Tutup Iklan Close Ad
Connect with us

Kongsi Tips

Tak Nak Cermin Mata Berwap, Boleh Cuba Cara Ni

Published

on

Hanya orang yang pakai spek tahu macam mana perasaan bila keluar daripada tempat yang berhawa dingin kemudian spek berwap. Satu hal pula nak lap dulu spek tu baru boleh berjalan. Kalau tak nanti habis semua benda langgar silap-silap boleh terjatuh. 

Ada cara sebenarnya nak elakkan spek tu daripada berwap kalau keluar daripada tempat berhawa dingin iaitu dengan cara letakkan cuci spek dengan menggunakan shaving foam. Kalau tak ada shaving foam, boleh guna apa jua jenis sabun. 

Kongsi Tips

Ini Sebabnya Kenapa Anda Perlu Pakai Perapi Rambut Selepas Syampu

Published

on

By

Setiap kali anda pakai perapi rambut atau conditioner selepas mencuci rambut, rambut anda jadi lebih lembut dan sihat.  

Tahukah anda, perapi rambut juga membantu mengimbangi tahap pH rambut anda.

Pastikan anda menggunakan perapi yang sesuai untuk rambut dan jangan sikat rambut ketika rambut anda basah.

Kalau nak rambut anda sihat, lembut dan kekal cantik seperti baru keluar salon, pastikan anda menggunakan perapi rambut.

Sumber: Womenshair.about

Continue Reading

Kongsi Tips

4 Tips Mudah Kekal Awet Muda

Published

on

By

Gambar sekadar hiasan.

Ada cara mudah untuk anda kekal cantik dan nampak muda biarpun usia dah meningkat dan anak dah ramai. Tak perlu berhabis duit untuk beli produk kecantikkan. Anda hanya perlu rajin serta consistant lakukan 4 benda ni.

1. Tidur mesti cukup

Nak maintain awet muda anda kena dapatkan tidur yang secukupnya. Purata waktu tidur untuk orang dewasa ialah 6-7 jam.

2. Bersenam

Tak kisahlah sesibuk mana pun, cuba luangkan sedikit masa untuk bersenam. Sekurang-kurangnya 15 minit sehari. Nak kayuh basikal boleh, jogging pun ok atau apa sahaja aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh. 

3. Minum air secukupnya

Air penting untuk tubuh badan. Pastikan anda minum air secukupnya. 

4. Banyakkan ketawa mahupun senyum. Jangan ketat je muka tu

Selain dari menghilangkan stress, ketawa juga dapat membantu kesihatan fizikal dan emosional. Ketawa juga membuat anda kelihatan muda.

Sumber: OMM

Continue Reading

Kongsi Tips

[Video] 7 Kegunaan Garam Yang Anda Semua Tidak Tahu

Published

on

By

Tahukah anda garam mempunyai pelbagai kegunaan? Bukan sekadar penyedap rasa makanan, garam juga boleh digunakan untuk menjimatkan masa, wang dan tenaga anda. Contohnya, jika kediaman anda ada masalah sinki tersumbat, kuali berkerak dan sebagainya, anda hanya perlu atasi masalah tersebut dengan menggunakan garam sahaja. Nak tahu bagaimana cara-caranya? Mari lihat video dekat bawah ni. Kami ada 7 kegunaan garam yang mungkin anda tidak tahu.

Continue Reading

Kongsi Tips

Ni 9 Nasihat Kepada Mereka Yang Nak Meniaga Tapi Boros

Published

on

By

Alah setakat nak berniaga makanan kecil-kecilan, perlu ke ada buku kira-kira, dokumen semua tu?

Pandai-pandailah nanti nak uruskan modal, untung rugi bila dah start bisnes nanti.

Takkanlah habis semua duit berniaga tu aku nak enjoy..

Haaa kalau semua benda ni berlegar-legar dalam fikiran korang, baik hentikan je niat nak berniaga tu!

Ingat ye, nak berniaga walaupun secara kecil-kecilan, kena ada perancangan yang rapi dari segi kewangan, dokumen penting dan sebagainya.

Macam perkongsian seorang pemuda, Muslim Awang ni di Twitternya tentang jatuh bangun dia menguruskan perniagaan makanan.

