Tutup Iklan Close Ad
Connect with us

Info

Tasik Baikal, Tasik Paling Dalam Di Dunia

Published

on

Kalau korang pergi bercuti ke Russia, sila masukkan Tasik Baikal dalam senarai tempat yang anda kunjungi. Tasik Baikal terletak di Siberia dan tasik ini merupakan tasik paling dalam di dunia. Tasik ini menjadi 1/5 punca air segar semula jadi di dunia. Tasik ni juga telah dimasukkan ke dalam senarai World Heritage oleh pihak UNESCO.

Kalau korang pergi ke musim sejuk, tasik ni akan menjadi beku dan korang boleh bersuka ria dekat permukaan ais tu. Dan pemandangan pun sangat cantik. Ramai yang pergi sana dan mengambil gambar-gambar yang sangat menarik. Untuk orang yang jenis sukakan mother nature, elok lah pergi sini.

 

Sumber: 56th Parallel

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Info

Rupa-Rupanya Crab Stick Tak Gunakan Isi Ketam Langsung

Published

on

By

Adakah anda penggemar jejari isi ketam berwarna merah putih ini? Jika ya, tahukah anda bahawa jejari ketam ini langsung tidak menggunakan isi ketam ketika proses penghasilannya.

Menurut Science Insider, jejari ketam ini dihasil dengan menggunakan pes ikan yang dikenali sebagai ‘surimi’ yang dihasilkan daripada ikan pollock.

Bahan lain seperti gula, kanji, putih telur, dan perisa ketam sebagai penambah rasa kepada jejari ketam digunakan bersama isi ikan tadi ketika diproses sebelum menjadi jejari ketam yang kita makan sekarang.

Jejari ketam juga tidak mempunyai khasia seperti ketam sebenar.

Sumber: Sciene Insider

Continue Reading

Info

Mana Lagi Baik, Simpang Empat Atau Roundabout?

Published

on

By

Pernah tak terfikir, kenapa di simpang jalan akan ada 2 jenis penghubung, sama ada simpang 4, ataupun roundabout?

Dua jenis simpang ini membezakan negara USA dan UK. Roundabout kebanyakkannya digunakan di negara UK, manakala negara Amerika dan USA menggunakan simpang empat. Di Malaysia, kita menggunakan kedua-dua jenis simpang.

Persoalannya, mana lebih baik, simpang empat atau roundabout?

Ujikaji yang dilakukan oleh Mythbuster, dengan mengira jumlah kenderaan yang berjaya melepasi simpang oleh kedua-dua jenis simpang, menunjukkan bahawa roundabout adalah 20% lebih berkesan berbanding simpang empat.

Korang rasa?

Continue Reading

Info

Menurut Kajian, Pisang Yang Dibekukan Lebih Manis Dari Pisang Biasa. Yeke?

Published

on

By

Ambil pisang dan letakkan dalam peti sejuk pada bahagian beku semalaman, dan keluarkan keesokan harinya. Tunggu sehingga ais cair dan cuba rasa pisang tersebut. Anda akan dapati pisang tersebut lebih manis daripada biasa.

Kenapa ia terjadi?

Buah-buahan adalah sama seperti hidupan organik lain, mempunyai kandungan air dalam jisimnya.

Buah-buahan menghasilkan rasa manis apabila kanji ditukarkan kepada gula dengan kehadiran enzyme yang dikenali sebagai amylase. Amylase wujud dalam makanan yang mempunyai kanji, seperti kentang, nasi dan lain-lain.

Enzyme ini juga wujud dalam air liur manusia dan memainkan peranan penting dalam sistem perkumuhan manusia. Disebabkan itu, buah-buahan akan menghasilkan rasa manis selepas berlakunya tindakbalas enzyme dengan kanji.

Air yang ada dalam buah pisang yang dibekukan akan menjadi kristal dan mengembang, seterusnya memecahkan dinding sel pada pisang, menyebabkan bilangan kanji bertambah. Hasil tindakbalas enzyme dengan kanji pada pisang ini, mewujudkan rasa lebih manis pada pisang yang disejukbekukan.

Rujukan:

  1. University of Minnesota
  2. North Dakota State University
  3. Food and Agriculture Organization
  4. Medlineplus.gov
  5. National Center for Biotechnology Information (NCBI)

Continue Reading

Info

Hanya 5% Daripada Bahagian Laut Diteroka, Yang Lain Masih Misteri

Published

on

By

Berapakah keluasan besar laut yang telah kita teroka sehingga kini?

Dipetik daripada Massive Open Online Course (MOCC), sehingga kini manusia baru sahaja meneroka 5% daripada bahagian laut secara keseluruhannya. Ini menandakan 95% bahagian lain masih menjadi misteri.

Berbeza dengan pemetaan tanah, laut memerlukan peralatan yang lebih canggih untuk diteroka kerana air laut menghalang penyebaran radiasi daripada satelit ketika proses pemetaan dijalankan. Ini juga antara sebab kenapa proses pencarian mangsa dalam lautan menjadi sukar.

Dalam masa sama, bulan dan planet Marikh sebaliknya telah diteroka sepenuhnya oleh manusia dan berjaya dipetakan pada setiap bahagian mereka.

Sumber: MOCC

Continue Reading

Info

Datuk Lee Chong Wei Kembali Jalani Latihan

Published

on

By

Datuk Lee Chong Wei tiba pada pukul 8.13 pagi tadi untuk jalani latihan Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara.

Ia merupakan kelibat kali pertamanya di gelanggang selepas disahkan pulih daripada kanser hidung.

Sebelum ini bekas pemain No.1 dunia itu hanya berlatih di gimnasium selepas lebih enam bulan berehat.

