Tutup Iklan Close Ad
Connect with us

Trending

Saintis Mengkaji Kehadiran Raksasa Di Dalam Tasik

Published

on

Oleh: Azwar Kamaruzaman

Raksasa atau monster ni tak tahu lah sama ada mitos atau hikayat atau reality. Banyak juga tempat-tempat yang ada cerita pasal raksasa yang tersendiri. Ada yang mata merah lah, bertanduk lah dan macam-macam lagi.

Dekat Scotland juga terdapat satu cerita tentang raksasa yang dikenali sebagai Legend of Nessie. Dikatakan ramai pengunjung yang pergi ke tasik ini terjumpa akan kewujudan seperti raksasa di dalam tasik Loch Ness.

Jadi, untuk membuktikan bahawa lagenda itu tepat atau tidak seorang saintis dari New Zealand, Neil Gemmell berhasrat untuk mengkaji perkara ini. Beliau dan beberapa ahli kumpulannya akan mengambil 300 samples DNA dari tempat yang berbeza dan kedalaman yang berbeza.

Wow! Apa lah yang akan berlaku sekiranya mereka benar-benar menemui DNA raksasa?

 

Sumber: Time.com

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kongsi Tips

Telinga Jadi Pekak Sewaktu Selsema, Ini Perkara Yang Anda Boleh Lakukan

Published

on

By

Pernahkah anda rasa telinga rasa tertutup dan ‘block’ ketika anda juga sedang alami masalah selesema yang teruk? Sudah cuba macam-macam cara untuk atasi, tapi masih tidak berkurang. Saya kongsi 5 tip berguna ini :

1. Guna nasal spray.

Doktor akan beri ubat spray pada hidung bersesuaian dengan pesakit. Ia dapat mengawal masalah hidung dan juga masalah telinga.

2. Ubat mengawal selesema

Ada beberapa jenis ubat. Biasanya jenis antihistamin, bertujuan mengurangkan gejala pada hidung. Anda akan dapati pendengaran anda akan pulih beberapa hari selepas itu.

3. Nasal douching

Ini seperti ubat garam. Alkaline atau sodium bicarbonate nasal douching akan diberi oleh doktor untuk membersihkan rongga hidung sehingga ke bahagian nasofarinks. Cecair lendir dan mukus yang berkurang dapat juga membantu atasi masalah pendengaran anda.

4. Wap suam/ panas

Di hospital, doktor akan memberi ubat seperti menthol inhalation bertujuan membantu masalah selesema dan resdung pada hidung. Sebaik masalah hidung selesai, masalah telinga juga akan berkurang.

5. Nasihat doktor

Pemeriksaan di klinik dan hospital adalah perlu. Kami perlu mencari punca sebenar masalah anda alami. Ujian seperti nasoendoscope mungkin perlu dilakukan bagi memeriksa struktur di dalam hidung selain melakukan pemeriksaan pada telinga.

Continue Reading

Tengok Sini

Tak Tahan Boyfriend Asyik Main Phone, Rampas Dan Rendam Phone Dalam Sup Mendidih

Published

on

By

Seorang wanita di China berang dengan sikap teman lelakinya yang asyik bermain dengan telefon sepanjang mereka makan bersama.

Disebabkan tidak tahan dengan sikap itu, biarpun sudah ditegur berkali-kali terus sahaja wanita tu merampas telefon lelaki tersebut dan merendamnya di dalam sup steamboat yang sedang mendidih dan terus berlalu pergi meninggalkan lelaki itu sendiri.

Kejadian yang berlaku di sebuah restoran Chingqing, China itu tular di media sosial. Selepas kejadian itu, pelayan restoran datang membantu lelaki itu.

Sumber: Astro Awani

Continue Reading

Lokal

Pelakon Korea, Cantik Berbaju Kurung Moden Ke Malam Anugerah

Published

on

By

Seorang pelakon popular Korea Selatan, Go Ara telah menarik perhatian netizen Malaysia apabila tampil ke Drama Award dengan memakai busana seperti potongan baju kurung moden.

Go Ara yang berketinggian 170 cm itu popular dengan drama seperti Hwarang, Black dan Ms. Hammurabi.

Melihat gayanya yang ayu dan sopan itu, ramai netizen meninggalkan komen kata-kata manis pada ruang komen Instagramnya

Sumber: Hijabista

Continue Reading

Lokal

Social Media Influencer Juga Akan Dikenakan Cukai

Published

on

By

Mana-mana individu yang memperoleh pendapatan melebihi RM5,000 sebulan perlulah mengisytiharkan pendapatan dan akan dikenakan cukai. Tak kisah lah kalau bawah umur sekalipun, mereka tetap akan dikenakan cukai.

Mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967, kanak-kanak bawah umur yang mendapat pendapatan dalam jumlah yang dikenakan pendapatan, juga tertakluk kepada bayaran cukai, tulis Sinar Harian.

Ibu bapa atau penjaga masing-masing perlulah mengisytiharkan pendapatan yang diperolehi oleh anak-anak di bawah umur bagi pihak mereka.

Tahukah anda, penjanaan pendapatan melalui media sosial dikategorikan sebagai profesion? Mereka yang berkenaan perlu mengistiharkan pendapat dan dibenarkan menuntut perbelanjaan dan pembayaran balik cukai.

Imej dari Freepik

LHDN akan mengesan individu yang gagal menisytiharkan pendapatan mereka apabila syarikat-syarikat yang membayar untuk perkhidmatan social media influencer terbabit mengisytiharkan cukai syarikat masing-masing.

Sumber Harian

Continue Reading

Lokal

Gelaran Dewi Remaja Haneesya Ditarik Balik

Published

on

By

Selepas 72 jam memegang gelaran Dewi Remaja 2018/2019, mahkota Haneesya Hanee ditarik balik gara-gara kontroversi yang melanda baru-baru ni.

Menerusi sidang media yang disiarkan menerusi Facebook, gelaran itu telah ditarik semula dan ini insiden merupakan kali pertama dalam sejarah pencarian Dewi Remaja.

Menurut editor Remaja, Faiz Aimman, Haneesya telah melanggar peraturan pertandingan iatu mempamerkan pelakuan tidak senonoh di khalayak ramai.

Dua lagi finalis iaitu Faizni Fazreen Fazeera Faizul dan Erni Nurshahira Khairul Nizam tidak dibenarkan menggunakan gelaran ‘finalis Dewi Remaja’ dalam karier mereka di masa depan.

Dengan penarikan ini, bermakna tahun tiada gelaran bagi Dewi Remaja 2018/2019.

Manakala,  Tia Sarah kekal di kedudukan kedua bagi pertandingan berprestij ini dan akan mewakili nama Dewi Remaja bagi sebarang aktiviti bersama pemenang lain seperti Aween Ismail, Arena Iman dan lain lagi.

Kredit: Remaja

Continue Reading

Lokal

Seakan Hilang Sabar, Atlet Luah Kekecewaan Menerusi Instagram

Published

on

By

Seakan sudah hilang sabar, jaguh lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin meluahkan kekecewaan berhubung situasi yang dialaminya ketika ini.

Menerusi entri terbaru di laman Instagram miliknya, Irfan mempersoalkan tindakan Kementerian Belia dan Sukan mengenai program latihannya selaku atlet kebangsaan.

View this post on Instagram

Just wanna ask you @syedsaddiq, mula2 you bubarkan PODIUM. Then my coach ditamatkan contract serta merta selepas saya pecahkan record kebangsaan 13 kali, 3x SEA Games gold and Asian Championship Silver medal yang saya bersama sama achieved with my coach within 6 years of working together dan elaun dipotong separuh. I’m still alright with it, but right now the situation is I’m without coach dan saya nak pergi training camp tapi tiada bajet (ticket flight saya dah beli). May I ask you a question Yb, you suruh athletes buat results, but you terminate my coach contract, and now that I’ve a new coach(so far saya bayar pakai duit saya sendiri) and right now you tell me, saya takda coach, and then my plan to train overseas tak diluluskan. Explain to me? adakah ini yang YB maksudkan dengan #youthpower? What’s your vision and mission in our sports actually YB? #youthpower #formycountry

A post shared by Irfan Shamshuddin (@irfan_sham) on

Antaranya mengenai pembubaran Program Podium selain pemecatan jurulatihnya, Frank Petrovic yang membantunya mencapai pelbagai kejayaan sejak enam tahun lalu.

Untu rekod sepanjang di bawah bimbingan Petrovic, Irfan tidak pernah gagal untuk memperbaharui rekod kebangsaan setiap tahun dalam mana-mana kejohanan.

Rata-rata netizen dilihat senada dengan kenyataan Irfan dan turut mahu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberikan penjelasan.

Ada juga diantara mereka yang membuat sindiran pedas kepada Menteri Belia dan Sukan itu.

“Adakah ini yang YB maksudkan dengan #youthpower? What’s your vision and mission in our sports actually YB?” kata Irfan di hujung entrinya.

Diharapkan Syed Saddiq segera memberi penjelasan berhubung kemelut ini atau akan ada atlet lain yang membuat kenyataan terbuka seperti.

Buat Irfan, jangan marah-marah okay! Moga tahun 2019 akan terus memberi kejayaan demi kejayaan buat anda dan atlet-atlet lain.

Majulah sukan untuk negaraku Malaysia!

Oleh: Shah Rahimi

Continue Reading

Lokal

Kes Hamil Luar Nikah Ketika Ini Dilihat Amat Membimbangkan

Published

on

By

Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja ketika ini dilihat amat membimbangkan.

