Tutup Iklan Close Ad
Connect with us

Pelik Tapi Benar

Sekumpulan Saintis Dikatakan Berjaya Melakukan Bacaan Minda Untuk Meramal Perbuatan

Published

on

Imej dari Immunodiagnostic Systems

Membaca minda seseorang mungkin bukan lagi satu perkara mustahil di masa akan datang. Difahamkan, sekumpulan saintis dikatakan telah berjaya melakukan bacaan minda untuk meramal perbuatan namun bukanlah dilakukan ke atas manusia tapi tikus.

Jozsef Csicsvari, pengarang bersama kajian yang diterbitkan dalam jurnal Neuron, mendedahkan mereka telah membuat “peta otak” untuk tikus.

Dan ini membolehkan mereka untuk menyesuaikan aktiviti saraf dengan tindakan tikus dan dengan itu mereka boleh meramalkan tindakan tikus tersebut.

“Lebih kurang macam peta otak, ia diaktifkan dengan cara tertentu bergantung pada kedudukan kami ketika di kawasan itu.

“Walau bagaimanapun, ternyata kadang-kadang neuron aktif tidak sepadan dengan kedudukan lokasi tikus.

“Sebaliknya ia memberi kita gambaran bagaimana haiwan memandang sesuatu ruang.”

Para saintis dari Institut Sains dan Teknologi Austria dapat menentukan di mana tikus akan bergerak seterusnya berdasarkan kebakaran neutron di otaknya.

Beliau berkata: “Ini memberikan kita gambaran tentang apa yang haiwan fikirkan tentang ruang.

“Kami menggunakan konsep ini untuk memahami bagaimana tikus berfikir semasa tugas yang menguji memori ruang mereka.”

Eksperimen ini juga membolehkan mereka sedar apabila tikus telah membuat kesilapan.

 

Sumber

Pelik Tapi Benar

Glamor Dicari, Maut Yang Menanti!

Published

on

By

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak angkuh terimalah akibatnya!

Itu kata-kata yang mungkin sesuai untuk sepasang kekasih kaya di Phuket, Thailand.

Mereka iaitu Chad Elwartowski (warga Amerika Syarikat) dan teman wanitanya, Supranee Thepdet (warga Thailand) selamba je bina rumah air di perairan Phuket.

Siap buat pengumuman kat media sosial dan bergambar bagai.

Mereka mendakwa tak perlu minta izin mana-mana negara sebab katanya kawasan itu adalah perairan antarabangsa, bukan milik Thailand.

Struktur rumah air tu dilapor tidaklah sebesar mana iaitu berukuran ‘6 x 2 meter’ tapi rekaannya agak unik berbentuk oktagon dan ada satu tiang dasar.

Harganya pula untuk golongan marhaen macam penulis ni memang telan air liar jelah kan, lebih kurang RM618,000.

Berang dengan tindakan itu, Tentera Laut Diraja Thailand menyerbu dan menunda rumah tersebut itu ke kawasan pantai baru-baru ini.

Pasangan tersebut pula dah melarikan diri.

Manakan tidak, jika didapati bersalah atas tuduhan mencabuli kedaulatan Thailand mereka berdua boleh dikenakan hukuman mati.

Hmmm…kemasyhuran dicari, maut yang menanti.

Bagi penulis memang tak berbaloi dan inilah namanya cari nahas!

Penulis: KJ 

Berita dan foto: Pelbagai sumber internet

Continue Reading

Pelik Tapi Benar

Kaki Seperti Ditarik Sesuatu, Mangsa Kemalangan Selamat Daripada Digilis Kren

Published

on

By

Seorang penunggang motosikal hampir maut selepas mangsa terjatuh di sisi tayar kren yang sedang bergerak, akibat dilanggar sebuah kenderaan lain.

Insiden pelanggaran ini katakan berlaku di Singapura dan ia dirakam dengan kamera perakam kereta yang betul-betul berada di belakang kren berkenaan ketika kejadian.

Mangsa selamat tapi yang peliknya macam ada sesuatu yang menarik kaki mangsa dari digilis dari tayar kren tersebut.

Tengok ni.

Nasib baik dia selamat. Berpantang maut sebelum ajal orang kata.