Bagaimanapun, pemain berkenaan tidak benarkan latihannya pada hari ini dirakam atas sebab-sebab tertentu.

Continue Reading

Info

Sultan Muhammad V Letak Jawatan. Siapa YDP Agong Baru?

Published

on

By

Buat pertama kali dalam sejarah negara, Yang di-Pertuan Agong meletak jawatan.

Sultan Muhammad V melepaskan jawatan baginda itu semalam.

Pengumuman itu tidak disertakan sebarang sebab, malah datang hanya 2 hari selepas baginda dilapor kembali bertugas selepas bercuti 2 bulan.

Sultan Kelantan mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 13 Disember 2016 bagi tempoh 5 tahun.

9 pemerintah Raja-Raja Melayu ada masa 4 minggu untuk bermesyuarat dan mengundi bagi melantik Yang di-Pertuan Agong yang baru.

Setakat ini, hanya 3 negeri yang belum melengkapi giliran Yang di-Pertuan Agong bagi pusingan kedua iaitu Pahang, Johor dan Perak.

Sementara jawatan berkenaan kosong, Timbalan Yang di-Pertuan Agong akan menggalas tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong.

Untuk rekod, Sultan Muhammad V merupakan YDPA pertama yang menyaksikan kerajaan persekutuan berubah daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Harapan.

Baginda juga popular dengan ungkapan “sila duduk dan jangan lari” yang diucap dalam titah baginda pada pembukaan sidang Parlimen pasca PRU14 lalu.

Oleh: Joen Hamzah

Continue Reading

Info

Anda Akan Didenda Jika Pasport Hilang Mahupun Rosak

Published

on

By

Anda akan didenda sekiranya pasport hilang mahupun rosak.

Individu yang hilang pasport buat pertama kali akan dikenakan denda sebanyak RM400. Bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dan pelajar berusia 21 tahun yang belajar di luar negara pula denda sebanyak RM300 akan dikenakan.

Bagi penggantian pasport untuk kali kedua, denda RM700 akan dikenakan.

Manakala kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dan pelajar berusia 21 tahun yang belajar di luar negara, akan didenda RM600.

Denda meningkat empat kali ganda sekiranya pemilik kehilangan pasport buat kali ketiga, menjadikan ia sebanyak RM1,200.

Sebelum ini, pemilik yang kehilangan dokumen berkenaan tidak dikenakan sebarang penalti.

Perintah itu disiarkan di laman web rasmi Pejabat Peguam Negara, dikeluarkan oleh Setiausaha Jemaah Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Bakar.

Sumber: Astro Awani

Continue Reading

Info

Miliki Sepasang Mata Yang Unik, Kucing Ini Digelar Kucing Paling Cantik Dunia

Published

on

By

Digelar “Kucing paling cantik di dunia”, Iriss dan Abyss dikatakan memikat ramai pengguna sosial media hingga mempunyai lebih 200,000 pengikut di Instagram gara-gara keunikan warna mata yang dimiliki.

Iriss dan Abyss, kedua-duanya berwarna putih dan mempunyai sepasang mata yang sangat cantik. Warna mata yang berbeza menyebabkan dua kucing comel ini begitu popular di media sosial.

Pemilik kedua kucing ini berasal dari Russia dan mengatakan Iriss dan Abyss sememangnya dilahirkan sepenuhnya berwarna putih dan mempunyai mata heterokromatik iaitu berwarna kuning dan sebelah matanya pula berwarna biru. Kelebihan kucing ini merupakan satu keunikan serta keajaiban semula jadi yang diberi.

Walaupun kedua kucing ini merupakan kembar seiras, namun keperibadian yang dimiliki sangat berbeza dan Iriss lebih mudah untuk didekati, manakala Abyss pula sombong dan sangat Diva! Abyss hanya berinteraksi dengan manusia mengikut mood dan waktu yang diinginkan sahaja! Comel eh?

Sumber

Continue Reading

Info

Stesen Minyak Gempar, Lelaki Dakwa Terdapat Bom Dalam Kereta

Published

on

By

Sebuah stesen minyak di Pasir Mas, Kelantan gempar malam tadi selepas seorang lelaki mendakwa terdapat bom dalam keretanya selepas terdengar bunyi detikan.

Susulan itu, pihak stesen minyak berkenaan menghubungi polis bagi melaporkan perkara tersebut.

Bagaimanapun, hasil siasatan polis dan bomba tidak menjumpai sebarang bahan letupan dalam kenderaan tersebut dan stesen minyak tersebut disahkan selamat.

Ditulis oleh: Nurul Izzati Amir

Continue Reading

Info

Vape, Shisha Termasuk Dalam Peraturan Larangan Merokok

Published

on

By

Foto: The Star

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata larangan merokok di semua premis makanan turut melibatkan produk tembakau lain.

Jelasnya, produk tembakau itu termasuklah vape, shisha dan “e-cigarettes”.

Dalam pada itu, beliau turut nafi dakwaan kononnya mana-mana individu yang melaporkan kes melanggar arahan larangan merokok di premis makanan akan terima ganjaran wang tunai.

Ini selepas gambar viral yang mendakwa mana-mana individu yang buat laporan akan diberi ganjaran wang tunai.

Datuk Seri Dr Dzulkefly bagaimanapun maklumkan akan menyemak perkara tersebut kerana terdapat kemungkinan ianya dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

Setakat semalam, hampir 1,500 amaran bertulis dikeluarkan kepada individu yang gagal patuhi arahan hasil pemantauan di hampir 3,000 tempat makan.

Ditulis oleh: Nurul Izzati Amir

Continue Reading

Trending