Lebih mengejutkan, antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan kes itu adalah ketagihan seks dalam kalangan remaja. 

Pengurus Operasi Pusat Bimbingan dan Perlindungan Remaja, Raudhatus Sakinah, Muha Anun Mohd Noor ada berkongsi dengan kami pengalamannya mengendalikan kes itu.

Tambah Muha, di Raudhatus Sakinah, pihaknya menekankan aspek pengurusan hati dan emosi agar mereka tidak terjebak semula dengan masalah itu.

Dalam pada itu, masalah hamil luar nikah boleh memberikan tekanan emosi yang melampau buat remaja yang menghadapinya.

Pakar psikologi klinikal, Azlina Mohd Ghaffar berkata, pengalaman buruk yang dialami mangsa telah mendorong mereka untuk membuang bayi tersebut.

Malah, terdapat juga kes di mana mangsa alami kemurungan kerana rasa bersalah menyerahkan bayi mereka kepada orang lain.

Tambah Azlina, antara jalan penyelesaian terbaik untuk tangani masalah itu adalah dengan berkongsi perihal kehamilan itu dengan pihak yang dipercayai.

Langkah itu penting agar mangsa dapat mengawal diri daripada membuat keputusan salah yang akhirnya memudaratkan diri sendiri.  

Jadi, bagi anda yang mungkin berdepan dengan masalah sama dan memerlukan bantuan dan sokongan emosi bolehlah hubungi Befrienders KL di talian 03-79568145 atau Raudhatus Sakinah di talian 03-6178 1922.

Tengok ni.

Continue Reading

Lokal

Kementerian Pendidikan Malaysia Jawab Isu Gambar Buku Teks

Published

on

By

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan segera membetulkan infografik pada buku teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tahun 3.

Ia susulan halaman 67 dalam buku teks itu boleh disalah tafsir sebagai menyalahkan mangsa gangguan seksual berhubung ‘penjagaan kehormatan anggota seksual.’

Ralat akan dibuat dalam bentuk ‘QR Code’ esok untuk makluman guru, murid dan ibu bapa. 

Manakala ralat dalam bentuk pelekat akan dicetak dan diedarkan ke semua sekolah mulai 29 Januari ini.

Ia melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

Oleh: Joen Hamzah

Continue Reading

Tengok Sini

Kucing Muka Bengis Ini Popular Di Instagram

Published

on

By

Kucing merupakan haiwan peliharaan yang manja dan suka bermain, namun tidak bagi Pompous Albert.

Kucing jenis Selkirk Rex, milik Mike dan Susan ini mempunya wajah bengis dengan kening berkerut yang membuatkannya kelihatan seperti kucing yang suka marah.

Namun disebabkan wajahnya itu, Albert kini semakin popular di Instagram.

Nama Pompuas Albert pula diberikan kerana dia memiliki bulu kerinting dengan warna putih keabu-abuan yang menyerupai rambut Albert Einstein.

Disebabkan wajahnya yang selalu nampak macam tak puas hati tu, Mike dan Susan memutuskan untuk membuka akaun Instagram milik Pompous Albert dan kini mempunyai seramai 224,000 pengikut.

Continue Reading

Pelik Tapi Benar

Bilik Khas Ini Bantu Orang Ramai Untuk Hilangkan Rasa Marah Dan Stress

Published

on

By

Kesihatan mental berkait rapat dengan kehidupan seharian. Kehidupan yang penuh tekanan mengundang bahaya. Tapi jika anda ada cara untuk mengawal stress, anda pasti dapat menangani tekanan dengan lebih berkesan.

Sebenarnya ada berbagai cara yang boleh dilakukan dalam mengawal stress. Antaranya bernafas dengan dalam, bercakap dengan seseorang, berehat sambil mendengar muzik dan cuba berfikiran positif.

Di Beijing, China pula terdapat sebuah kedai yang membolehkan pengunjung datang untuk memecahkan atau memukul barang-barang yang terdapat di dalam bilik marah bagi melepaskan stress atau rasa marah mereka.

Bilik marah di Beijing ini dicaj pada harga 158 yuan (RM96), boleh digunakan untuk tempoh 30 minit. Pelanggan perlu menyarungkan pakaian perlindungan sebelum mula memukul barang-barang dengan penukul atau kayu besbol berlatar belakangkan muzik pilihan pelanggan itu sendiri.

Antara barang yang terdapat di dalam bilik marah itu.

Tujuan Smash ini dibuka adalah untuk membantu golongan yang hidup tertekan di bandaraya Beijing. Kira-kira 600 pelanggan yang mengunjungi Smash setiap bulan.

Perkhidmatan seperti ini dikatakan terdapat bukan sahaja di Beijing, malah di negara lain termasuklah Amerika Syarikat.

Sumber

Continue Reading

Trending