Continue Reading

Pelik Tapi Benar

Ini Sebabnya Kenapa Jennie Blackpink Menolak Permintaan Peminatnya Untuk Berselfie

Published

on

By

Foto: Getty Images

Komited selaku duta produk, Jennie daripada kumpulan Blackpink dilihat memulangkan kembali telefon milik peminatnya hanya kerana peminatnya menggunakan iPhone.

Jennie dilihat menolak permintaan berselfie dengan cara yang baik serta comel. Siap bagi love lagi!

Tengok ni.

Malah, Jennie juga terpaksa mengingatkan Jisoo yang kelihatan seolah-olah terlupa yang mereka di taja oleh Samsung.

Tengok ni.

Tahukah anda, selaku duta untuk mana-mana produk mereka bertanggungjawab untuk menjaga imej sesebuah jenama?

Insiden seperti dipandang serius oleh setiap jenama produk.

Ternyata tindakan Jennie membuktikan yang dia seorang duta produk yang komited dan bertanggungjawab. Respect!

Secara tak langsung menyelamatkan kumpulan Blackpink daripada berhadapan dengan situasi yang pernah dilalui Ksenia Sobchak.

Sebelum ini, duta Samsung di Rusia telah dipecat dan disaman £1.25million (RM6.7 juta) kerana tidak sengaja mempamerkan iPhone X miliknya.

Continue Reading

Pelik Tapi Benar

Lelaki Ini Sanggup Berenang Ke Tempat Kerjanya Setiap Hari

Published

on

By

Lelaki ini sanggup berenang selama 11 tahun untuk ke tempat kerjanya setiap hari.

Zhu Biwu, 53, dari Selatan Wuhan, berenang 2,200 meter merentasi Sungai Yangtze untuk menjimatkan masa ke pejabatnya.

Ia mengambil masa 30 minit untuk menyeberangi sungai dari rumahnya, kata Zhu. Perjalanan menaiki keretapi api biasanya mengambil masa satu jam.

Selain menjimatkan masa, kaedah itu turut dilakukan untuk menjaga kesihatannya.

Zhu didiagnosis dengan diabetes jenis 2 pada tahun 1999 dan beratnya lebih daripada 100 kg (220 lbs), menyebabkan dia mencari jalan untuk untuk kekal sihat dan cergas.

Dia mula berenang di tepi pantai sejak 2004 dan melatih dirinya untuk membuat perjalanan sejauh 2,200 meter.

Pada tahun 2008, Zhu mula mengambil bahagian dalam acara renang musim sejuk dan mengambil laluan alternatif untuk ke tempat kerja.

“Kadar gula dan berat badan saya kembali normal dan kekal stabil sepanjang 11 tahun ini”, katanya.

Sumber

Continue Reading

Pelik Tapi Benar

Aiskrim Mi Goreng Jadi Trend. Apa Kata Anda?

Published

on

By

Trend hasilkan makanan pelik semakin menjadi-jadi. Ada sahaja idea menginovasikan makanan-makanan sedia ada menjadi sesuatu yang unik dan aneh.

Kalau sebelum ini di Malaysia kecoh dengan kueh teow cheese, terbaru aiskrim Indomie goreng pula bikin netizen tak senang duduk.

Foto: Instagram destinasijajan

Ianya diberi nama aiskrim Noodle-Pop dan direka oleh orang Australia.

Tak susah nak buat katanya. Mee direbus terlebih dahulu. Kemudian, mee tersebut dicampurkan dengan air oren dan disatukan ke dalam bekas popsicle dan disejukkan. Pelik ke tak?

Indomee memang sedap, tapi aiskrim Indomee goreng ni tak pastilah pulak kan. Ada yang nak try ke?

Sumber:

1.Instagram destinasijajan

2. suara.com

Continue Reading

Pelik Tapi Benar

10 Design Toilet Yang Pelik Sampaikan Orang Tak Nak Pergi!

Published

on

By

Tandas yang baik sebenarnya tandas yang bersih dan ada air. Kalau dua elemen ni ada, dah cukup dah untuk tandas tu. Tapi, sekarang ni orang semua nak jadi pelik-pelik sampaikan tandas pun direka dengan bentuk yang pelik-pelik.

1. Tandas Dari Mata Turun Ke Hati

2. Tandas untuk kanak-kanak ke ni?

3. Lebih baik tak payah letak pintu tandas kan?

4. Tandas berkonsepkan ‘Kita Tak Kan Berpisah Selama-lamanya’

5. Siapa punya design macam ni? Macam mana nak tutup pintu?

6. Wah, tandas ni berkonsepkan MISTERI!

7. Kencing Di Sini Untuk Dapat Kawan Baru

8. Tandas untuk orang kurus keding je

9. Mungkin tandas ini dibuat dengan idea bilik meeting

10. Hermmmmmmmmm

Oleh: Azwar Kamaruzaman

Continue Reading

Pelik Tapi Benar

PELIK! Sindrom Suka Minum Darah Memang Betul-Betul Wujud

Published

on

By

Kita sering dengar perihal vampire je yang suka minum darah. Kalau dalam cerita klasik melayu pun, mungkin raja bersiong. Tapi, itu pun tak pasti sama ada benda tu betul atau tak. Namun, dekat dunia ni memang wujud satu sindrom yang suka minum darah.

Sindrom ini diberi nama Renfield di mana mereka yang mengalami sindrom ini sangat obses untuk minum darah. Malah benda ini turut dikenali sebagai clinical vampirism. Hal ini wujud pada tahun 1964 selepas wujudnya dua kes psikoanalitik.

Walaupun sindrom ini tidak diiktiraf oleh Klasifikasi Penyakit Antarabangsa atau Manual Diagnostik dan Statistik Gangguan Mental, tapi banyak buku-buku dan jurnal yang bercerita akan hal ini dalam sastera psikiatri forensic. Kebanyakkan daripada mereka melaporkan obsesi ini adalah salah satu aspek kejahatan ganas luar biasa.

Sumber: art and pop culture

Continue Reading

Pelik Tapi Benar

Nyalakan Mentol Guna Kulit

Published

on

By

Abu Thahir, 9, tiba-tiba menjadi popular kerana beliau dikatakan mempunyai keupayaan untuk menyalakan lampu dengan hanya menggunakan kulit pada tubuh badannya.

Kanak-kanak ini dikatakan secara tidak sengaja menyentuh mentol LED yang dibawa oleh bapanya, Nizar Thahir yang juga seorang juruteknik. Bapanya terkejut apabila melihat mentol itu menyala.

Sejak dari itulah, mereka sekeluarga mula menyedari kemampuan yang ada pada Thahir dan bagi Nizar sendiri, dia menganggap bahawa semua itu adalah anugerah daripada Tuhan.

Namun, seorang saintis menerangkan bahawa lampu yang menyala itu disebabkan tindakbalas kandungan garam yang tinggi dalam tubuhnya. Disebabkan itu, badan Thahir bertindak sebagai konduktor sehingga dia memiliki ‘kuasa’ tersebut.

Sumber : Mirror UK

Continue Reading

Pelik Tapi Benar

Gila! Kenakan Cas Tambahan Kepada Pelanggan Dengan Ketinggian Lebih 5 Kaki 8 Inci?

Published

on

By

Kegilaan apakah ini sampai sanggup mengenakan caj tambahan kepada pelanggan yang mempunyai ketinggian lebih 5 kaki 8 inci atau rambut panjang yang mencecah tali bra?

Foto: Freepik

Screenshot Insta story yang dimuat naik di Twitter @HairAdvisorUK menarik perhatian netizen dan ramai yang mempersoalkan tindakan tak masuk akal penggaya rambut dari warga Britain itu.

Baca ni.

Bagaimanapun, @HairAdvisorUK bertindak telah memotong bahagian nama pendandan rambut tersebut melalui posting perubahan harga itu.

Sumber

Continue Reading

Pelik Tapi Benar

[Video] CCTV Rakam Aksi Monyet Rompak Kedai Emas

Published

on

By

CCTV yang diletakkan  di sebuah kedai emas telah merakam aksi seekor monyet dilihat  menyelinap masuk ke dalam kedai berkenaan dan mencuri sejumlah wang tunai.

Video berdurasi 1 minit 7 saat ini memaparkan kelibat  seorang pekerja di kedai tersebut itu cuba menghalaunya dan mendapatkan kembali wang tersebut dengan memberikan pisang.

Cubaan pekerja kedai itu bagaimanapun gagal kerana monyet lebih berjaya melarikan kira-kira USD 144 (RM585).

Bijak betul monyet ini, pilih wang berbanding pisang; yakni makanan kegemaran mereka. Siap pandai buka laci tempat letak duit lagi tu. Nak bawa duit tu pergi shopping ke apa? Hihi.

Continue Reading

Trending