Tutup Iklan Close Ad
Connect with us

Terhibur Tengok Video Drogba Layan Kerenah Peminat Cilik Lawan Lompat Getah

Published

on

Tiada yang lebih comel dari melihat reaksi peminat cilik Didier Drogba, Lulu ketika bertemu dengan idolanya.

Video berdurasi 6 minit yang dimuat naik Stadium Astro ini benar-benar buat kami terhibur.

Astro Supersport menghantar Lulu, 8 tahun untuk mewawancara bekas bintang Chelsea, Didier Drogba.

Semasa temubual, dia mencabar lelaki dengan ketinggian 6 kaki 2 inci itu untuk bermain permainan ‘Lompat Getah’.

Mampukah pemain Legend Chelsea berusia 40 tahun itu menyahut cabaran Lulu?

Jom tengok ni.

Jangan lupa saksikan Astro Small World, jam 8.30 malam ini di saluran Astro SuperSport.

Info

Adik Haziq Disahkan Maut Dalam Serangan Tembakan. Al-Fatihah

Published

on

By

Muhammad Haqiz Mohd Tarmizi, 17, telah disahkan maut dalam serangan di Christchurch, New Zealand.

Pengesahan dibuat oleh Wisma Putra dalam satu kenyataan pagi ini.

Haziq antara 50 mangsa yang terlibat dalam insiden berkenaan adalah anak kepada Mohd Tarmizi Shuib, 46, yang juga cedera dalam serangan tersebut.

Rakyat Malaysia lain yang cedera dalam insiden itu ialah Muhammad Nazril Hisham Omar, 46, dan Rahimi Ahmad, 39.

Al-Fatihah buat Allahyarham Muhammad Haziq dan semua mangsa yang terlibat.

Sumber: Awani

Continue Reading

Pelik Tapi Benar

Hotel Mewah Yang Pelik Dan Design Yang Tak Masuk Akal

Published

on

By

Sebelum ni kita dah dengar akan dibina sebuah hotel angkasa. Ada juga hotel atas pokok. Tak kurang juga hotel berkonsep capsule dan sebagainya. Tapi, kali ini kami nak kongsi dengan korang sebuah hotel mewah yang mempunyai design yang pelik dan tak masuk akal yang akan dibina.

Tetra Hotel akan dibina menggunakan modular system. Kalau korang tengok design ni memang tak masuk akal sebab mana boleh sebuah struktur boleh berdiri dengan stabil sekiranya tapak kecil tapi badan besar.

Bukan tu je, hotel mewah ini juga akan berbentuk prism dan memang dari lain yang lain. Buat masa ini masih belum ada tempat yang spesifik di mana hotel itu akan dibina. Tapi tempat yang dirancang adalah UK, Kanada, Norway atau Cape Verde.

Kontraktor yang bertanggungjawab untuk membina hotel ini adalah kontraktor dari Kanada, WSP. Kontraktor ni pernah membina Shard, London dan juga pembangunan semula Stadium Standford, Chelsea.

Sumber: Daily Mail

Continue Reading

Lokal

Panas Terik Tapi Masih Degil Buat Pembakaran Terbuka!

Published

on

By

Cukup-cukup lah jadi penyebab kepada peningkatan kes kebakaran terutamanya ketika cuaca panas ketika ini!

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, sepanjang dua bulan pertama tahun ni je, 6,500 kes kebakaran telah direkodkan di seluruh negara.

Dan, yang paling menyedihkan, puncanya daripada perbuatan manusia sendiri.
Ini termasuklah pembuangan puntung rokok di merata tempat yang akhirnya menyebabkan kebakaran berlaku.

Bila kebakaran berlaku secara berleluasa, ia sekaligus menjejaskan kualiti udara di beberapa kawasan ketika ini.
Setakat ini, antara kawasan yang catat kualiti udara tidak sihat adalah Rompin dan Balok Baru, Pahang serta Bukit Rambai dan Alor Gajah, Melaka.

