Tutup Iklan Close Ad
Connect with us

Inspirasi

Nasib Adik Yang Pandai Bertutur Lebih Dari Tujuh Bahasa, Berubah Selepas Videonya Viral

Published

on

Tuah ayam nampak di kaki, tuah siapa yang tahu. Sama lah macam kisah adik si pejual cendermata dari Kemboja yang viral baru-baru ni. Dia yang pandai bertutur lebih dari tujuh bahasa telah mencuri perhatian ramai selepas videonya viral di media sosial.

Susulan dari video viral itu, kehidupan Thuch Salik, 14, serta keluarga dikatakan telah berubah.
Selain dari dihadiahkan basikal dan game baru, mereka turut berjanji untuk membiayai pendidikan adik Salik sehingga ke peringkat universiti.

BACA: Pandai Bertutur Lebih Dari Tujuh Bahasa, Kanak-Kanak Ini Curi Perhatian Netizen

Salih juga komited untuk belajar serta meningkatkan kemahiran bahasanya memandangkan kewangan keluarganya semakin baik.

Menerusi laporan Channel NewsAsia, ibunya tidak lagi membenarkan Salik untuk keluar menjual cenderamata sebaliknya dia akan fokus untuk belajar. Namun, jika dia ada kelapangan, dia boleh membantu mereka.

 

Sumber: Astro Awani

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Inspirasi

Sifat Empati, Kasih Sayang Dan Hormat Menghormati Jacinda Wajar Dicontohi

Published

on

By

Insiden berdarah di Christchurch, minggu lalu meninggalkan kesan yang amat mendalam buat seluruh masyarakat dunia terutamanya New Zealand.

Gelaran sebagai antara negara paling aman di dunia bagaikan diragut ekoran kejadian tembakan rambang yang berlaku di dua masjid di bandar itu.

Tragedi itu telah mengorbankan 50 nyawa termasuk seorang remaja rakyat Malaysia, Allahyarham Mohd Haziq Mohd Tarmizi.

Namun, di sebalik kesedihan insiden berdarah itu, terserlah sisi seorang pemimpin yang amat berwibawa, Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern dalam mengendalikan hal itu.

Sebaik sahaja suspek kes itu ditangkap, beliau bersumpah tidak akan menyebut langsung nama pengganas yang menjadi punca kepada insiden itu.

Sebaliknya beliau menyeru masyarakat untuk mengingati kesemua mangsa yang terkorban dalam tragedi itu.

Quote: “Speak the names of those who were lost rather than the man who took them. He may seek notoriety, but we in New Zealand will give him nothing, not even his name.”

Selepas itu, keprihatinan Jacinda terus jadi buah mulut orang ramai apabila beliau tampil berselendang pada kepalanya ketika menziarahi keluarga mangsa sebagai tanda hormat kepada agama Islam.

Beliau juga berjanji bahawa kerajaan New Zealand akan tanggung segala kos pengebumian dan menjamin bantuan kewangan kepada semua keluarga mangsa terbabit.

Selain itu, beliau juga menuntut penjelasan Facebook, Twitter dan Google bagaimana mereka mengendalikan platform media sosial itu ekoran tersebarnya video insiden itu secara meluas.

Ia sebagai usaha menjadikan Facebook dan pemilik platform media sosial lain lebih aktif dalam bendung kandungan berunsur kebencian.

Sebagai tanda solidariti terhadap insiden yang berlaku, Jacinda minta seluruh penduduk negara itu supaya bertafakur selama dua minit, Jumaat ini.

Malah, stesen televisyen dan radio nasional New Zealand pula akan mengumandangkan azan sembahyang Jumaat.

Terbaru, kurang seminggu tragedi itu berlaku, kerajaan itu telah mengharamkan penjualan senapang di negara itu berkuatakuasa serta-merta.

Sifat empati, kasih sayang dan hormat menghormati yang ditunjukkan oleh Jacinda wajar dicontohi oleh semua pihak dalam mengendalikan apa jua situasi yang dihadapi.

Terima kasih Jacinda Ardern!

Oleh: Izzati Amir

Continue Reading

Inspirasi

Barisan Pemimpin Dan Bekas Pemimpin Negara Titip Doa Buat Arwah Haziq

Published

on

By

Muhammad Haqiz Mohd Tarmizi, 17, telah disahkan meninggal dunia dalam serangan di Christchurch, New Zealand.

Adik Haziq merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang terkorban dalam serangan yang berlaku tempoh hari.

Seluruh rakyat Malaysia amat berdukacita dengan perkhabaran sedih itu, rata-rata menitipkan doa buat arwah Haziq termasuk barisan pemimpin dan bekas pemimpin negara.

Continue Reading

Inspirasi

Baru Lepas Mandulkan Kucing, Pemilik Buat Kenduri Pulut Kuning

Published

on

By

Sesetengah daripada kita menganggap haiwan peliharaan sebagai ahli keluarga.

Tahukah anda dengan kehadiran haiwan kesayangan ia dapat meningkatkan tahap kesihatan dan emosi seseorang.

Imej dari Freepik

Keletah dan gelagat mereka selalu buat kita terhibur. Walaupun kadangkala aksi mereka mengundang rasa marah tapi apabila ingat semula pasti tertawa kecil.

Biasalah bila dah sayang, ada yang sampai sanggup berhabis duit demi haiwan peliharaan mereka. Beli makanan berkhasiat, kadang-kala tinggalkan mereka di hotel kucing, selalu bawa jumpa veterinar dan spa serta macam-macam lagi. Yelah dah jadi macam ahli keluarga sendirikan mestilah dijaga sepenuh hati.

Baru-baru ini viral di Twitter, pemilik kepada tiga kucing membuat pulut kuning dengan rendang telur puyuh sempena kucing-kucingnya disunatkan atau dimandulkan. Comel sangat!

Tweet yang dimuat naik oleh @NiniNell mencuri perhatian ramai sehinggakan mendapat lebih 26,000 retweet dan 17,000 favourite. Rata-rata netizen terhibur dan memuji tindakan tuan punya kucing itu.

Ini antara respon daripada netizen.

Menerusi laporan Mstar, secara kebetulan majlis kesyukuran dibuat sempena tiga kucing Khairul Faizi dimandulkan. Jadi mereka sekeluarga memutuskan untuk meletakkan pelekat ‘majlis kesyukuran berkhatan’ supaya nampak cantik dan kreatif. Respect!

View this post on Instagram

Atlas. Arez. Achilles.

A post shared by JV (@jupiter_loves_venus) on

Jadi, sama-sama pupuk nilai kasih sayang dalam diri kita untuk saling mengasihi. Tidak kiralah terhadap manusia mahupun makhluk lain.

Continue Reading

Inspirasi

Terus ‘Mengajar’ Di Youtube, Biarpun Cikgu Hayati Telah Tiada. Terima kasih Cikgu!

Published

on

By

Cikgu mana yang tak nak lihat anak muridnya sukses. Pengorbanan dan keikhlasan seorang guru akan selalu dikenang tetapi kadang kala kita tak tahu apa sebenarnya yang dilalui oleh mereka ketika menjalankan tanggungjawab mereka sebagai seorang pendidik.

Dan itulah yang dilakukan oleh cikgu Hayati Aini Ahmad kepada pelajarnya walaupun selepas dia didiagnosis dengan peringkat 4 kanser payudara sejak dua tahun lepas.

Guru subjek Matematik Tambahan ini telah dijemput Ilahi baru-baru ini. Biarpun dia telah tiada, namun ilmu yang dikongsikan menerusi YouTube video akan kekal di alam maya untuk digunapakai oleh sesiapa sahaja.

Menerusi laporan MStar, Abdul Jalil Daud iaitu suami kepada Arwah Puan Hayati berharap ilmu yang dikongsikan isterinya diharap boleh memberi manfaat kepada golongan pelajar.

Menurut Encik Jalil, isterinya terpanggil untuk menyediakan video mengajar dalam Bahasa Melayu kerana ia adalah alternatif buat pelajar yang lemah penguasaan Bahasa Inggeris kerana rata-rata tutorial video dalam Bahasa Inggeris. Arwah isterinya juga sering membantu pelajarnya memahami sesuatu perkara walaupun di luar waktu persekolahan.

Tengok ni.

Kami harap, ilmu yang diturunkan oleh cikgu Hayati akan terus digunakan oleh generasi akan datang.

Al-Fatihah buat cikgu Hayati. Semoga roh cikgu dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Terima kasih cikgu!

Continue Reading

Inspirasi

Laungan Haka Sebagai Tanda Sokongan Kepada Komuniti Islam Di New Zealand

Published

on

By

Selepas beberapa hari insiden serangan masjid di Christchurch, kini komuniti Islam dikawasan terbabit dilihat rasa lebih selamat.

Selain kawalan keselamatan yang dipertingkatkan, aksi sekumpulan geng motosikal yang ‘paling digeruni’ di New Zealand yang dianggotai sekurang-kurangnya tujuh orang bertindak memberikan laungan dan tarian Haka sebagai tanda sokongan kepada komuniti Islam di negara itu, telah mencuri tumpuan.

“Ia sesuatu yang sangat istimewa, ia adalah sebahagian daripada budaya kami dan ini yang biasa kami lakukan ketika kami membesar, dan (tarian) ini adalah untuk berkongsi dengan mereka yang sedang melalui tempoh kesedihan,” 

Selain kumpulan motosikal ini, tarian Haka juga dipersembahkan oleh sekumpulan remaja, sebagai penghormatan kepada dua sahabat mereka yang terbunuh dalam serangan tersebut.

Haka merupakan tarian tradisional kaum Maori New Zealand yang dilakukan secara beramai-ramai sebagai persediaan sebelum berperang, sama ada sebelum berdepan secara langsung dengan pihak musuh, atau ketika meninggalkan kampung halaman untuk menuju ke medan pertempuran.

Sumber: Awani

Continue Reading

Inspirasi

Sebak! Adik Yang Pro Guna Chopstik Ini Rupanya Menghidap Leukemia

Published

on

By

Ingat tak lagi video adik comel yang makan pakai chopstik macam pro yang kami kongsikan bulan lepas?

BACA: Budak Kecik Ni Makan Pakai Chopstik Macam Pro. Serius Power!

Disebalik kecomelan dan kelincahan dia menggunakan chopstik rupa-rupa terselit seribu satu kisah sedih tentangnya yang tak ramai tahu.

Menerusi Twitter SSCM, Haihai, 2 tahun rupanya didiagnosis dengan leukemia limfoblastik akut (LLA) sejak berusia setahun.

Lebih menyedihkan lagi, nenek Haihai juga menghidap kenser payudara terminal dan disebabkan itu ayah Haihai kadang kala terpaksa berjauhan daripadanya.

Sejak itu Haihai mula berdikari dengan belajar makan guna chopstik.

Menurut ibunya, Haihai seorang budak lelaki yang tabah. Dia sentiasa berkelakuan baik setiap kali diambil darah atau diberi suntikan. Sebagai anak kecil dia dia tak lari dari rasa takut. Kuat mana pun dia, sakit tetap sakit.

Kesemua rambut Haihai gugur selepas dia menjalani kimoterapi yang pertama.

Prosedur perubatan yang menyakitkan itu umpama mimpi ngeri buat Haihai dan ibunya. Selepas menjalani kimoterapi, Haihai diberi makanan kegemarannya iaitu sebagai ganjaran.

Tengok video ni.

Continue Reading

Baking Soda

10 Mangsa Serangan Masjid Christchurch Di New Zealand Yang Perlu Dikenang Sampai Bila-bila

Published

on

By

16 Mac 2019 pastinya menjadi peristiwa berdarah buat seluruh dunia apabila 51 nyawa yang entah apa dosanya, telah terkorban dalam dua siri tembakan oleh dua orang pengganas.

Berlaku di dua masjid yang berbeza, malah pembunuhan tanpa ada belas ihsan ini dilakukan live melalui media sosial pengganas tersebut.

