Tutup Iklan Close Ad
Connect with us

Info

Terletak Di Sabah, Ini Gua Yang Tempatkan Beribu-Ribu Lipas

Published

on

Tak semua orang berani dengan serangga seperti lipas. Bila nampak lipas je, mula lah lari lintang pukang.

Buat korang yang tak suka lipas, Gua Gomantong di Sabah bukanlah tempat terbaik untuk korang lawati.

Gua ini merupakan lokasi lipas paling banyak di bumi. Kira macam port dia lah.

Gua itu diiktiraf sebagai Pengurusan Gua Sarang Burung Terbaik Di Dunia oleh Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF). Sejak abad ke-13, gua ini telah membekalkan sarang burung terbaik untuk maharaja China.

Gomantong memiliki dua kompleks gua, dinamakan Simud Hitam dan Simud Putih.

Selain lipas, bahagian atas gua ini dipenuhi dengan jutaan kelawar liar.

Bayi

Pelakon Train To Busan, Ma Dong Seok Bakal Bintangi Filem Marvel Bersama Angelina Jolie

Published

on

By

Siapa yang tak kenal Ma Dong-Seok, bintang terkenal Korea yang dikenali menerusi filem Train to Busan, Along with The Gods: The Last 49 Days dan Wonderful Ghost.

Lakonanya tak pernah mengecewakan.

Filem Wonderful Ghost

Terbaru, dia khabarkan bakal membintangi filem Marvel ‘The Eternals’ disamping Angelina Jolie.

Filem tersebut dijangka akan ditayangkan pada 2025.

Chloe Zhao

The Eternals akan diarahkan oleh Chloe Zhao, pengarah yang berasal dari Beijing.

Continue Reading

Info

Kenapa Panggung Wayang Jual Popcorn? Apa Kaitan Popcorn dan Movie?

Published

on

By

Pernah tak korang tertanya-tanya, apa kaitan popcorn dengan wayang? Setiap panggung wayang dekat Malaysia ataupun dekat dunia ni wajib jual popcorn, kan? Ada juga jual makanan lain tapi main snack memang popcorn.

Sebenarnya, benda ni dah berlaku zaman 1800 tahun yang lalu. Bunyi popcorn yang pop tu pun dah dikira sebagai hiburan. Tapi, sejarah asalnya bukanlah pemilik wayang yang jual popcorn ni.

Basically, popcorn tu sebenarnya street food. Mereka meniaga popcorn dekat jalanan tepi-tepi panggung wayang. Jadi, diorang beli sementara nak tunggu turn masuk wayang. Namun, dah sifat manusia ni suka melawan dan ramai yang curi-curi bawa masuk makanan ringan tersebut ke dalam wayang. Akhirnya, pemilik panggung wayang pun mula menjual popcorn di panggung wayang.

Begitu lah kisahnya bagaimana popcorn menjadi sangat related dengan panggung wayang.

Sumber: neatorama.com

Oleh: Azwar Kamaruzaman

Continue Reading

Info

Instagram Bercadang Untuk Menyembunyikan Jumlah Like Yang Diterima Pengguna

Published

on

By

Tipulah kalau anda kata jumlah like di foto atau video di Instagram anda tak penting.

Foto: Freepik

Bila dah upload foto atau video di Instagram, pasti ramai yang teruja untuk melihat berapakah jumlah like yang berjaya diperolehi. Betul tak?

Secara tak langsung ia menjadikan aplikasi ini sebagai satu perlumbaan untuk memungut jumlah like yang paling tinggi.

Foto: Freepik

Terbaru, aplikasi Instagram bercadang untuk menyembunyikan jumlah like yang diterima pengguna daripada dilihat orang ramai. Ini kerana mereka mahu pengguna fokus kepada gambar atau video dan bukannya like semata-mata.

Ciri baru ini masih lagi dalam fasa percubaan dan tak mungkin dilaksanakan dalam masa terdekat ini.

