Tutup Iklan Close Ad
Connect with us

Kongsi Tips

Tips Penting Jaga Cermin Mata Supaya Tahan Lebih Lama

Published

on

Pastinya kita semua sudah tahu tentang kegunaan cermin mata. Ianya adalah salah satu alat bantuan penglihatan untuk sesiapa yang mempunyai masalah rabun sama ada masalah rabun jauh ataupun dekat.

Jadi di sini pentingnya untuk menjaga cermin mata agar lebih tahan lama untuk dipakai. Malah ada sesetengah individu yang baru sahaja enam bulan memaka cermin mata, tetapi keadaannya penuh dengan calar balar. Ikuti tips dari Optometris Puan Hanun Nadiah Rozi ini tentang kepentingan menjaga cermin mata.

Orang kata cermin mata ni sejenis pelaburan. Kita labur duit untuk penglihatan lebih baik.

Tapi kadangkala, pelaburan ni tak bertahan lama. Baru enam bulan pakai, dah calar sana sini.

Jadi, bagaimana nak bagi cermin mata tahan lebih lama supaya bertahun-tahun boleh pakai?

Saya kongsikan tips ya.

+ Jika mahu lap kesan cap jari atau habuk atas kanta cermin mata, pastikan bukan dalam keadaan kanta kering. Lalukan cermin pada air dulu supaya habuk berlalu pergi. Boleh kalau nak lap masa kering. Cumanya, kanta tu akan lagi cepat bercalar kalau ada habuk melekat semasa dilap.

+ Disebabkan kanta tu seeloknya basah, jangan pula sewaktu tiada sumber air, anda sedekah air liur pula pada kanta. Tahukah anda, air liur mungkin mengandungi minyak dan unsur lain yang boleh sebabkan lapisan antisilau kanta rosak.

+ Lap kanta guna kain lembut contohnya kain mikrofiber. Boleh kalau nak guna tisu atau kain biasa, cuma nanti cermin lagi senang ada kesan calar sebab material kasar. Ibarat seperti kesan parut pada kulit sebab terhiris duri pokok bunga ros. Akibatnya nanti, lagi cepat pula perlu melabur pada kanta lain.

+ Masa nak tidur, buka cermin mata, letak elok-elok di tepi bantal atau atas meja terdekat. Pastikan kantanya menghadap siling (ke atas). Supaya kanta tak bergeser dengan permukaan kasar. Tapi kalau letak dalam bekas khas bingkai tersebut, diizinkan.

+ Jaga cermin mata ni macam jaga cermin kereta. Contohnya, masa memandu, mesti nak cermin depan bersih, betul tak.. Baru rasa puas bila nak ‘aim’ potong kereta depan. Jadi kalau dah rasa comot tu, jemput lap ya.

Tips di atas akan jadi mudah jika benar benar sayang pada peneman setia mata anda. Sayangilah mereka.

Besar harapan saya agar jodoh anda panjang dengan cermin mata masing-masing. 😊

P/s : Perkenalkan ‘nyawa kedua’ saya. Faham-faham sajalah kalau power tinggi ni. Hilang arah kalau tiada cermin mata.

Hanun Nadiah Rozi

Optometris

Sumber dari Siakap Keli dan Hanun Nadiah Rozi

Kongsi Tips

Kesalahan Yang Sering Dilakukan Ketika Mencuci Seluar Jeans

Published

on

By

Ikut tips di bawah bagi mengelakkan seluar jeans atau pakaian anda rosak:

1. Tidak Terbalikkan Jeans

Sebaiknya anda perlu cuci bahagian dalam ke luar kerana kaedah ini membantu mengekalkan warna asal seluar tersebut. Lagi satu, pastikan anda zip dan butang semua sebelum meletakkan ke dalam mesin basuh, ok?

2. Sumbat Selagi Boleh

Jangan sumbat baju kotor anda dalam mesin basuh dengan banyak. Lagi banyak baju yang disumbat, lagi payah mesin tu nak cuci pakaian anda tu. Bila mesin terlalu penuh, zip mudah rosak dan jahitan benang juga akan tertanggal kerana tiada ruang yang secukupnya untuk baju-baju berpusing di dalam mesin itu.

3. Guna Mesin Pengering Terlalu Lama

Sekarang ni ramai yang menggunakan alat pengering untuk mengeringkan baju-baju yang dah dicuci. Tapi tahukah anda jeans anda boleh mengecut apabila ditinggalkan di dalam mesin pengering terlalu lama. Sebaiknya jangan keringkan jeans atau pakaian lain terlalu lama.

Biarkan pakaian yang masih lembab itu di ampaian dan biar ia kering dengan sendiri.

Continue Reading

Kongsi Tips

MakeUp Wanita Jepun vs Korea, Mana Yang Lebih Cantik?

Published

on

By

Seorang Youtuber kongsikan perbezaan solekan antara wanita Jepun dan Korea.