Melalui perkongsian itu, Muslim akui dia tersalah langkah sebab tak sediakan perancangan rapi masa berniaga di IPTA tempat dia belajar di Selangor dulu.

Perniagaan Muslim ni memang sangat berjaya sampai boleh jana pendapatan 5 angka sebulan! Haa hebat kan?

Mula-mula dia fikir boleh uruskan duit dan perniagaannya dengan baik, tapi akhirnya gagal sebab boros berbelanja

Paling sedih, dia sampai terpaksa merempat sebab tak mampu nak bayar sewa bilik dan kena buat banyak kerja untuk tampung kehidupan di Kuala Lumpur.

Akhirnya, Muslim buat keputusan untuk pulang ke kampung halamannya di Kelantan untuk bina semula kehidupan baru di sana.

Dan, Alhamdulillah, sekarang ni dia dah berjaya buka gerai makanan secara kecil-kecilan di Pasir Puteh dan sambutan pun semakin hari semakin memberangsangkan!

So, ni antara pesanan Muslim untuk korang yang nak mulakan bisnes tu, hadam betul-betul okay!

Semoga dengan perkongsian ni, korang lebih bersemangat nak mulakan perniagaan sendiri, Good Luck!

Foto: Facebook Ahmad Muslim Awang, Internet

Oleh: Izzati Amira

Continue Reading

Kongsi Tips

5 Punca Sebenar Kenapa Wanita Cepat Nampak Tua!

Published

on

By

Imej dari Freepik

1. Kulit Kering

Ya, kulit kering serta kusam akan menampakkan wanita lebih berusia dari umur sebenar. Anda kena tahu, penjagaan wajah dan badan harus ditukar bersesuaian mengikut perubahan kulit. Sebab? Kulit yang kering akan lebih cenderung untuk kulit jadi lebih kusam, jeragat dan juga berkedut.

2. Berat badan naik selepas berkahwin dan bersalin

Wanita akan berubah hormon selepas umur mencecah 26 tahun ke atas. Wanita yang sudah berkahwin dan bersalin akan cenderung untuk menjadi lebih berisi. Wanita akan cepat nampak tua sekiranya penjagaan badan tidak dijaga dengan betul. Ramai yang menggunakan alasan sudah berkahwin dan tiada masa untuk jaga badan. Alasan ini tidak boleh diguna pakai dan penjagaan diri harus sentiasa dititikberatkan.

3. Dah hilang rasa nak cantik gara-gara terasa diri sudah tua

Pemikiran seperti ini salah sama sekali ,walaupun umur sudah masuk 30 ke atas, wanita kena berterusan jaga penampilan diri, kena sentiasa mencantikkan diri. Jika tidak, anda akan nampak lebih tua dari umur sebenar. 4

4. Malas

Buang sifat malas. Jangan pernah rasa malas untuk kecantikkan dan kesihatan diri. Jangan pernah rasa malas untuk tampil menawan dan cantik di hadapan orang ramai. Paling penting jangan malas untuk bersenam dan minum air masak yang secukupnya!

5. Terlalu Kerap Bersolek

Memakai alat solek terlalu kerap merupakansalah satu faktor pantas penuaan bagi kaum wanita. Tahukah anda setiap barangan solekan mempunyai tarikh tamat tempoh tertentu dan akan memberikan kesan buruk pada wajah sekiranya penggunaan melebihi had masa.

Sumber: Hanasuva

Continue Reading

Kongsi Tips

6 Petua Merawat Tumit Yang Merekah

Published

on

By

Tumit yang merekah adalah perkara biasa, namun kalau dibiarkan saja ia boleh menjadi lebih teruk lagi. Dinasihatkan untuk merawat diperingkat awal. Jadi, sesiapa yang mengalami kerekahan pada tumit kaki, baca tips ini:

Bawang Merah atau Bawang Putih

Belah dua dan sapukan getah bawang tersebut pada tumit yang merekah. Biarkan getah sehingga kering. Amalkan petua ini da lihat kesannya.

Asam Jawa

Korang boleh apply pes asam jawa di tumit kaki, kemudian rendamkan kaki ke dalam air suam yang dicampur garam. Try dan tengok berkesan ke tidak.

