Tutup Iklan Close Ad
Connect with us

travel

Tak Nak Jadi Bandar Berhantu, Rumah Di Sini Dijual Pada Harga RM5 Seunit

Published

on

Gara-gara tak mahu jadi bandar berhantu, 200 rumah di bandar Ollolai, Sardinia di Rom ditawarkan pada harga 90 pence atau RM5 setiap seunit.

Afio, Datuk Bandar Ollolai, Sardinia mengambil langkah itu bagi mengelakkan kawasan yang terletak di Kepulauan Itali menjadi bandar hantu ekoran penurunan populasi kelahiran bayi setiap tahun di situ.

Pengumuman itu bagaimanapun berjaya menarik perhatian warga asing apabila mereka menerima 120 permohonan daripada rakyat Amerika Syarikat, Australia dan Rusia untuk membeli unit yang ditawaran.

Sumber

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

travel

Penumpang Lalui Detik Cemas, Muncung Pesawat Menjunam Dua Kali

Published

on

By

Lagi insiden melibatkan pesawat berlaku. Kali ini penerbangan dari Washington ke California apabila penerbangan Delta Flight berhadapan dengan detik-detik cemas apabila pesawat berhadapan dengan turbulan di udara sehingga muncung pesawat itu dilaporkan menjunam sebanyak dua kali.

BACA: Viral Rakaman Detik Mendebarkan Pesawat Terhuyung-Hayang Ketika Cuba Mendarat

Pesawat Delta Flight yang membawa seramai 59 penumpang serta 4 kru penerbangan itu terpaksa membuat pendaratan cemas di Nevada.

Menurut laporan Daily Mail, seramai 5 orang penumpang mengalami kecederaan kesan dari  insiden itu tersebut.

Continue Reading

Kongsi Tips

Jangan Sesekali Buat #7 Benda Ni Ketika Berada Di Lapangan Terbang

Published

on

By

Ada beberapa isu di airport yang pernah berlaku untuk kita jadikan pengajaran di masa depan. Nampak remeh tapi bila kena batang hidung dan nampak tali gantung nak senyum pun tak lalu bang.

1. Jangan terima kiriman dari orang lain yang tak pasti hujung pangkalnya.

Apa lagi yang sudah siap di bungkus. Kalau barang-barang yang baru di beli sebaiknya anda bungkus sendiri supaya tidak ada benda-benda terlarang di bawa bersama melintasi border control.

2. Jangan combine bag dengan travel buddies yang baru kenal kat group-group travel.

Biar lah check in asing-asing dan bayar lebih. Kita tak tau apa yang ada dalam bag kawan tu. Kecuali travel buddies anda jenis boleh share spender dengan anda ok lah.

3. Jangan pernah biarkan backpack anda tidak berbalut/ tanpa raincover.

Boleh membuatkan anda kehilangan nyawa. Kerana ada sindiket yang akan menyelitkan barang-barang terlarang di beg anda.

Kalau anda lepas beg anda akan di curi. Kalau anda tak lepas anda mungkin akan ke dalam dan mungkin akan jadi banduan akhir.

4. Jangan berbaik hati tawarkan ruang beg anda untuk orang di depan atau di sebelah anda yang mana beg terlebih had berat.

Kalau nak tolong sangat, beri duit adalah lebih baik demi keselamatan anda daripada beri ruang beg anda. Walau terlebih setengah kilo saja pun jangan lah bagi mereka checkin beg di bawah nama anda. Kalau setengah kilo tu semua ganja tak pasal-pasal masuk bawah akta 39B = mati.

5. Jangan pernah pegang barang orang lain semasa di airport.

Kalau ada orang mintak tolong suruh je dia letak di pondok polis, kaunter informasi atau mana-mana tempat yang selamat untuk bag dia. Yang penting bukan di tangan anda. Walau yang mintak tolong tu Maria Ozawa sekali pun tolong lah jangan pegang kan.

6. Kalau anda berada di surau dan kasut anda hilang, jangan pakai kasut yang di tinggalkan di surau tersebut.

Mungkin kasut itu dah di selitkan dadah dan cuba menjadikan anda keldai untuk melepasi border control.

Kalau anda lepas akan ada orang yang pulangkan kasut anda dengan alasan tertukar semasa di surau.

7. Jangan pernah tinggalkan beg anda tanpa pengawasan

Bawa saja ke mana anda pergi walau ke tandas sekali pun, takut di masukkan benda-benda terlarang oleh sindiket-sindiket tertentu.

Ada kisah benar tentang seorang pemuda yang mana beliau sekarang sudah arwah di tali gantung.

Semasa di airport berhampiran tandas seorang lelaki tergesa-gesa hendak masuk ke tandas (macam orang cirit) dan meminta dia pegang briefcase dan terus berlari masuk ke tandas.

Kurang dari 5 minit pemuda itu telah di kepung dan ternyata di dalam briefcaseitu adalah dadah. Lelaki yang lari ke tandas tu dah hilang entah ke mana.

Kisah ini di ceritakan oleh sepupu pemuda itu. Kalau cerita ini tipu ambil je pengajaranya bukan persoalkan kerja polis. Apa-apa hal, happy traveling guys. Stay safe. Jangan baik sangat. Biar selfish bertempat.

Continue Reading

Lokal

Jika Di Jepun Ada Pulau Kucing, Di Pulau Pinang Pula Terdapat Pantai Kucing

Published

on

By

Jika di Aoshima, Jepun, terkenal dengan jolokan ‘Pulau Kucing’, tak kurang juga dengan sebuah pantai di Pulau Pinang ini yang mempunyai lebih 250 ekor kucing terbiar.

Pantai Kucing yang terletak di Teluk Bahang, Pulau Pinang ini telah diusahakan oleh seorang nelayan, Nana Wan Chik, 57, bersama rakan kongsinya dari New York, Tevoit Fairservis, 62.

Nana Wan Chik, juga mendapat nama panggilan ‘Papa Kucing’, pada mulanya membela 10 ekor kucing yang diselamatkan dari tepi jalan, dan jumlah itu bertambah selepas beberapa tahun.

Dipetik daripada Awani, bukan mudah untuk menjaga lebih 200 ekor kucing ini dalam satu masa, tambah lagi dengan kekangan kewangan dan sumber untuk membeli makanan serta perubatan kucing-kucing ini.

“Selepas mengusahakan Pantai Kucing, ramai yang menghantar kucing-kucing terbiar kepada kami untuk dijaga. Baru-baru ini, seorang wanita dari Kulim mahu menghantar 100 ekor kucingnya kepada kami, namun saya terpaksa menolak kerana tidak mampu untuk menambah jagaan kucing”

Selain daripada membeli makanan kucing, kucing-kucing ini juga diberikan makanan daripada lebihan nasi dan lauk daripada kantin sekolah.

Buat masa ini, tiada cas dikenakan kepada pengunjung yang ingin melawat kucing-kucing berkenaan di Pantai Kucing, namun Tevoit Fairservis tidak menolak kemungkinan akan mengenakan sedikit bayaran bagi menampung kos operasi mereka dimasa akan datang.

Sumber: Awani

Continue Reading

travel

Cantiknya View Dalam Gua Ais Sepanjang 19 kilometer Di Alaska Ini

Published

on

By

Bagi sesetengah negara sejuk, gua ais boleh terhasil pada kawasan sempit dan berlohong. Salah satunya adalah di Vatnajokull glacier yang terletak di selatan Iceland dan di Mendenhall di Juneau, Alaska.

Gua ais glasier di Alaska ini merupakan gua ais terpanjang di dunia, iaitu sepanjang 19km. Gua ini amat unik kerana ais yang cair akan membentuk kolam air semula jadi dan kitaran ini akan berlaku setiap tahun!

Menarik kan?

Sumber: carian Google

Continue Reading

Tengok Sini

Unik! Mata Air Panas Berwarna Merah Jadi Tumpuan Pelancong Di China

Published

on

By

Selain dari mata air panas berwarna merah, kolam ini juga mengeluarkan satu aroma berempah.

Itulah antara keunikkan yang terdapat di hot spring yang terletak di bandar Chongqing yang menjadi tumpuan para pelancong.

Hot Spring yang terletak di bandar Chongqing terkenal kerana ia bukannya seperti kolam air panas biasa. Difahamkan, mereka menggunakan pelbagai jenis herba untuk menghasilkan air panas berwarna merah itu.

Lebih menarik, kolam itu turut diletakkan cili dan kubis plastik, chopstick serta lengkap dengan ‘periuk empat hidangan’ yang sama seperti hidangan popular tradisional Cina iaitu Sichuan Hot Pot.

Sumber

Continue Reading

travel

8 Tips Untuk Anda Travel Secara Solo

Published

on

By

Imej dari Freepik

Mesti ramai yang kat sini teringin nak travel secara solo tapi mempunyai masalah tentang risiko-risiko yang bakal dihadapi sepanjang perjalanan. Di sini ada 8 tips untuk anda travel secara solo:

1. Rancang Perjalanan Lebih Awal

Sebelum melancong adakan beberapa perancangan terlebih dahulu. Dengan internet, ia menjadi lebih mudah untuk anda melakukan prebiu bagi destinasi yang berpotensi menjadi tempat perlancongan anda. Anda tidak semestinya perlu membuat pelan yang terperinci, memadai sekurang-kurangnya anda tahu di mana anda akan tinggal pada malam pertama perlancongan. Buatlah tempahan bilik sebelum anda berlepas. Disarankan anda membuat tempahan di rumah tetamu, hostel, B&B atau pekan kecil kerana kebiasaannya tempat sebegini menawarkan banyak kemudahan dan lebih mudah untuk berhubung dengan penduduk tempatan.

2. Mengetahui tahap kekuatan anda

Adakah anda seorang yang suka bergaul yang mana anda mudah untuk menyesuaikan diri dengan orang luar. Jika anda ingin melancong sendirian mungkin agak sukar jika anda tidak boleh berkomunikasi. Lebih memburukkan keadaan lagi jika tempat perlancongan anda penduduknya tidak begitu mesra atau anda tidak faham bahasa penduduk tempatan. Selain itu, tanyakan pada diri sendiri adakah anda seorang yang berdikari. Ini amat penting kerana sekiranya berlaku apa-apa kecemasan sepanjang percutian, anda dapat memahami situasi dengan baik dan dapat mencari penyelesaian tanpa perlu bergantung harap pada orang lain.

3. Kekal Berhubung

Walaupun anda melancong berseorangan, pastikan anda sentiasa berhubung dengan ahli keluarga dan kawan-kawan. Selain boleh melepaskan rindu, kekal berhubung dengan mereka adalah penting untuk memastikan mereka tahu tentang perkembangan dan keselamatan diri anda. Anda juga perlu ambil tahu tentang berita semasa seperti krisis di negeri anda. Anda juga perlu membuat penyelidikan tentang kemudahan internet di tempat penginapan percutian anda untuk memastikan anda tetap boleh berhubung dengan orang tersayang tidak kira di mana anda berada dan memastikan jadual percutian berjalan dengan lancar.

4. Mengemas Barang Dengan Bijak

Apabila melancong sendirian pastikan semua barangan keperluan anda yang penting berada dalam beg galas sekiranya bagasi anda hilang dalam perjalanan. Ini bermakna pakaian yang ingin ditukar lengkap, kasut, ubat-ubatan, kad pengenalan dan barang teknologi seperti telefon bimbit. Pisahkan wang tunai dan kad kredit anda pada tempat yang berbeza, jadi jika anda kehilangan salah satu anda masih mempunyai yang satu lagi. Sentiasa menyemak semula semua barang keperluan sebelum memulakan perjalanan. Selain itu, berpakaian mengikut keselesaan anda dan sentiasa mempunyai wang tunai kecemasan sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.

5. Mencari Kawan Baru

Melancong sendirian merupakan cara terbaik untuk anda menikmati kebebasan melakukan perkara sendirian, tetapi kadangkala anda mungkin akan berasa kesunyian. Cara yang terbaik untuk anda menghilangkan rasa kesunyian itu adalah dengan bercampur dengan pelancong lain. Anda boleh bercakap dengan sesiapa sahaja atau sesiapa sahaja yang anda lihat mesra. Anda akan mendapati bahawa kebanyakan pelancong gembira apabila anda memulakan perbualan dengan mereka. Orang yang dipertengahan umur atau mempunyai rambut putih merupakan satu kelebihan di negara-negara asing kerana orang yang lebih tua akan dihormati dan cepat mesra.

6. Percaya Pada Gerak Hati Anda

Berjalan sendirian tidak semestinya lebih berbahaya daripada mengembara bersama rakan-rakan. Ia hanya memerlukan anda untuk berwaspada dan peka terhadap keadaan sekeliling. Kebanyakan negara-negara asing tidak kesemuanya berbahaya dan berlaku ganas. Sentiasa mengikut gerak hati anda kerana ia dapat membantu menjaga keselamatan anda di sepanjang perjalanan. Jika perlu, anda boleh meminta bantuan orang sekeliling yang kelihatan boleh dipercayai. Jika sesuatu yang anda merasakan tidak kena, maka lebih baik anda tinggalkan.

7. Sentiasa Berwaspada

Salah satu daripada sebab mengapa orang memilih untuk melancong sendirian adalah kerana bagi mereka ia satu pengalaman yang menarik bertemu kawan baru, tetapi ini juga membuat anda lebih terdedah kepada bahaya. Tidak mengapa untuk bergaul, melancong dan berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan baru, tetapi anda tidak boleh meminta mereka untuk memegang duit anda. Sindiket penipuan sering berpura-pura menjadi orang yang baik dan boleh dipercayai di mata anda. Walau bagaimanapun anda perlu berfikiran terbuka kerana tidak semua orang seperti itu, namun perlu juga berwaspada untuk memastikan keselamatan anda.

8. Mendapatkan Rehat Yang Cukup

Bagi seorang yang sedang melancong, mendapatkan rehat yang cukup adalah sangat penting bagi memastikan percutian berjalan lancar. Bagi mereka yang melancong sendirian anda boleh merancang masa perjalanan anda dan di mana anda memilih tempat untuk beristirehat. Kebiasaannya banyak destinasi perlancongan menyediakan hostel, rumah tetamu (guest house) atau pekan kecil untuk anda berisitirehat. Setelah mendapatkan rehat yang cukup barulah anda bertenaga semula untuk meneruskan perjalanan. Jika anda pernah terfikir untuk pergi melancong seorang diri secara seorang diri, maka teruskanlah niat baik itu. Ianya pasti akan menjadi pengalaman terhebat di dalam hidup anda.

Tidak semua orang mempunyai peluang begitu dan umur yang terbaik untuk melakukannya adalah jika anda dalam lingkungan umur 20-an. Dengan mengamalkan tips di atas pasti perjalanan anda akan menjadi lebih mudah dan lancar walaupun seorang diri.

Sumber – melancongkejepun.com

Continue Reading

Info

[Video] Eskalator Yang Dibina Pada Tahun 1989 Ini, Merupakan Eskalator Terpendek Di Dunia

Published

on

By

Eskalator terpendek di dunia berukur 83.4 sentimeter ini terletak di Kawasaki, Jepun.

Eskalator dengan hanya 5 langkah ini dibina pada tahun 1989 dan mula mendapat pengiktirafan Guiness Book of Records pada tahun 1991.

Anda boleh menemuinya di kawasan membeli-belah di stesen Kawasaki.

Tengok video di bawah.

 

Sumber: Youtube

Continue Reading

Info

10 Negara Paling Gembira Tahun 2018

Published

on

By

Selepas menduduki tempat kelima tahun lepas, kini Finland melonjak empat tempat ke tempat pertama menangani Norway yang berada di kedudukan teratas untuk negara paling gembira tahun lepas.

Senarai untuk tahun ini dikuasai negara Nordik termasuk Finland, Norway, Denmark, Switzerland, Belanda, Kanada, New Zealand, Sweden dan Australia.

BACA: 10 Negara Paling Gembira Di Dunia Tahun 2017

Menerusi laporan BH, Burundi berada di senarai terbawah dalam indeks kegembiraan dunia dan warga Amerika menjadi semakin tidak gembira walaupun negara mereka semakin kaya.

Amerika Syarikat jatuh pada kedudukan ke-18 berbanding 14 tahun lalu. Britain berada pada kedudukan ke-19 dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada kedudukan ke-20. – Reuters.

Sumber: BH

Continue Reading

Info

Pasport Malaysia Dikedudukan Ke-10, Paling Berkuasa Di Dunia

Published

on

By

Selepas Singapura, kini giliran passport Jepun pula berada dikedudukan teratas Indeks Pasport Henly 2018, menjadi pasport paling berkuasa di dunia.

Pemegang pasport Jepun kini boleh menikmati akses visa percuma ke 190 destinasi berbanding Singapura iaitu 189 lokasi dan sekali gus meletakkan Singapura di tangga kedua dalam senarai tersebut.

Jerman berada di kedudukan ketiga berkongsi tempat dengan Korea Selatan dan Perancis dan diikuti dengan Denmark, Finland, Itali, Sweden dan Sepanyol di tangga keempat, Norway. United Kingdom, Austria , Luxembourg, Netherlands, Portugal dan Amerika Syarikat berada di kedudukan kelima.

Manakala, passport Malaysia pula berada di kedudukan ke-10 berkongsi kedudukan dengan Hungary dan Slovenia yang membolehkan pengguna menikmati akses percuma di 180 destinasi. Wow!

Lihat imej di bawah untuk kedudukan pasport negara-negara lain.

 

Sumber: henleypassportindex

Continue Reading

Info

Kualiti Udara Brunei, Kedua Terbersih Di Dunia

Published

on

By

Kredit imej: HMjubliemas

Sedar atau tidak, keadaan bumi kita semakin tenat disebabkan pencemaran. Kesan pencemaran udara boleh menjejaskan kesihatan manusia dan haiwan.

BACA: Kerana Pencemaran Udara Yang Teruk, China Bina Penapis Udara Besar

Tahukah anda, negara jiran Malaysia iaitu Brunei memiliki kawasan bandar paling kurang pencemaran kedua di dunia?

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Australia menduduki tempat pertama dan diikuti Brunei dan New Zeland. Kajian ini dijalankan di 1,622 lokasi di 92 negara.

Menurut jurnal perubatan The Lancett, kes kematian yang berpunca dari Pencemaran di Brunei adalah yang paling rendah. Dalam ranking Lancet, lima negara yang menduduki tempat teratas ialah Brunei, Sweden, Finland, Barbados dan New Zealand.

So, Malaysia bila lagi?

 

Sumber

 

Continue Reading

Trending