Hari ini seluruh dunia berduka meratapi pemergian 51 nyawa tersebut. Namun, disebalik kejadian malang ini muncul lah kisah hidup mereka yang hebat. Berikut adalah kisah ringkas tentang antara mangsa tembakan di New Zealand:

1. The Hero- Naaem Rashid

Tatkala beliau melihat anaknya Taha ditembak dan dibunuh, dan lelaki dan perempuan dikelilingnya turut dibunuh, beliau terus menerkam ke arah pengganas tersebut dengan tangan yang kosong. Semangat juangnya membara sehingga ke akhir hayatnya. Beliau syahid sebagai seorang perwira.

2. Paling Muda- Muca Ibrahim, 3 Tahun

Telah terbunuh disebabkan oleh seorang pengganas dan dikatakan antara yang termuda dalam siri tembakan di New Zealand.

3. Baby Brother- Abdullah Dirie, 4 tahun

Beliau berada di dalam masjid bersama 4 orang adik beradiknya yang lain. Ahli keluarganya yang lain terselamat. Namun, beliau terbunuh di dalam masjid di sebabkan oleh tembakan yang terkena tubuhnya.

4. Anak Lelaki Kebanggan Keluarga – Talha Rashid, 21 Tahun

Beliau ditembak dan mati di hadapan ayahnya, Naeem. Beliau merupakan seorang pelajar di sebuah kolej. Beliau dan ayahnya datang ke ChristChurch untuk beribadat bersama ayahnya. Namun, nyawa mereka diambil tatkala mereka sedang menghambakan diri pada Tuhan mereka.

5. Pengasas Masjid- Mohammad Atta Alayan

Beliau merupakan seorang pelarian dari Palestin. Beliaulah yang mengumpul dana untuk membina komuniti muslim di New Zealand. Namun, beliau meninggal di dalam masjid yang telah dibina atas usahanya sendiri.

6. Sang Pemimpi- Khaled Mustafa

Beliau melarikan diri dari ISIS dan meninggalkan negaranya Syria untuk membina kehidupan yang lebih baik di New Zealand. Beliau telah menyediakan segala-galanya untuk keluarga dengan bermimpi hidup keluargnya akan menjadi lebih baik. Namun, beliau tidak mampu lagi melihat keluarganya menjadikan mimpi itu satu kenyataan.

7. The Heroin- Ara parvin, 42 tahun

Beliau dan suaminya meninggalkan Bangladesh dan membina kehidupan di New Zealand pada tahun 1994. Beberapa tahun lalu, suaminya jatuh sakit dan terpaksa menggunakan kerusi roda. Saat sang pengganas mengacu pistol kepada suaminya, Ara berlari dan cuba menghalang. Tetapi, peluru telah menembusinya tubuhnya. Suaminya selamat namun beliau tergolong dalam mereka yang menjadi mangsa tembakan.

8. Bakal Seorang Doktor- Haroon Mahmood

Beliau merupakan seorang calon PhD. Rakyat Pakistan ini meninggalkan negaranya untuk mengejar cita-cita di Lincon University. Namun, semuanya hancur tatkala beliau menjadi mangsa dalam tembakan tersebut.

9. Anak Yang Bertanggungjawab- Hussein El- Umari

Beliau datang ke New Zealand bersama ibu bapanya. Beliau menjaga kedua ibu bapanya kerana mereka sudah berumur. Namun kini, ibu bapanya tidak lagi mempunyai siapa-siapa selepas beliau terbunuh dalam kejadian tembakan ini.

10. Doktor Yang Sentiasa Tersenyum- Amjad Hamid, 57 tahun

Seorang doktor yang baik hati dan disenangi oleh pesakitnya. Ahli keluarganya tahu, masjid itu adalah tempatnya mencari ketenangan. Namun, segala ketenangannya diragut sekelip mata apabila beliau ditembak oleh pengganas.

Continue Reading

Inspirasi

Ini Rare! Anak Belikan Ibu Kek, Tanda Terima Kasih Beri Mereka Suntikan Vaksin

Published

on

By

Vaksin penting untuk mencegah pelbagai penyakit. Pun begitu, masih terdapat golongan yang memilih menjadi anti-vaksin atas sebab-sebab tersendiri.

Alyssa Jackson dan adiknya berasa bersyukur kerana mereka dua beradik mempunyai rekod telah diberikan suntikan vaksin.

Sebagai menghargai tindakan ibu mereka, kedua-dua beradik itu membelikan ibunya sebiji kek aiskrim.

Mesej yang ditulis pada kek itu berbunyi, terima kasih kerana memberikan kami suntikan vaksin.

Video yang dimuat naik oleh Alyssa di TikTok juga menerima pelbagai reaksi netizen.

Tengok ni.

“Saya dan kakak mengambil rekod vaksin supaya saya boleh menukar sekolah, dan kami berhenti di Dairy Queen semasa makan tengah hari,” kata Allysa.

Allysa berkata beliau gembira kerana telah divaksin. “Ini kerana saya telah melihat bahawa terdapat beberapa wabak lama mula kembali,” kata Jackson, yang berasal dari Pennsylvania.

“Saya gembira ibu tidak menyumbang kepada wabak itu.”

Tindakan memberikan ‘hadiah’ ini hanya untuk suka-suka, Jackson tidak menjangkakan video tersebut menjadi viral. Dia berharap ibu bapa yang lain juga akan memberikan suntikan vaksin kepada anak-anak mereka.

Rasanya ini kali pertama anak-anak mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa mereka hanya kerana suntikan vaksin ni. Salute!

Continue Reading

Inspirasi

Nenek Umur 87 Tahun Lukis Guna Microsoft Paint Like A Pro

Published

on

By

Waktu kecil dulu, zaman internet masih lagi pakai wire dan tiada smartphone, kita selalu main games dan aplikasi dekat komputer. Selalunya kita main spider solitaire, pinball dan macam-macam lagi.

Dan kita juga suka melukis dekat Microsoft Paint. Paling hebat yang boleh kita buat pun mungkin sebuah rumah yang mempunyai tingkap lebih tinggi daripada pintu dan juga melukis sawah padi macam sarang labah-labah.

Tapi, ada nenek ni lukis guna Microsoft Paint dan lukisan dia semua power-power weyh. Kalau tak tahu, mesti korang anggar dia tak guna Microsoft Paint pun sebenarnya.

Dikatakan, suami nenek ini sakit. Jadi perkara tersebut menyebabkan dia jarang keluar rumah. Untuk menghilangkan rasa bosan, dia main Microsoft Paint pada komputer yang dibeli oleh anaknya.

Mula-mula dia lukis benda-benda kecil seperti rumah. Lepas tu dia tambah gunung. Sikit-sikit dia touch up lukisan dia sehingga lah terhasil sebuah lukisan yang memang menakjubkan. Developer aplikasi tu pun terkejut melihat lukisan nenek tersebut.

Sebabkan lukisan ni jugak, bilangan pengikut instagram nenek ni bertambah. Dulu-dulu ada 300 je tapi sekarang dah jadi 121,000 pengikut. Dah jadi instafamous nenek ni. Lepas ni boleh lah bua paid review. Korang boleh stalk instagram mak cik ni dekat @conchagzaera

Cuba korang tengok beberapa lukisan di bawah ni dan bandingkan lukisan korang yang dulu.

Sumber: boredpanda.com

Oleh: Azwar Kamaruzaman

Continue Reading

Inspirasi

[Video] Lelaki Ini Ambil Masa 9 Bulan Lengkapkan Jigsaw Puzzle Besar Ini

Published

on

By

Tak semua orang memiliki kesabaran yang tinggi macam lelaki ni. Andre F mengambil masa 9 bulan untuk melengkapkan 33,600 keping jigsaw puzzle.

Rakaman time lapse ini menunjukkan kegigihan Andre F melengkap “Wildlife” jigsaw puzzle yang berukuran 225” x 62”.

Nak siapkan 18.75 kaki jigsaw puzzle ni bukannya sesuatu yang mudah. Tapi kalau tengok proses mencantumkan semua puzzle menerusi video time lapse ni, memanglah nampak senang je kan. Hehe!

Sumber: Youtube

Continue Reading

Trending