Mungkinkah perubahan ini akan memberikan impak yang besar kepada instafamous dan influencer? Yelah, jumlah like untuk setiap post kan penting buat mereka.

Continue Reading

Info

Michelle Yeoh Akan Membintangi Sekuel Filem Avatar

Published

on

By

Foto: Instagram Michelle Yeoh

Menerusi Instagram Tan Sri Michelle Yeoh, beliau mengumumkan akan membintangi sekuel filem Avatar dan bekerjasama dengan James Cameron.

Beliau berasa teruja menjadi sebahagian daripada franchise Avatar dan tidak sabar untuk bekerjasama dengan James Cameron.

Menurut Variety, Micheal Yeoh akan membawa watak selaku ahli sainstis yang dikenali Dr. Karina Mogue dan Avatar 2 dijangka akan ditayangkan pada 18 Disember 2020.

Continue Reading

Info

Sambil Makan Boleh Tengok Hidupan Dalam Laut Di Restoran

Published

on

By

Under merupakan sebuah restoran yang terletak di dalam air, yang terbesar di dunia dengan jumlah 100 tempat duduk untuk pelanggan. Restoran bawah air ini adalah yang pertama di Eropah dan juga berfungsi sebagai pusat penyelidikan untuk kehidupan marin.

Separuh bangunan terletak ke dalam laut manakala tugu sebesar 111-kaki pula terletak di permukaan air.

Struktur itu dibina untuk diintegrasikan ke dalam persekitaran marin, konkrit bangunan juga berfungsi sebagai terumbu buatan yang mengalu-alukan limpet atau siput kecil dan kelpa untuk menghuninya.

Selain itu, terdapat juga tingkap panaroma lautan bawah air. Bolehlah makan sambil menikmati pemandangan.

Kjetil Trædal Thorsen, pengasas dan juga arkitek memberitahu, Under adalah perkembangan semula jadi eksperimen dengan sempadan.

Under bukan sekadar restoran sahaja, ia juga berfungsi sebagai kemudahan penyelidikan marin.

Bangunan ini membolehkan saintis marin biologi mempelajari hidupan akuatik dengan menggunakan kamera di bawah air. Saintis dapat mengumpul pelbagai data seperti populasi, tingkah laku dan kepelbagaian spesies yang berada disekeliling. Objektif utama mereka ialah untuk mengumpul data yang boleh diprogramkan menjadi alat pembelajaran mesin yang memantau dinamika populasi spesies marin utama secara teratur.

Ini merupakan salah satu cara untuk menghargai dan mengambil lebih pengetahuan tentang laut.

Sumber

Continue Reading

Info

Tayangan Filem Avengers: Endgame di Indonesia Lebih Awal Berbanding Di Malaysia

Published

on

By

Kalau di Malaysia, tayangan Avengers: Endgame bermula seawal 7 pagi pada 24 April 2019, pawagam-pawagam di Indonesia juga nampaknya tidak ketinggalan membuat tayangan awal untuk filem ini.

Tayangan filem tersebut lebih awal berbanding di Malaysia iaitu seawal 5 pagi di beberapa pawagam Cinemaxx yang terpilih.

Tak tahulah kan, kalau TGV, MBO atau GSS nak buat surprise tiba-tiba ada pula tayangan seawal jam 5 pagi tu.

Continue Reading

Info

Kajian Mendapati, Bau Badan Manusia Punca Nyamuk Gigit

Published

on

By

Gigitan nyamuk akan menimbulkan bekas berupa benjol dengan warna merah serta rasa gatal. Tak ada orang yang suka apabila digigit nyamuk. Pelbagai penyakit berpunca dari gigitan nyamuk. Antaranya; demam denggi, malaria, virus zeka serta penyakit kaki gajah.

Memetik laporan Daily Mail, ada saintis yang mendapati nyamuk lebih tertarik kepada golongan manusia yang menghidap malaria.

