Tutup Iklan Close Ad
Connect with us

Tengok Sini

Tak Sah Wuduk, Kalau Pakai Eyelash Extension?

Published

on

Isu bulu mata palsu atau eyelash extension kembali hangat diperkatakan. Ramai netizen menyuarakan pendapat masing-masing. Isu ini mula hangat apabila pakar mata dan juga pakar motivasi, Profesor Muhaya memperkatakan isu ini.

Melalui satu video yang dimuat naik melalui akaun instagramnya, Prof Muhaya menceritakan statistik solat rakyat Malaysia. Prof Muhaya menyatakan lebih 90 peratus rakyat Malaysia tidak solat 5 waktu. Manakala, 10 peratus lagi tidak menjamin sahnya solat mereka.

Ini kerana disebabkan oleh pemakaian bulu mata palsu. Prof Muhaya juga menceritakan beliau pernah menjalankan satu kajian terhadap orang yang memakai bulu mata palsu.

Katanya, dia mendapati gam pada bulu mata itu menghalang air daripada terkena bulu mata. Jadi, jika seseorang itu berwuduk maka tidak sah wuduknya kerana air tersebut tidak terkena pada bahagian tersebut.

Bukan itu sahaja, Prof Muhaya juga menyeru kepada spa kecantikan supaya tidak menjalankan perniagaan ini. Katanya, jangan pentingkan kecantikan fizikal sebab fizikal akan menjadi makanan ulat.

 

View this post on Instagram

 

Takut tak dengar ni?

A post shared by Muhaya Mohamad (@profmuhaya) on

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending