apabila usia mencecah 20 tahun, namun tidak bagi Callum Donovan. Kanak-kanak ini hanya berusia 12 tahun, namun dia telah menghasilkan koleksi patungnya sendiri.

Dari seawal usia 2 tahun, Callum mula menghasilkan patung dari jenis fabrik. Semakin masa berlalu, kemahiran Callum semakin berkembang dan dia mula bereksperimen dengan membuat tanah liat sendiri yang dihasilkan dari tisu tandas, dry wool compound, minyak mineral dan juga gam. Kini dia menghasilkan patung berwajah aneh yang cukup realistik.

BACA: 8 Gambar Aneh Hasil Lukisan Si Kecil

Adik Callum ni memang kreatif, tapi patung-patung yang dihasilkan sememangnya nampak pelik dan menyeramkan. Koleksi patung ini boleh buat kami tak tidur malam.

Tengok ni.

 

Sumber: Bored Panda

Continue Reading

Pelik Tapi Benar

8 Gambar Aneh Hasil Lukisan Si Kecil

Published

on

By

Kanak-kanak memang gemar menconteng. Kadang kala entah apa yang dilukis oleh mereka, kita sendiri pun tak tahu. Melukis atau menconteng ni umpama bermain sambil belajar untuk mereka. 

Tapi, bila mereka dah mula lukis benda-benda creepy macam ni, rasanya ibu bapa atau penjaga dah kena buat sesuatu kot. 

Berikut merupakan gambar-gambar aneh hasil lukisan daripada kanak-kanak.

creepy-children-drawings-1-57ff844a09d4d__700

creepy-children-drawings-17-57ff84665c78f__700 creepy-children-drawings-55-580a0aab616b0__700

creepy-children-drawings-15-57ff846144e15__700

creepy-children-drawings-14-57ff845f696d7__700

creepy-children-drawings-21-57ff84706f0d7__700

creepy-children-drawings-33-580a13dde3a8a__700

creepy-children-drawings-12-57ff84576e9f3__700Lukisan di atas ini ditujukan kepada seorang babysitter yang ditugaskan untuk menjaga seorang kanak-kanak lelaki.

creepy-children-drawings-25-57ff847b3697f__700 creepy-children-drawings-18-57ff846897cc3__700

Sumber: Bored Panda

Continue Reading

Seram

Ingatkan Peluk Adik, Rupa-Rupanya Dia Peluk Hantu

Published

on

By

Bukan semua orang berani dalam dunia ini, lebih-lebih lagi ketika dalam rumah hantu. Walaupun kita tahu hantu dalam rumah hantu itu bukanlah ‘real’, tetapi rasa takut tu tetap ada!

Di China, seorang lelaki telah membawa adiknya masuk kedalam rumah hantu, dan kejadian ini dirakamkan oleh kamera litar tersembunyi (CCTV). Lelaki yang dikenali sebagai Zhai, menyangka adiknya berada di belakang beliau, sedangkan ia sebenarnya hantu dalam rumah hantu tersebut.

Continue Reading

Seram

Kenapa Bayangan Cermin Tak Ikut Macam Gadis Dalam Video Ni?

Published

on

By

Perkara yang menakutkan bila masuk ke tandas adalah bila nak mengadap cermin. Apatah lagi cermin tersebut berhadapan dengan pintu tandas. Alaaa, biasalah dah takut mesti fikir yang bukan-bukan kan? 

Ada satu video yang viral ni menunjukkan seorang gadis dalam tandas dirakam oleh kawannya. Apabila, kawannya memanggilnya dan dia berpaling. Malangnya, pantulan dirinya di cermin tak ikut apa yang dilakukan.

Continue Reading

Seram

Lihat Gambar Dari Hotel Mewah Yang Ditinggalkan Di Jepun. Boleh Tahan Creepy!

Published

on

By

Hotel Hachijo Royal pernah menjadi salah satu hotel mewah terbesar di Jepun. Hotel yang ditinggalkan itu tidak lagi menerima kunjungan selama lebih kurang sedekad. Hotel terbiar yang terletak di pulau terpencil ini telah dipenuhi lumut dan cendawan di dindingnya.

Jurugambar Poland Natalia Sobanska dengan beraninya menjejakkan kaki ke hotel gaya barok Perancis ini untuk mengambil gambar bangunan usang itu. Seram gak lah tengok gambar-gambar tersebut.

Ni lah hotel mewah yang pernah menyambut tetamu dari seluruh Jepun satu ketika dahulu, jom tengok ni.

 

Sumber:

Continue Reading

Seram

Kamera Terakam Kelibat ‘Wanita’ Di Tengah-Tengah Jalan

Published

on

By

Seorang pemandu secara tidak sengaja terakam kelibat seorang wanita berambut panjang sedang berdiri diantara pembahagi jalan di Singapura.

Video yang tular menerusi laman Facebook ROADS.sg ini mendapat pelbagai reaksi berbeza oleh penonton. Ada yang mendakwa, ia hanya seorang wanita yang ingin melintas jalan.

Video berkenaan yang dikongsikan oleh Jeremy L. telah mendapat tontonan sehingga 720 ribu dilaporkan terjadi di Bukit Timah Road, Singapura.

 

Continue Reading

Seram

Video Kelibat Makhluk Aneh Berkaki Satu Melompat Di Tepi Jalan, Viral

Published

on

By

Minggu lalu, tular di laman sosial apabila sebuah rakaman menakutkan menunjukkan kelibat makhluk yang dipercayai hantu berkaki satu menyerupai ‘Gong Goi’ daripada kisah mitos Thailand tersebar.

Video asal yang dimuatnaik menerusi laman Facebook Chantha Sitouluk, sehingga kini telah ditonton hampir lebih daripada 4 juta tontonan.

Menurut mitos Thailand, Gong Gui adalah hantu bersaiz kanak-kanak yang tinggal dihutan dengan melompat sambil menjerit ‘Gong Goi, Gong Goi’ berulang kali.

Rata-rata komen menyatakan ia adalah hantu sebenar, dan ada juga yang mendakwa ia adalah seseorang yang berpakaian seperti hantu yang cuba ingin menakut-nakutkan.
Sumber: Mirror UK

Continue Reading

Seram

Katil 25, Pengalaman Junior Nurse Masa Bertugas Malam Jaga Wad

Published

on

By

Ini pengalaman aku sebagai seorang jururawat di sebuah hospital. Seperti biasa, tugas sebagai jururawat ni kena ikut shift. Dan sebagai junior nurse memang selalu lah kena bertugas malam dan jaga wad wanita.

Ada satu satu hari, waktu tu tak ramai sangat pesakit. Ada lah dalam 10 orang macam tu. Kebetulan malam tu aku kena bertugas. AKu masuk shift jam 8 malam. Jadi, memang biasalah kena ronda melawat pesakit pukul dua tiga pagi.

Waktu aku ronda tu, ada seorang mak cik ni macam tengah menangis dekat katil dia.  Dia duduk dekat katil 25. Katil ni dekat dengan tandas. Kita namakan pesakit tu mak cik Rozita.

Sepanjang Mak Cik Rozita duduk dekat hospital ni, tak ada sapa pun yang datang melawat dia. Ikut laporan, dia ada 3 orang anak. Tapi entah kenapa anak-anak dia ni lamgsung tak datang jenguk dia.

Dah tengok dia menangis teruk, aku pun pergi lah tanya dekat dia.

“Kenapa mak cik ita?” Tapi dia tak jawab dan terus menangis. Aku usap-usap badan dia dengan harapan dia tenang sedikit. Mungkin dia rindukan anak dia, aku rasa.

Dalam 2 minit, dia senyap. Mungkin dah tidur. Dan aku pun berniat nak sambung melawat patient yang lain. Waktu aku elok cek air garam dekat pesakit dekat katil nombor 15, tiba-tiba dia tanya aku,

“nurse, tadi nurse sembang dengan siapa?”

Aku pun jawab, “Mak cik Ita tu haa. Nanti lagi lama dia menangis, ganggu pesakit lain pulak…”

“Nurse…” Panggil pesakit tu.

“Mak cik Ita dah meninggal petang tadi.”

Dengar je patient tu cakap sedemikian, terus jantung aku berdegup kencang. Disebabkan tanda tanya bermain-main dalam kepala, terus aku toleh dekt katil nombor 25 dan… kosong!

Lepas je aku cek pesakit dekat katil nombor 15, terus aku pergi jumpa sister dan kawan-kawan aku yang lain. Belum sempat aku nak cakap apa-apa, tiba-tiba sister yakni ketua jururawat tu tanya dekat aku

“Tadi kau buat apa dekat katil nombor 25.”

“Saya nam… nammpak mak cik Ita…”

“Mengarut lah kau ni. Mak Cik Ita tu dah meninggal petang tadi.”

“Serious tadi saya yang usap tangan dia, sis” Aku cuba melawan.

“Kau usap tangan benda lain lah kot. Alah, ni awal lagi. Lama kelamaan nanti lagi banyak hantu kau jumpa dekat hospital ni. Tapi jaga-jaga, jangan sampai hantu tu melekat dekat kau..”

Pesanan sister tu betul-betul buat aku seriau. “Kenapa sis?” Tanya aku

“Kalau hantu tu melekat dekat kau, sepanjang masa lah dia ada dengan kau. Silap-silap kau pula jadi tuan dia. Kena bagi makan selalu. Nanti tak ikut cakap dia, dia akan mengamuk.”

Semenjak dari tu, aku dah melawat patient seorang diri pada waktu malam. Aku akan pastikan ada seorang peneman.

Continue Reading

Trending