Sekumpulan penyelidik dari Sweden berjaya mengenal pasti bau yang terhasil dari parasit malaria yang hanya boleh dikesan oleh nyamuk. Malaria berpunca dari parasit dan ia disebarkan oleh nyamuk. 

Universiti Stockholm, Sweeden turut menerbitkan sebuah jurnal sains hasil dari penyelidikan itu.

Sumber: CARI

Continue Reading

Info

Pemilik Kereta Akan Didenda, Jika Nombor Plat Kereta Mereka Kotor

Published

on

By

Tahukah anda, di Britain nombor plat kotor juga dianggap sebagai salah satu kesalahan undang-undang?

Selain dari fokus membersihkan badan kereta pemilik kereta juga perlu memastikan nombor plat kereta mereka bersih agar nombor pendaftaran atau nombor plat kereta mereka dapat dilihat dengan jelas.

Pemilik kenderaan akan didenda sebanyak £1,000 (RM5,384) jika nombor pendaftaran anda gagal dilihat dengan jelas.

Pemandu digesa untuk memeriksa nombor plat mereka untuk memastikan

Sementara itu, di Malaysia pemilik kenderaan yang tidak mempamerkan nombor plat mengikut spesifikasi boleh dikenakan denda RM100 – RM250 berdasarkan tempoh kompaun.

Dengan jumlah denda yang begitu tinggi di Britain, maka tidak hairanlah kenapa pemilik kenderaan begitu mematuhi peraturan.

Sumber:

thesun

Continue Reading

Info

Tak Layak Pecah Rekod Dunia Walaupun Telah Menyanyi Selama Lima Hari Dengan 106 Jam Berturut-Turut

Published

on

By

Demi memecahkan rekod dunia baru, seorang lelaki sanggup menyanyi selama lebih 100 jam tanpa henti.

Dominican Carlos Silver cuba mengatasi rekod sebelum ini yang dipegang seorang penyanyi India, Suni Waghmare pada 2015 yang menyanyi selama 105 jam berturut-turut.

Malangnya, percubaannya untuk memecahkan rekod dunia itu menjadi sia-sia selepas pihak Guinness mendapati Carlos telah melanggar syarat utama agensi itu.

Menerusi video persembahan, pihak Guiness mendapati Carlos berehat lebih dari masa yang sepatutnya.

Carlos dikatakan berhenti rehat sehingga dua minit di mana peraturannya hanya membenarkan berehat selama 30 saat antara lagu.

Bagaimanapun, Carlos tidak menafikannya namun dia berasa kecewa kerana dia telah memberi Guinness lebih 6,420  saat dan berjaya mengalahkan rekod Waghmare.

Carlos berpendapat pegawai Guinness terlalu berkira dari segi pengiraan. Katanya, dia hanya manusia dan bukan robot.

Persembahan Carlos memakan masa selama lima hari dengan menyanyi 106.7 jam, lebih satu jam berbanding rekod sebelum  ini.

Ini merupakan percubaan kedua Carlos, selepas gagal pada tahun 2016.

Continue Reading

Info

Rakaman Mencemaskan, Pesawat Kecil Kelihatan Terhuyung-Hayang Melakukan Pendaratan

Published

on

By

Bukankah keselamatan harus di utama, jadi kenapa perlu merungut apabila flight delay?

Angin kuat berkelajuan 120km sejam.

Satu rakaman video pesawat kecil, Cessna 680 Citation Sovereign dari E-Aviation terpaksa melakukan pendaratan dalam keadaan terhuyung-hayang ekoran angin kuat di Lapangan Terbang Dusseldorf, Jerman.

Keadaan angin kuat melampau menyukarkan pendaratan.

Juruterbang juga dilihat berusaha meluruskan serta mengimbangi badan pesawat ketika ia semakin menghampiri landasan.

Lebih mencemaskan lagi, sayap belah kanan pesawat juga dilihat terseret ke lantai landasan.

Bagaimanapun, pesawat kecil itu kelihatan berjaya mendarat dengan selamat.

Tengok ni.

Sumber

Continue Reading

Trending