Asam Keping

Campurkan beberapa sudu cuka makanan dan air sejuk kedalam bekas yang boleh memuatkan kaki korang. Kemudian rendamkan kaki selama 10-15 minutes. Amalkan setiap hari dan tengok perbezaannya.

Belimbing Buluh

Gosokkan belimbing pada tumis setiap kali korang nak mandi. Biarkan sekejap dan gosokkan dengan kain untuk menghilangkan kulit kasar. Try out!

Betik Muda

Dapatkan betik muda dan ambil getahnya, gosokkan getahnya pada tumit. Biarkan 10 min kemudian bilas dengan air. Amalkan 2 minggu sekali.

Minyak Zaitun

Sapukan minyak zaitun pada tumit yang bermasalah. Minyak akan meresap pada kulit dan membantu meningkatkan kelembapan serta merawat kerekahan. Boleh juga kalau nak pakai minyak kelapa dan minyak badam.

Sumber

Oleh: Khalie Azmi

Continue Reading

Kongsi Tips

Tips Pilih Spec Yang Sesuai Ikut Bentuk Muka

Published

on

By

1170

 

Summer Cosmopolitan.

Manusia dilahirkan dengan pelbagai jenis bentuk muka. Ada yang jenis bulat, bujur, segi empat dan sebagainya. Bagi mereka yang mempunyai masalah rabun, pastinya sukar buat korang untuk pilih jenis spec yang macam mana bersesuaian dengan bentuk muka kan?

Mana tidaknya, pemilihan spec yang betul dan sesuai dengan kita memang penting dan harus diambil kira jika ingin kelihatan cantik dan bergaya. Walaupun ada di antara korang semua  hanya menjadikan spec ini sekadar aksesori, tips ini juga penting buat korang tau. Jadi , jom kita lihat jenis spec yang macam mana agaknya sesuai dengan bentuk muka korang.

1. Bentuk muka segi empat

1
kalau korang mempunyai bentuk muka segi empat, spec yang paling sesuai adalah berbentuk bulat,bujur atau korang juga boleh pilih spec yang berbentuk cat eye. Nampak bergaya sikit ya tak?

2. Bentuk muka bujur sirih

2
Bentuk muka ini paling sesuai untuk semua jenis spek. Tidak kisah, bujur, bulat petak atau sebagainya. Kesemua jenis rekabentuk spec yang ada ternyata memang sesuai dengan bentuk muka anda.

3. Bentuk muka bulat

3
Bagi mereka yang berwajah bulat, sila pilih spec yang bersegi untuk menampakkan wajah korang lebih tirus dan runcing. Elakkan memakai spec berbentuk bulat atau bujur kerana ianya akan menampakkan wajah anda kelihatan lebih bulat.

4. Bentuk muka seperti hati

4
Jika anda mempunyai dahi yang agak luas dan dagu yang runcing, maka bentuk muka anda adalah berbentuk hati. Pemilihan spek yang paling sesuai adalah berbentuk rama-rama ataupun cat eye adalah yang terbaik dan sesuai dengan anda.

Continue Reading

Info

Kalau Susah Tidur Malam, Try Makan Makanan Ni

Published

on

By

Tidur yang berkualiti sangat penting supaya kerja harian tak tergendala akibat mengantuk. Untuk dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti mungkin korang boleh cuba makanan ni.

nak tidur nyenyak dan berkualiti ? cuba 10 makanan ni. semua nampak sedap!

1. Yogurt

Mengandungi probiotics yang membantu anda untuk dapatkan tidur yang lebih berkualiti

nak tidur nyenyak dan berkualiti ? cuba 10 makanan ni. semua nampak sedap!

2. Daging

Daging mengandungi tryptophan yang membuatkan kita jadi mengantuk

nak tidur nyenyak dan berkualiti ? cuba 10 makanan ni. semua nampak sedap!

3. Tuna

Tuna ada Omega 3 fatty acid yang mengawal tidur kita

nak tidur nyenyak dan berkualiti ? cuba 10 makanan ni. semua nampak sedap!

4. Salmon

Bukan sahaja untuk tidur yang berkualiti, tapi salmon memang bagus untuk kesihatan kita

nak tidur nyenyak dan berkualiti ? cuba 10 makanan ni. semua nampak sedap!

5. Seaweed

Seaweed juga kaya dengan tryptophan yang boleh buatkan kita tidur sepanjang malam

nak tidur nyenyak dan berkualiti ? cuba 10 makanan ni. semua nampak sedap!

6. Avocado

Kaya dengan Vitamin B. Makan semasa pagi atau pun tengah hari.

nak tidur nyenyak dan berkualiti ? cuba 10 makanan ni. semua nampak sedap!

7. Brokoli

Sayur yang paling enak ini mengandungi iron dan menghapuskan kafein yang ada dalam badan kita.

nak tidur nyenyak dan berkualiti ? cuba 10 makanan ni. semua nampak sedap!

8. Almond

Mengandungi Omega – 3, Vitamin B, mangnesium dan kalsium

nak tidur nyenyak dan berkualiti ? cuba 10 makanan ni. semua nampak sedap!

9. Oat

Makan dengan buah-buahan dan kekacang untuk dapatkan tidur yang berkualiti

nak tidur nyenyak dan berkualiti ? cuba 10 makanan ni. semua nampak sedap!

10. Pisang

Kaya dengan magnesium. Jadikan ia snek supaya tidur kita terkawal.

Sumber: This Is Insider

Continue Reading

Kongsi Tips

7 Kegunaan Lemon Yang Mungkin Anda Tak Tahu

Published

on

By

Buah lemon yang kaya dengan vitamin C ini banyak khasiat dan manfaatnya. Selain dari digunakan untuk kesihatan dan kecantikkan ia juga boleh digunakan untuk kegunaan lain yang mungkin anda tak tahu.

Jom baca ni:

1. Cantikkan Kuku Secara Semulajadi
Belah dua limau nipis. Gosok kat  kuku anda dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian, bilas dengan air.

2. Hilangkan Bau Tangan
Ambil potongan limau nipis atau lemon dan gosokkan perlahan-lahan pada tangan selepas dibersihkan dengan sabun. Kemudian dibilas dengan air bersih seperti biasa.

3. Petua tradisional bagi menghalang gigitan nyamuk
petua tradisional bagi menghalang gigitan nyamuk selain dari menggunakan penyembur racun serangga.
Hanya dua bahan yang diperlukan iaitu limau nipis serta bunga cengkih.

4. Hilangkan Bau Kaki
Sediakan air di dalam besin dan letakkan bunga ros, kekwa serta limau purut. Rendamkan kaki selama 10 minit. Campur sekali garam bukit.

5. Cara Mudah Hilangkan Bau Dalam Microwave
Hiris limau dan masukkan ke dalam mangkuk yang berisi air.
Panaskan mangkuk berisi air dan lemon itu di dalam microwave selama dua hingga tiga minit.
Kemudian, lap microwave menggunakan tisu.

6. Cantikkan Kuku Secara Semulajadi
Belah dua limau nipis. Gosok kat  kuku anda dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian, bilas dengan air.

7. Hilangkan Kerak Hitam Pada Kuali
Potong lemon dan rebus bersama dengan kulit. Biarkan sejuk selama 3-4 jam sebelum korang cuci periuk tersebut seperti biasa.

 

Continue Reading

Kongsi Tips

Lelaki Ini Ajar Teknik Selesaikan Rubic Cube. Semoga Berjaya!

Published

on

By

Mesti ramai kat sini yang pernah nak selesaikan permainan rubic cube ni kan? Habiskan selama berjam – jam tapi ada yang masih gagal. Rubic cube adalah permainan mengolah kemahiran otak yang memerlukan trik khusus untuk menyelesaikannya. Selalunya kalau dah berjaya selesaikan satu tapak tu dah rasa nak ‘lompat bintang’, kan?

Ini kami kongsikan trik atau cara bermain rubic cube paling asas. Semoga berjaya!

Jadi, untuk anda yang nak cuba selesaikan rubik cube walaupun dah pernah gagal berjuta kali, boleh lah try trik ni ya!

Continue Reading

Trending