Tutup Iklan Close Ad
Connect with us

Mudah Terhibur

Sedih Dengan Komen-Komen Negatif, Dia Memilih Untuk Berubah Daripada Menangis

Published

on

Sumber: crackerdaily

Manusia tidak boleh lari dari bersikap judgemental dan kita sering judge orang hanya berdasarkan sifat luaran mereka. Terlalu mudah kan?

Buat wanita yang berumur 26 tahun ini, beliau digelar Wanita Paling Hodoh di Dunia. Lizzie Velasquez berumur 17 tahun semasa videonya menjadi viral dan dia menjadi bualan ramai. Itulah kali pertama beliau digelar wanita paling hodoh di dunia.

Beliau mengalami dua keadaan yang sangat jarang berlaku iaitu, ‘Marfan’ sindrom dan ‘Lipodystrophy’. Disebabkan keadaannya yang tidak boleh menambah berat badan sampai bila-bila tak kira berapa banyak yang beliau makan. Beliau hanya memiliki berat badan seberat 27kg. Sebelah matanya buta dan sebelah lagi kabur.

Beliau sangat sedih melihat komen-komen negatif dan kasar yang mengguris hatinya, daripada menangis di bilik beliau memilih untuk berubah. Beliau sekarang adalah seorang penceramah motivasi yang mengajar orang ramai untuk sentiasa yakin dan tunjukkan pada dunia siapa diri kita.

Tonton video yang kami kongsi untuk anda lihat bagaimana seorang yang serba kekurangan dari segi luaran tetapi cukup sempurna dari segi dalaman dan bagaimana beliau memberi inspirasi kepada orang lain.

 

 

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending