Tutup Iklan Close Ad
Connect with us

Kecantikan

Tips Miliki Bibir Pink Semulajadi Kurang Dari 24 Jam

Published

on

Memiliki bibir sihat dan kemerah – merahan menjadi idaman setiap wanita. Pasti ramai diluar sana yang gusar jika bibir kering dan pecah – pecah kan? Untuk memiliki bibir yang cantik, kita perlu melakukan rutin tertentu untuk kekalkan ia sentiasa lembut dan cantik. Antara cara mudah untuk kekalkan bibir merah yang ternyata berkesan dalam masa 24 jam sahaja adalah :

1. Keledek Merah

083913300_1461465395-bit

Sapukan potongan keledek merah ini pada bibir anda dua kali sehari supaya warna aslinya serap di bibir.

2. Minyak Zaitun

028580500_1461465513-oli

Sapu dan urut bibir anda menggunakan minyak zaitun setiap malam sebelum tidur. Khasiat minyak zaitun mampu melembutkan dan mencerahkan bibir anda.

3. Madu

014202500_1461465452-cloverjelly_com

Madu mempunyai khasiat yang sangat baik untuk melembabkan dan sekaligus mencerahkan warna bibir.

4. Lidah Buaya

016597000_1461465603-stylecraze

Aloevera dapat menyembuhkan bibir pecah dan sangat berkesan untuk menyembuhkan kulit kering. Untuk mendapat hasil yang terbaik sapukan aloevera di bibir anda setiap malam.

5. Minyak Almond

096715300_1461465684-sm

Minyak Almond mengandungi vitamin E yang mampu memberi kelembapan pada tahap maksimum dengan waktu yang singkat. Anda juga boleh gabungkan minyak almond dan madu sebagai sapuan harian sebelum tidur.

Selamat mencuba ya!

Info

6 Sebab Kenapa Rambut Lambat Panjang

Published

on

By

Banyak faktor yang merencatkan pertumbahan rambut. Sebab utama bukanlah kerana anda tidak menjaga kesihatan rambut dengan baik, terdapat beberapa faktor lain yang menyumbang kepada permasalahan ini seperti; stress, kekurangan hormon dan beberapa punca lain. 

Berikut merupakan sebab-sebab utama kenapa rambut lambat panjang yang anda perlu tahu:

1. Stress
Gangguan emosi merupakan salah faktor terbesar untuk memiliki rambut yang tidak berkualiti. Menderita akibat stress boleh menyebabkan rambut anda gugur dengan sangat cepat.
2. Penggunaan Bahan Kimia Yang Berlebihan
Menggunakan bahan kimia pada rambut juga merupakan salah satu faktor yang melambatkan pertumbuhan rambut. Melakukan bleaching, rebonding, mengerintingkan rambut  atau kerap menggayakan rambut boleh menyebabkan rambut rosak dan ‘mati’. 
 
Untuk pengetahuan semua, bahan kimia turut melambatkan pertumbuhan rambut.
3. Kekurangan Nutrisi
Antara faktor lain yang menyumbang kepada permasalahan ini adalah kekurangan nutrisi. Mengamalkan diet yang tidak seimbang akan menghancurkan folikel (akar) rambut sehingga menyebabkan rambut sukar untuk tumbuh.
Tubuh manusia memerlukan jumlah vitamin, protein serta elemen-elemen lain untuk berfungsi dengan baik, begitu juga dengan rambut anda.
5. Pengambilan Ubat
Pengambilan ubat-ubatan secara tak langsung akan memberikan kesan kepada kulit kepala dan juga rambut.
6. Kurang Tidur
Kurang tidur juga boleh menjadi punca rambut lambat panjang. Sebaiknya anda perlu tidur antara 7 ke 8 jam setap hari bagi menjana sel-sel rambut ketika anda tidur ini kerana ketika itu tubuh dan otak anda seTidur yang mencukupi, antara 7 ke 8 jam dalam sehari mampu menjana sel-sel rambut ketika anda tidur kerana ketika itu tubuh dan otak anda sedang berehat.

Continue Reading

Info

5 Punca Sebenar Kenapa Wanita Cepat Nampak Tua!

Published

on

By

Imej dari Freepik

1. Kulit Kering

Ya, kulit kering serta kusam akan menampakkan wanita lebih berusia dari umur sebenar. Anda kena tahu, penjagaan wajah dan badan harus ditukar bersesuaian mengikut perubahan kulit. Sebab? Kulit yang kering akan lebih cenderung untuk kulit jadi lebih kusam, jeragat dan juga berkedut.

2. Berat badan naik selepas berkahwin dan bersalin

Wanita akan berubah hormon selepas umur mencecah 26 tahun ke atas. Wanita yang sudah berkahwin dan bersalin akan cenderung untuk menjadi lebih berisi. Wanita akan cepat nampak tua sekiranya penjagaan badan tidak dijaga dengan betul. Ramai yang menggunakan alasan sudah berkahwin dan tiada masa untuk jaga badan. Alasan ini tidak boleh diguna pakai dan penjagaan diri harus sentiasa dititikberatkan.

3. Dah hilang rasa nak cantik gara-gara terasa diri sudah tua

Pemikiran seperti ini salah sama sekali ,walaupun umur sudah masuk 30 ke atas, wanita kena berterusan jaga penampilan diri, kena sentiasa mencantikkan diri. Jika tidak, anda akan nampak lebih tua dari umur sebenar. 4

4. Malas

Buang sifat malas. Jangan pernah rasa malas untuk kecantikkan dan kesihatan diri. Jangan pernah rasa malas untuk tampil menawan dan cantik di hadapan orang ramai. Paling penting jangan malas untuk bersenam dan minum air masak yang secukupnya!

5. Terlalu Kerap Bersolek

Memakai alat solek terlalu kerap merupakansalah satu faktor pantas penuaan bagi kaum wanita. Tahukah anda setiap barangan solekan mempunyai tarikh tamat tempoh tertentu dan akan memberikan kesan buruk pada wajah sekiranya penggunaan melebihi had masa.

Sumber: Hanasuva

Continue Reading

Info

Air Garam Boleh Menghalang Kelemumur dan Keguguran Rambut. Ingin Tahu Caranya?

Published

on

By

 

Tahukah anda mencuci rambut dengan air garam boleh menghalang rambut  dari kelemumur dan gugur? Air garam boleh melembutkan rambut anda dan juga boleh membersihkan kulit kepala.  Jika anda mempunyai masalah kelemumur dan rambut gugur, anda boleh cuba cara ini di rumah. Tak perlu habiskan wangberiban-riban untuk atasi masalah ini. nak tahu caranya? Jom kita usha tips ini :

Sesudah syampu rambut anda, letakkan sejumlah garam yang bersesuai dengan ketebalan dan kepanjangan rambut anda di dalam besen. Rendam rambut anda selama 3 hingga 5 minit. Urut kepala anda dengan lembut dan perlahan agar air garam itu meresap ke dalam kulit kepala. Kemudian, bilas rambut anda. jangan malas, ulangi cara ini sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Insyaallah menjadi. Senang kan? haa boleh cuba dan lihat sendiri hasilnya okay !

Kenapa anda perlu cuci rambut dengan air garam?

1. Menghilangkan kelemumur

kelemumur merupakan bakteria. Jika rambut anda penuh dengan kelemumur, cara paling bagus, bersihkan rambut dengan air garam. Garam boleh membunuh bakteria dan menyegarkan kulit kepala.
 
2. Rambut kelihatan lebih segar

Ya, air garam boleh membantu masalah kulit kepala berminyak, serta kotoran lain. Jika anda boleh atasi semua ini, maka rambut anda kan kelihata lebih segar dan berkilat !

3. Menghalang keguguran rambut
 
Air garam boleh menyebabkan liang liang di kulit kepala tertutup rapat dan akan menghalang dari berlakunya keguguran rambut.

Selamat mencuba! Baik lelaki atau perempuan, semua boleh cuba kaedah ini ya !

Continue Reading

Kecantikan

3 Sebab Kenapa Anda Perlu Mandi Guna Air Sejuk

Published

on

By

Imej dari Daily Baskar.

Kenapa mandi air sejuk jauh lebih baik, ini sebab-sebabnya:

1. Air sejuk terapi terbaik untuk mengatasi masalah depressi anda

Berdasarkan satu kajian, setiap orang yang cuba mandian ais hydroterapi mampu merawat tekanan. Apabila air sejuk disiram ke tubuh, ia akan membuatkan anda merasa lebih tenang.

2. Air sejuk membakar lemak

Terdapat dua jenis lemak dalam tubuh badan, white fat (lemak yang hanya boleh dihapuskan dengan bersenam) serta brown fat (lemak yang terkumpul di dalam badan dan ia diperlukan untuk menghangatkan suhu badan keika sejuk).

Bila anda mandi menggunakan air sejuk, brown fat akan menjadi aktif untuk menghangatkan suhu badan anda dan ia akan membakar kalori dengan meningkatkan kadar metabolisme badan. Kiranya setiap kali mandi air sejuk, anda akan membakar kalori.

3. Rambut lebih sihat dan bersinar

Air sejuk juga menyihatkan serta mencantikkan rambut anda. Air sejuk mengecilkan liang pori dan menghindar dari pori tersebut. Dalam erti kata lain, tiada lagi masalah jerawat!

Setiap kali mandi air sejuk, sebaiknya anda curahkan air di tapak kaki dahulu, kemudian ke paha, perut, dada dan kepala. Suhu sejuk boleh buat anda sesak nafas tapi jangan risau kerana ia adalah proses untuk menghangatkan tubuh badan dan seterusnya meningkatkan pengaliran oksigen.

Sumber: Cosmopolitan

Continue Reading

Kecantikan

4 Tips Mencantikkan Kuku Anda Secara Semulajadi

Published

on

By

Imej dari onedio

Nak nampak cantik bukan hanya fokus pada bahagian wajah dan tubuh badan sahaja. Kecantikkan dan kebersihan kuku tangan dan kuku kaki juga perlu diambil kira. Yelah, penampilan yang cantik, kemas serta bersih amat penting dalam meningkatkan keyakinan dalam diri.

Ini antara cara mudah untuk memiliki kuku sihat dan putih tanpa perlu berbelanja banyak, buat kat rumah gitu.

Limau Nipis

Belah dua limau nipis. Gosok kat  kuku anda dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian, bilas dengan air. 

Bawang Putih

Kupas bawang putih dan bersihkannya. Tumbuk bawang putih tu sampai lumat dan gosok pada kuku. Kemudian bilas sehingga bersih. Kuku anda akan nampak lebih sihat dan serta berkilat. Bawang putih mampi mengatasi masalah kuku mudah rapuh.

Lemon

Lemon mengandungi vitamin C yang tinggi, ia mampu menjadi kuku lebih sihat, cantik dan berkilat. Sapukan hirisan lemon pada kuku anda dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian bilas. Lemon dapat membantu mengatasi masalah kuku kuning.

Kulit Tembikai

Gosok kulit buah tembikai pada kuku anda. Biarkan ia mengering terlebih dahulu. Kemudian, cuci dengan air sehingga bersih.

Selamat mencuba!

Sumber: EH!

Continue Reading

Kecantikan

Trik Mudah Elak Rambut Gugur Atau Putus Tersangkut Pada Sikat

Published

on

By

Lepas sikat rambut, mesti ada banyak rambut yang putus atau gugur tersangkut pada sikat. Masalah seperti ini selalu terjadi kepada orang yang berambut panjang.

Setelah selesai sikat rambut, jenuhlah nak bersihkan sikat tu balik. Dah jadi satu kerja pula nak kena buang rambut yang terlekat pada sikat tu kan.

Seorang v-blogger telah menemui satu cara bijak, mudah dan berkesan bagi mengelakkan rambut anda dari tersangkut pada sikat anda itu. Nanti try lah buat macam ni. Sebelum tu, jom tengok video kat bawah ni dulu:

 Selamat mencuba!

Sumber: Instagram Iramzey

Continue Reading

Kecantikan

Penting Sangat Ke Vitamin C Untuk Kulit?

Published

on

By

Oleh: Azwar Kamaruzaman

Selalu orang cakap kalau nak kulit cantik kena banyakkan vitamin C. Tapi kita abaikan sebab kita tak tahu macam mana Vitamin C tu boleh mencantikkan kulit. Jadi, kami nak kongsikan macam mana vitamin C ni sangat penting bukan je untuk cantikkan kulit je tapi untuk kulit yang sihat juga.

1. Kulit Mulus

Vitamin C ni boleh bertindak sebagai antioksidan. Benda ni boleh protect kulit daripada rosak pada bahagian luar disebabkan perkara-perkara seperti vahaya UV matahari, asap-asap kotor dan sebagainya. Jadi, korang kena banyakkan makan makanan yang mengandungi vitamin C suaya boleh mendapatkan kulit yang mulus.

2. Pigment Constructor

Kalau korang kurang Vitamin C kulit muka korang aka nada tompokan pada kulit. Jadi, cara terbaik untuk menghilangkan tompokan tersebut adalah dengan consume vitamin C. Tapi, tompokan hitam tu tak kan hilang dengan sehari je. Jangan lah mengharap hari ni makan vitamin C esok dah hilang. Sebab proses ni ambil masa.

Apa makanan yang mengandungi banyak Vitamin C?

Imej dari Singapore Food Blog

Seeloknya korang makan buah yang berwarna merah atau oren. Sebab buah-buah seperti Oren, strawberi, betik, kiwi dan jambu sangat tinggi dengan vitamin C.

 

Sumber: Cosmopolitan

Continue Reading

Kecantikan

Cara Mudah Dan Berkesan Buang Blackhead & Whitehead

Published

on

By

Masalah blackhead dan whitehead ini berpunca dari kulit muka yang berminyak sekaligus menyebabkan masalah pada liang pori. Selain itu, kulit muka juga akan jadi berlubang-lubang dan membentuk bintik hitam.

Di sini kami kongsikan satu cara yang berkesan serta menjimatkan untuk buang whitehead serta blackhead yang diamalkan oleh Puan Yanie Rosdi.

Bahan-bahan yang diperlukan:
Sebiji telur (putih telur)
3 keping kapas muka

Cara-caranya:

1. Mula-mula, asingkan putih telur
2. Rendam kapas ke dalam telur putih.


3. Sebelum meletakkan kapas di muka, wapkan muka anda terlebih dahulu dengan air suam bagi membuka liang pori di muka.
4. Kemudian, letakkan kapas bertelur itu pada bahagian hidung dan tunggu sehingga sejam atau sehingga kapas tersebut kering.

Hasilnya, kulit akan terasa lebih licin dan segar selepas anda mengangkat kapas tersebut. Sebaiknya, amalkan tips ini 2 kali seminggu dan lihat hasilnya nanti. Selamat mencuba!

 

Sumber: Sirap Limau

Continue Reading

Info

Tips Pilih Lipstik Ikut Warna Kulit

Published

on

By

Sumber forum.cari.com.my. Foto elle.com

Kulit Cerah

Coklat muda dengan sedikit rona merah jambu untuk penampilan yang ceria.

Warna jernih atau honey untuk nampak natural.

Coklat tua untuk nampak matang dan menyerlah.

 

Sawo Matang

Untuk kulit lebih menonjol, pilih coklat tua.

Coklat karamel untuk penampilan natural.

 

Kuning Langsat

Coklat kemerahan untuk nampak segar.

Merah hati untuk nampak matang

Gabungkan warna coklat dan plum untuk tampil menggoda.

 

Kulit gelap

Rangkaian warna coklat sesuai untuk warna coklat yang lebih gelap.

Dan warna merah gelap untuk nampak lebih menonjol.

Continue Reading

Kecantikan

Ini Sebabnya Kenapa Anda Perlu Pakai Perapi Rambut Selepas Syampu

Published

on

By

Setiap kali anda pakai perapi rambut atau conditioner selepas mencuci rambut, rambut anda jadi lebih lembut dan sihat.  

Tahukah anda, perapi rambut juga membantu mengimbangi tahap pH rambut anda.

Pastikan anda menggunakan perapi yang sesuai untuk rambut dan jangan sikat rambut ketika rambut anda basah.

Kalau nak rambut anda sihat, lembut dan kekal cantik seperti baru keluar salon, pastikan anda menggunakan perapi rambut.

Sumber: Womenshair.about

Continue Reading

Trending