Baru awal tahun dah beribu-ribu kes kebakaran dilaporkan, cuba bayangkan kalau hujung tahun nanti 🙁
Tak boleh bayangkanlah kalau kita terpaksa bernafas di dalam asap yang tebal 🙁

Jadi, hentikan pembakaran terbuka dan jangan lupa pakai topeng muka serta kurangkan aktiviti luar sepanjang cuaca panas ni, okay!
Oleh : Izzati Amir


Continue Reading

Info

Cristiano Ronaldo Raih Tempat pertama Dalam Senarai World Fame 100

Published

on

By

Untuk tahun kedua berturut-turut, bintang Juventus, Cristiano Ronaldo raih tempat pertama dalam senarai World Fame 100 yang dikeluarkan ESPN baru-baru ini.

Senarai ini mengambil kira 3 ciri iaitu kekerapan carian di Google, wang yang diperoleh daripada penaja, serta jumlah pengikut di laman sosial.

Ronaldo raih carian paling banyak selepas cetus fenomena Julai lalu apabila mendedahkan dia akan meninggalkan Real Madrid untuk menyertai Juve dengan nilai 100 juta euro.

Pemenang Balon d’Or 5 kali itu juga terima 37 juta dolar wang daripada penaja selain memiliki seramai 148 juta pengikut di media sosial.

CR7 berjaya ketepikan bintang bola keranjang LA Lakers, Lebron James dan bintang bolasepak Barcelona, Lionel Messi, masing-masing duduki tempat kedua dan ketiga.

Tahun lalu, Ronaldo turut muncul atlet paling ‘famous’ ekoran berjaya bantu Real Madrid julang trofi Liga Juara-Juara Eropah untuk kali ke-3 berturut-turut!

Orang ke alien dia ni? Hmm. Korang rasa boleh ke Ronaldo jadi atlet paling ‘famous’ untuk 3 tahun berturut-turut?

Oleh: Mohamad Karami

Continue Reading

Pelik Tapi Benar

Nyamuk Terbesar Di Dunia Ditemui di China

Published

on

By

Berapa besar size nyamuk yang pernah korang jumpa? Dikatakan nyamuk terebesar di dunia ditemui di China dengan saiz sayap sepanjang 11.15 sentimeter. Besar tu weyh!

Nyamuk tu ditemui oleh entomologis dari China, Zhao Li sewaktu mengada pemeriksaan di pergunungan Qingcheng pada bulan Ogos yang lalu. Zhao berkata dia mengambil masa agak lama untuk mengesahkan serangga tersebut adalah nyamuk yang terbesar di dunia sebelum mendedahkannya pada umum.

Panjang nyamuk ini adalah 5 sentimeter dan saiz sayap nyamuk ini pula 11.15 sentimeter. Dengan ukuran tersebut, size nyamuk ini mnejadi 10 ganda lebih besar dari saiz nyamuk biasa.

Sumber: scmp.com

Oleh: Azwar Kamaruzaman

Continue Reading

Info

Tragedi Christchurch: Facebook, Twitter, Google Takkan Senyap Je?

Published

on

By

Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan satu insiden tembakan rambang di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand!


Foto: mangsa Christchurch

Yang paling tak sangka, kejadian tembak menembak itu disiarkan secara langsung di Facebook milik suspek!

Dengan kuasa viral, video itu turut tersebar di semua platform media sosial seluruh dunia dengan sekelip mata.

Susulan viralnya video itu, tiga syarikat media sosial, Facebook, Google dan Twitter dikritik hebat oleh pelbagai pihak kerana gagal mengesan dan menghentikan penyebaran rakaman video tragedi itu.

Foto: Mark Zuckerberg

Malah, kerajaan New Zealand juga minta ketiga-tiga CEO platform media sosial itu jelaskan bagaimana mereka mengawal kandungan siaran di platform media sosial masing-masing.

Foto: Mark Zuckerberg

Terdahulu beberapa syarikat di New Zealand turut tarik iklan mereka daripada Facebook susulan tragedi itu.

Banyak lagi syarikat dijangka melakukannya dalam usaha menjadikan Facebook dan pemilik platform media sosial lain lebih aktif bendung kandungan berunsur kebencian.

Foto: mangsa tragedi

Tragedi berdarah itu telah mengorbankan 50 nyawa dan berpuluh-puluh lagi cedera.

Foto: remaja hilang

Ini termasuk tiga rakyat Malaysia yang masih dirawat di hospital dan seorang remaja rakyat Malaysia telah disahkan maut dalam serangan di Christchurch, New Zealand.

BACA: Adik Haziq Disahkan Maut Dalam Serangan Tembakan. Al-Fatihah

Dalam keasyikan warganet menyanjung tinggi kuasa media sosial, platform-platform terbabit juga diharap sensitif dalam membendung unsur-unsur yang tidak baik. 

Oleh: Nurul Izzati

Continue Reading

Lokal

Datuk Lee Chong Wei Diarahkan Berehat, Terpaksa Tarik Diri Dari Kejohanan Terbuka Malaysia

Published

on

By

Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei terpaksa tarik diri daripada menyertai kejohanan Terbuka Malaysia bulan depan. 

Chong Wei yang telah diundi untuk bertemu wakil India, K. Srikanth pada pusingan pertama kejohanan itu, bagaimanapun dinasihatkan agar berehat lebih panjang.

Nasihat itu diberikan oleh doktor yang merawat penyakit kanser hidungnya tahun lalu. 

Semalam BAM berkata kesihatan Chong Wei berada dalam keadaan baik namun dinasihatkan tarik diri daripada kejohanan bulan depan supaya tidak meletakkan sebarang tekanan ke atas badannya. 

Ini merupakan kali kedua pemenang pingat perak 3 kali Sukan Olimpik itu menangguhkan aksinya di atas gelanggang.

Sebelum ini, Chong Wei sasarkan untuk kembali beraksi pada kejohanan All England awal bulan ini namun kesihatannya tidak mengizinkan.

Jaguh badminton negara itu terpaksa berehat panjang sejak Julai tahun lepas selepas disahkan menghidap penyakit kanser hidung tahap awal.

Takpelah Datuk. Rehatlah dulu.

Jasa dan sumbangan Datuk terhadap negara dalam sukan badminton ni cukup besar dan tidak mampu dilupakan. 

Diharap semua rakyat Malaysia mendoakan kesihatan Datuk Lee Chong Wei kembali seperti sedia kala.

Oleh: Muhamad Karami

Continue Reading

Inspirasi

Baru Lepas Mandulkan Kucing, Pemilik Buat Kenduri Pulut Kuning

Published

on

By

Sesetengah daripada kita menganggap haiwan peliharaan sebagai ahli keluarga.

Tahukah anda dengan kehadiran haiwan kesayangan ia dapat meningkatkan tahap kesihatan dan emosi seseorang.

Imej dari Freepik

Keletah dan gelagat mereka selalu buat kita terhibur. Walaupun kadangkala aksi mereka mengundang rasa marah tapi apabila ingat semula pasti tertawa kecil.

Biasalah bila dah sayang, ada yang sampai sanggup berhabis duit demi haiwan peliharaan mereka. Beli makanan berkhasiat, kadang-kala tinggalkan mereka di hotel kucing, selalu bawa jumpa veterinar dan spa serta macam-macam lagi. Yelah dah jadi macam ahli keluarga sendirikan mestilah dijaga sepenuh hati.

Baru-baru ini viral di Twitter, pemilik kepada tiga kucing membuat pulut kuning dengan rendang telur puyuh sempena kucing-kucingnya disunatkan atau dimandulkan. Comel sangat!

Tweet yang dimuat naik oleh @NiniNell mencuri perhatian ramai sehinggakan mendapat lebih 26,000 retweet dan 17,000 favourite. Rata-rata netizen terhibur dan memuji tindakan tuan punya kucing itu.

Ini antara respon daripada netizen.

Menerusi laporan Mstar, secara kebetulan majlis kesyukuran dibuat sempena tiga kucing Khairul Faizi dimandulkan. Jadi mereka sekeluarga memutuskan untuk meletakkan pelekat ‘majlis kesyukuran berkhatan’ supaya nampak cantik dan kreatif. Respect!

View this post on Instagram

Atlas. Arez. Achilles.

A post shared by JV (@jupiter_loves_venus) on

Jadi, sama-sama pupuk nilai kasih sayang dalam diri kita untuk saling mengasihi. Tidak kiralah terhadap manusia mahupun makhluk lain.

Continue Reading

Info

Pasti Tak Ramai Yang Tahu, Kura-Kura Suka Dibelai

Published

on

By

Kura kura merupakan haiwan peliharaan yang popular kerana mudah dibela.

Terdapat beberapa jenis atapun spesis kura kura yang sesuai untuk dijadikan haiwan peliharaan contohnya kura kura spesis Indian Star Tortoise ni.

Kalau nak mudah, belalah kura-kura yang jenis tak hidup dalam air, sebabnya yang hidup dalam air ni leceh sikit. Air cepat kotor dan kita kena selalu rajin tukar air. Anyway, kura kura memang haiwan yang sangat manja sebenarnya.

Indian Star Tortoise

Mereka adalah haiwan yang sangat tenang, non aggressive, sangat pemalu dan mempunyai sifat ‘solitary living’ (suka hidup bersendirian) namun kalau mereka sudah selesa dengan tuan yang menjaga dan persekitaran, sifat manja dan friendly mula ditonjolkan.

Tengok ni.

Sumber

Oleh: Khalie Azmi

Continue Reading

Inspirasi

Terus ‘Mengajar’ Di Youtube, Biarpun Cikgu Hayati Telah Tiada. Terima kasih Cikgu!

Published

on

By

Cikgu mana yang tak nak lihat anak muridnya sukses. Pengorbanan dan keikhlasan seorang guru akan selalu dikenang tetapi kadang kala kita tak tahu apa sebenarnya yang dilalui oleh mereka ketika menjalankan tanggungjawab mereka sebagai seorang pendidik.

Dan itulah yang dilakukan oleh cikgu Hayati Aini Ahmad kepada pelajarnya walaupun selepas dia didiagnosis dengan peringkat 4 kanser payudara sejak dua tahun lepas.

Guru subjek Matematik Tambahan ini telah dijemput Ilahi baru-baru ini. Biarpun dia telah tiada, namun ilmu yang dikongsikan menerusi YouTube video akan kekal di alam maya untuk digunapakai oleh sesiapa sahaja.

Menerusi laporan MStar, Abdul Jalil Daud iaitu suami kepada Arwah Puan Hayati berharap ilmu yang dikongsikan isterinya diharap boleh memberi manfaat kepada golongan pelajar.

Menurut Encik Jalil, isterinya terpanggil untuk menyediakan video mengajar dalam Bahasa Melayu kerana ia adalah alternatif buat pelajar yang lemah penguasaan Bahasa Inggeris kerana rata-rata tutorial video dalam Bahasa Inggeris. Arwah isterinya juga sering membantu pelajarnya memahami sesuatu perkara walaupun di luar waktu persekolahan.

Tengok ni.

Kami harap, ilmu yang diturunkan oleh cikgu Hayati akan terus digunakan oleh generasi akan datang.

Al-Fatihah buat cikgu Hayati. Semoga roh cikgu dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Terima kasih cikgu!

Continue Reading

Trending