Tutup Iklan Close Ad
Connect with us

Trending

Tahu Tak Kenapa Air Mata Menitis Ketika Kita Menguap? 

Published

on

Kredit Foto blog.doctoroz.com

Air  mata tidak hanya menitis ketika anda sedang menangis, malah ketika anda menguap juga air mata akan menitis. Tahu tak kenapa air mata menitis ketika kita menguap?  Sebenarnya ada penjelasan dari sudut sains mengapa anda akan mengeluarkan air mata ketika menguap.

Perkara ini berlaku kerana adanya proses tekanan pada kelenjar air mata. Kelenjar air mata terletak di bahagian atas mata. Ketika anda sedang menguap, kelopak mata secara automatik akan menutup mata anda secara rapat hingga menyebabkan terjadinya tekanan pada otot mata anda. Air mata yang terkeluar ini pula berperanan untuk menyegarkan mata yang keletihan.

Tekanan otot di sekitar mata inilah menjadi punca air mata anda keluar walaupun anda tidak menangis. Bila semakin kerap anda menguap, maka tekanan otot menjadi semakin kuat dan menyebabkan keluarnya air mata yang berlebihan.

Kebiasaannya, menguap ini terjadi kerana anda keletihan dan sangat mengantuk ataupun merasa bosan.

 

Sumber dari The Naked Scientists. 

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending