Tutup Iklan Close Ad
Connect with us

Inspirasi

Siapa Sangka, Kuasa Viral Mampu Ubah Nasib Keluarga Ni!

Published

on

Ingat tak awal tahun dulu ada satu kisah tentang seorang lelaki Melayu ni bantu dua beranak yang ambil upah cuci kereta viral dekat media sosial?

Okay, kalau tak ingat jom kita ‘flashback’ balik kisah tu,
Kisah bermula apabila kereta milik seorang lelaki ni, Adi W. Kamal dihampiri oleh seorang kanak-kanak India yang lengkap berpakaian sekolah menawarkan khidmat cuci kereta.

Apabila ditanya, rupa-rupanya dia dan ayahnya ambil upah cuci kereta di kawasan itu tanpa menetapkan jumlah bayaran! 

Tersentuh dengan tindakan itu, Adi terpanggil untuk mengajak orang ramai memberikan sumbangan kepada keluarga Sukumaran Sanmugam melalui satu posting di Facebooknya.

Haa, jadi baru-baru ni kru Free Malaysia Today telah mempertemukan Adi dan Sukumaran sekeluarga.

Nampaknya tindakan Adi menviralkan kisah hidup keluarga Sukumaran dulu berjaya ubah nasib mereka sekeluarga.

Ramai yang datang membantu antaranya bekas Perdana Menteri sendiri, Datuk Seri Najib Tun Razak!

Awww so sweet kan!

Rata-rata netizen puji tindakan Adi kerana sudi menghulurkan bantuan tanpa mengira bangsa dan agama.

Sikap sebeginilah yang harus diamalkan oleh semua rakyat Malaysia!

Oleh: Izzati Amir

Inspirasi

Suami Isteri Tanam 4 Juta Anak Benih Untuk Pulihkan Hutan Yang Telah Botak. Lihat Hasilnya

Published

on

By

Jurugambar dari Brazil, Sebastiao Salgado dan isterinya, Leilia Deluiz Wanick Salgado telah membuktikan tiada apa yang mustahil dalam hidup ini. Sekecil manapun usaha seseorang, hasilnya pasti terlihat juga.

Kecewa melihat hutan, tempatnya membesar semakin botak pasangan suami isteri itu nekad menamam semula pokok-pokok di sana.

Pasangan ini telah mengasaskan Institut Terra, iaitu organisasi kecil untuk menanam 4 juta anak benih untuk memulihkan hutan itu.

Penanaman pertama anak benih bagi projek penghutanan semula Bulcao Farm adalah pada Disember 1999.

Katanya, idea itu datang daripada isterinya.

Selepas 20 tahun proses membaik pulih dijalankan hutan tersebut kembali di penuhi pokok-pokok yang menghijau serta hidupan-hidupan lain mula kembali ke tempat asal mereka.

Terbaiklah! Sikap sebeginilah yang harus dicontohi. Yang pasti, tiada apa mustahil dalam dunia ni. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih, gitu.

Sumber:

1. Bored Panda

2. instituto terra

Continue Reading

Inspirasi

Tak Sangka Phone Dipulangkan Oleh Paus Beluga

Published

on

By

Tak nak lepaskan peluang untuk melihat ikan paus Beluga yang dikatakan sering berada di pantai Hammerfest, Norway yang ditemukan sekumpulan nelayan bulan lalu, dua gadis telah berkunjung ke pantai itu untuk melihat sendiri mamalia laut tersebut.

Ketika sedang menanti kelibat haiwan itu muncul, telefon bimbit Mansika terjatuh ke dalam air.

Disangkakan telefon itu hilang buat selama-selamanya, tak sangka pula ikan paus yang dinanti-dinanti itu muncul dengan membawa telefonnya kembali. Cerdiknya!

Momen istimewa itu bagaimanapun berjaya dirakam oleh teman Mansika iaitu Isa Opdahl Larsson dan memuat naik video tersebut di Instagram.

Sumber

Continue Reading

Inspirasi

Serius Comel! Terhibur Tengok Reaksi Kanak-Kanak Ini Dapat Kaki Baru

Published

on

By

Ahmad Sayed Rahman, budak lelaki berusia lima tahun dari Afghanistan, telah kehilangan kaki kanannya ketika berusia lapan bulan akibat terkena peluru.

Rahman telah memakai beberapa kaki palsu sepanjang empat tahun yang lalu.

Baru-baru ini, Rahman telah menerima kaki prostetik yang baharu.

Disebabkan terlalu teruja, dia mula menari di hadapan ahli fisioterapi dan jururawat.

Tengok ni.

Reaksi Rahman itu telah dirakam oleh Melgara Rahimi, salah seorang ahli terapi di pusat perubatan ICRC di Kabul.

Video Rahman menari jadi viral selepas ia di muat naik ke Twitter.

Sehingga kini Tweet tersebut telah mendapat 12,207 retweet dengan lebih 40,000 likes.

Rata-rata terhibur dengan keletah Rahman dan tak kurang juga terharu melihat reaksi si cilik itu.

Sumber

Continue Reading

Inspirasi

Bapa Kreatif Design T-Shirt Agar Anak Boleh Bermain Sambil Urut Badan

Published

on

By

Tipulah kalau ada yang kata parents tak pernah suruh tolong picit-picitkan (urut) belakang badan.

Benda paling basic yang kita buat pun adalah tolong pijak belakang badan bila malas.

Seorang bapa kreatif dari Jepun telah menghasilkan design t-shirt yang memberi inspirasi untuk anak tolong urutkan belakang badan sambil bermain. LOL!

Tengok ni.

Menurut Ken, dia kerap membuat kerja sambil meniarap guna laptop.

Pada satu hari, anaknya datang dan landing di belakang badannya sambil bermain dengan kereta mainan.

Secara tak langsung, idea untuk menghasilkan baju dengan design trek kereta api itu datang tiba-tiba. Maka terhasilkan t-shirt dengan hidden function ini. HAHA!

Kreatif gila kan?

Sumber

Continue Reading

Inspirasi

Video Viral Lelaki Lompat Ke Landasan Kereta Api Demi Seorang Gadis

Published

on

By

Seorang lelaki Turki diangkat sebagai hero selepas dia berjaya menyelamatkan nyawa seorang gadis daripada digilis kereta api.

Tindakan pantas Ercan Kaya, 26, melompat turun ke landasan kereta api dan menarik gadis berkenaan dilihat sebagai satu tindakan yang berani dan hebat.

Insiden mencemaskan itu berjaya dirakam CCTV.

Tengok ni.

Sejak tweet berkaitan video berkenaan viral, tak putus-putus orang mengucapkan tahniah dan memanggilnya hero.

Menurut Ercan, dia menyedari bahawa seseorang perlu melompat turun untuk menyelamatkan nyawa gadis itu.

“Saya gembira dapat menyelamatkan nyawa seseorang.”

Media Habertürk melaporkan, gadis berusia 16 tahun itu dikatakan melompat ke landasan kereta api stesen Mustafa Kemal Küçükçekmece, Istanbul dalam cubaan membunuh diri namun gagal kerana dia berjaya diselamatkan.

Sumber

Continue Reading

Inspirasi

4 Tokoh Wanita Negara Yang Diangkat Ke Jawatan-Jawatan Tertinggi Negara

Published

on

By

Jawatan Ketua Hakim Negara kini disandang Datuk Tengku Maimun Tuan Mat yang dilantik bagi menggantikan Tan Sri Richard Malanjum yang bersara.

Sebelum Tengku Maimun, sebenarnya dah ada beberapa wanita yang diangkat ke jawatan-jawatan tertinggi negara sejak kebelakangan ini.

Antaranya tak lain tak bukan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dr Wan Azizah merupakan wanita pertama dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Turut menempa nama Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus yang dilantik sebagai Gabenor Bank Negara, wanita kedua dilantik ke jawatan penting itu selepas Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

Baru beberapa bulan je dilantik, Nor Shamsiah diiktiraf sebagai Gabenor Bank Pusat Terbaik Asia Pasifik 2019 oleh majalah kewangan UK, The Banker.

Ingat lagi dengan hakim mahkamah tinggi syariah, Nenney Shushaidah Shamsuddin?

Ha, beliau pula tersenarai antara 100 Wanita Inspirasi oleh saluran berita antarabangsa, BBC.

Beliau juga adalah satu-satunya wanita Malaysia daripada 13 wanita di Asia yang dipilih berdasarkan sumbangan dan semangat perjuangan.

Hebat kan srikandi-srikandi Malaysia ni? 

Sebenarnya, wanita-wanita Malaysia ni pun beruntung sebab suara semakin didengari, juga bakat dan kebolehan terus diberi pengiktirafan.

Oh ya, Hari Ibu pun dah tak lama lagi. Penulis ambil kesempatan ni nak ucap selamat Hari Ibu kepada semua ibu sama ada yang bekerjaya dan menguruskan rumah tangga.

Sayangi diri dan pelihara naluri wanita anda. Eccewahhh!

Oleh: KJ 
Foto: AWANI & YADIM

Continue Reading

Inspirasi

Mengagumkan! Lukisan Ini Terhasil Dari Tompokan Air Kopi Yang Tertumpah

Published

on

By

Dah nama pun tangan berseni, lukis apa pun jadi.

Steffan Kuhnigk, seorang pereka dari Jerman menghasilkan lukisan menarik hanya dari tompokan air kopi yang tertumpah di atas alas meja kertasnya.

Dia mencabar dirinya untuk menghasilkan sesuatu dari tompokan air kopi yang tertumpah dan menganggap ia sebagai satu latihan menguji kreativiti.

Lihat hasilnya..

Hebatkan?

Sejak itu, dia akan menumpahkan sedikit air kopi pada helaian kertas bagi menghasilkan lebih banyak Coffee Monster.

Tengok ni.

Sumber

Continue Reading

Inspirasi

Wanita Ini Tersedar Selepas 28 Tahun Koma

Published

on

By

Pelik tapi benar, seorang wanita koma selama 28 tahun akhirnya tersedar.

Foto: Freepik

Munira Abdulla dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) kemalangan pada tahun 1991 dan ketika dia berusia 32 tahun.

Ketika kemalangan, dia dan anak lelakinya berada di dalam kereta, baru pulang dari sekolah sebelum mereka dirempuh sebuah bas.

Akibat dari kemalangan itu, Munira mengalami kerosakan otak yang teruk manakala anaknya, Omar ketika itu baru berusia empat tahun hanya cedera ringan.

Munira kemudiannya dihantar ke hospital di London untuk mendapatkan rawatan sehingga dia berjaya dikembalikan dalam keadaan separa koma.

Selepas berpuluh tahun mendapatkan rawatan di sana, akhirnya dia dibawa pulang semula ke Dubai pada tahun 2017.

Kos perubatan di Dubai dibiayai oleh Putera Mahkota Abu Dhabi, Putera Mohammed bin Zayed dengan menggunakan rawatan dari Jerman.

Menurut anaknya, kini keadaannya semakin pulih dan boleh bercakap seperti biasa.

Kata Omar lagi, jangan mudah putus harapan.

Sumber: Astro Awani

Continue Reading

Inspirasi

Kebahagiaan Tiada Nilainya, Foto Ini Buat Netizen Sebak

Published

on

By

Untuk rasa gembira ada yang perlu bercuti sampai keluar negara. Ada juga akan berasa gembira jika diberikan intan permata.

Semua yang di atas tiada salahnya. Akan tetapi, kita tidak perlukan sesuatu untuk menikmati detik-detik kegembiran.

Untuk gembira, tidak perlu tunggu bila sudah berjaya. Bila sudah kaya. Bila sudah tinggal di rumah mewah. Jangan tunggu apa-apa untuk merasa gembira.

2 foto yang viral memperlihatkan detik-detik gembira yang dinikmati dipercayai antara seorang ibu dan juga anaknya.

Foto: FB Ameniel Del Mundo

Foto tersebut menjadi perbualan netizen lantaran ia dianggap sebagai bukti bahawa kegembiraan itu mampu dimiliki semua

Foto: FB Ameniel Del Mundo

Terkadang kita kerap mengeluh hingga lupa untuk rasa bersyukur. Sehingga hidup jadi kurang bahagia.

Asyik bandingkan hidup dengan seseorang di atas kita. Padahal, kalau kita melihat ke bawah masih ramai lagi yang tak bernasib baik namun mereka tetap menjalani hari-hari mereka dengan penuh kegembiraan.

Apa pun, bersyukurlah!

Continue Reading

Inspirasi

Silap Kacau Orang, Dua Lelaki Dibelasah Wanita Sehingga Pengsan

Published

on

By

Satu rakaman CCTV menunjukkan seorang wanita menumbuk muka dua lelaki sehingga pengsan selepas mereka memukul teman lelakinya.

Dalam rakaman video berdurasi 14 saat itu, kelihatan dua suspek menolak kepala mangsa terlebih dahulu sebelum kekasihnya cuba membalas dendam.

Siapa yang patut selamatkan siapa ni? LOL!

Tengok ni.

Tindakan berani wanita itu bagaimanapun mendapat pujian netizen.

Continue Reading

Trending