Daiya menjelaskan bahawa pilihan warna merupakan perbezaan yang paling ketara di antara kedua-dua negara tersebut. Warna-warna terang seperti oren, merah, merah jambu, keemasan dan coklat lebih popular di Korea.

Kebanyakan wanita Jepun pula lebih suka memakai solekan dengan warna merah jambu serta nude colours.

Untuk menunjukkan perbezaan, Daiya menggunakan bahagian kiri wajahnya dengan gaya solekan wanitaKorea, dan di sebelah kanan pula gaya solekan wanita Jepun.

Menurutnya, wanita dari Korea dan Jepun lebih gemar mengenakan solekan nipis supaya mereka kelihatan lebih natural.

Tengok video di bawah.

Continue Reading

Kongsi Tips

Nak Gambar Nampak Superb, Ikut Tips Lelaki Ni Edit Guna Lightroom

Published

on

By

Zaman sekarang ni semua benda dihujung jari. Nak cari lokasi guna Waze, nak order makan WhatsApp je, nak shopping pun online je, nak belajar edit gambar atau video pun boleh kat Twitter je.

Menerusi Twitter @hansvii_, Azim ada berkongsi tutorial video menggunakan aplikasi Lightroom untuk mengedit gambar.

Tutorial ni memang nampak mudah gila dan anda patut cuba!

Tengok ni.

Brader Azim ni siap share gambar original agar pengguna Twitter lain boleh cuba edit menggunakan gambar yang sama.

Sehingga kini, post tutorial video berguna daripada Azim telah mendapat lebih 3,451 retweet dan 5,7000 favourite.

Feedback daripada kawan-kawan di Twitter pun positif. Tak kurang juga yang berkongsi gambar yang telah diedit.

Apa yang pasti, gambar cantik tidak hanya bergantung kepada kualiti kamera sahaja tau. Rajin-rajinkanlah diri untuk belajar edit gambar guna aplikasi yang ada. Selamat mencuba!

Continue Reading

Kesihatan

Badan Kurus Kering Susah Nak Gemuk. Kenapa?

Published

on

By

Mesti anda ada family ataupun kawan yang jenis badannya kurus tapi kuat makan? Nak tahu kenapa? Ini sebab-sebabnya:

STRESS

Orang yang stress biasanya kurang nafsu makan. Hal inilah yang menyebabkan badan menjadi kurus dan susah gemuk.

SUKA TIDUR

Orang yang suka tidur lebih cendurung untuk kurus dan susah untuk gemuk. Jadi, kalau nak badan lebih berisi kurangkan aktiviti tidur anda.

KURANG BERSUKAN

Bersukan merupakan aktiviti yang mneyihatkan badan, banyak manfaat yang diperolehi dari aktiviti bersukan. Namun sayangnya ramai yang malas untuk melakukan aktiviti ini.

KEKURANGAN NUTRISI

Penyebab lain tubuh kurus kering dan susah gemuk ialah kerana kekurangan kandungan nutrisi dalam tubuh badan. Nutrisi merupakan merupakan zat yang sangat diperlukan oleh tubuh badan. Kesan kekurangan nutrisi akan menyebabkan tubuh badan terganggu. Lebihkan makan sayur dan buah.

FAKTOR GENETIK

Penyebab badan kurus kering dan susah gemul yang terakhir ialah kerana faktor genetik. Jika anda merupakan salah seorang yang memiliki badan yang kurus kering kerana faktor keturunan ini anda harus menerimanya dengan redha dan hati yang terbuka. Biar kurus tapi sihat!

Continue Reading

Kongsi Tips

Bila Waktu Terbaik Nak Timbang Berat Badan

Published

on

By

Nak timbang berat badan pun ada waktu-waktunya. Bukan main timbang je.

Menurut satu kajian, waktu terbaik untuk timbang berat badang adalah pada setiap pagi pada jam atau waktu yang sama. Lebih-lebih lagi masa lepas buang air kecil, sebelum sarapan atau selepas bangun pagi.

Ada juga yang mencadangkan agar menimbang berat badan sekali seminggu sahaja. Oklah tu, tak lah stress bila tengok berat badan sendiri hari-hari. Ye dak?

Sumber: myliferia

Continue Reading

Kongsi Tips

Jangan Sesekali Buat #7 Benda Ni Ketika Berada Di Lapangan Terbang

Published

on

By

Ada beberapa isu di airport yang pernah berlaku untuk kita jadikan pengajaran di masa depan. Nampak remeh tapi bila kena batang hidung dan nampak tali gantung nak senyum pun tak lalu bang.

1. Jangan terima kiriman dari orang lain yang tak pasti hujung pangkalnya.

Apa lagi yang sudah siap di bungkus. Kalau barang-barang yang baru di beli sebaiknya anda bungkus sendiri supaya tidak ada benda-benda terlarang di bawa bersama melintasi border control.

2. Jangan combine bag dengan travel buddies yang baru kenal kat group-group travel.

Biar lah check in asing-asing dan bayar lebih. Kita tak tau apa yang ada dalam bag kawan tu. Kecuali travel buddies anda jenis boleh share spender dengan anda ok lah.

3. Jangan pernah biarkan backpack anda tidak berbalut/ tanpa raincover.

Boleh membuatkan anda kehilangan nyawa. Kerana ada sindiket yang akan menyelitkan barang-barang terlarang di beg anda.

Kalau anda lepas beg anda akan di curi. Kalau anda tak lepas anda mungkin akan ke dalam dan mungkin akan jadi banduan akhir.

4. Jangan berbaik hati tawarkan ruang beg anda untuk orang di depan atau di sebelah anda yang mana beg terlebih had berat.

Kalau nak tolong sangat, beri duit adalah lebih baik demi keselamatan anda daripada beri ruang beg anda. Walau terlebih setengah kilo saja pun jangan lah bagi mereka checkin beg di bawah nama anda. Kalau setengah kilo tu semua ganja tak pasal-pasal masuk bawah akta 39B = mati.

5. Jangan pernah pegang barang orang lain semasa di airport.

Kalau ada orang mintak tolong suruh je dia letak di pondok polis, kaunter informasi atau mana-mana tempat yang selamat untuk bag dia. Yang penting bukan di tangan anda. Walau yang mintak tolong tu Maria Ozawa sekali pun tolong lah jangan pegang kan.

6. Kalau anda berada di surau dan kasut anda hilang, jangan pakai kasut yang di tinggalkan di surau tersebut.

Mungkin kasut itu dah di selitkan dadah dan cuba menjadikan anda keldai untuk melepasi border control.

Kalau anda lepas akan ada orang yang pulangkan kasut anda dengan alasan tertukar semasa di surau.

7. Jangan pernah tinggalkan beg anda tanpa pengawasan

Bawa saja ke mana anda pergi walau ke tandas sekali pun, takut di masukkan benda-benda terlarang oleh sindiket-sindiket tertentu.

Ada kisah benar tentang seorang pemuda yang mana beliau sekarang sudah arwah di tali gantung.

Semasa di airport berhampiran tandas seorang lelaki tergesa-gesa hendak masuk ke tandas (macam orang cirit) dan meminta dia pegang briefcase dan terus berlari masuk ke tandas.

Kurang dari 5 minit pemuda itu telah di kepung dan ternyata di dalam briefcaseitu adalah dadah. Lelaki yang lari ke tandas tu dah hilang entah ke mana.

Kisah ini di ceritakan oleh sepupu pemuda itu. Kalau cerita ini tipu ambil je pengajaranya bukan persoalkan kerja polis. Apa-apa hal, happy traveling guys. Stay safe. Jangan baik sangat. Biar selfish bertempat.

Continue Reading

Kongsi Tips

Anda Boleh Mendapatkan Semula Mesej WhatsApp Yang Telah Dipadam

Published

on

By

Sekarang ni mesej Whatsapp yang silap dihantar boleh dipadam semula. Namun, tahukah anda sebenarnya ada langkah-langkah yang boleh memunculkan semula mesej whatsapp tersebut?

Ni cara-cara yang anda boleh lakukan untuk mendapatkan semula mesej whatsapp yang telah dipadam:

1. Delete aplikasi WhatsApp daripada iPhone atau Android

2. Muat turun semula WhatsApp daripada stor aplikasi

3. Log masuk, kemudian memulihkan rekod mesej daripada back-up

Nampak macam complicated. Tapi kalau gigih sangat nak baca mesej yang dipadam boleh lah cuba cara ni.

Sumber: Astro Awani

Continue Reading

Kongsi Tips

Tak Nak Cermin Mata Berwap, Boleh Cuba Cara Ni

Published

on

By

Hanya orang yang pakai spek tahu macam mana perasaan bila keluar daripada tempat yang berhawa dingin kemudian spek berwap. Satu hal pula nak lap dulu spek tu baru boleh berjalan. Kalau tak nanti habis semua benda langgar silap-silap boleh terjatuh. 

Ada cara sebenarnya nak elakkan spek tu daripada berwap kalau keluar daripada tempat berhawa dingin iaitu dengan cara letakkan cuci spek dengan menggunakan shaving foam. Kalau tak ada shaving foam, boleh guna apa jua jenis sabun. 

Continue Reading

Kongsi Tips

AWAS! Ini 7 Cara Penyeluk Saku Yang Korang Kena Hati-Hati

Published

on

By

Pickpoket atau penyeluk saku ni ada je dekat mana-mana. Diorang ni sememangnya licik. Dalam masa beberapa saat tanpa korang sedar pun, diorang boleh seluk angan diorang dalam beg ataupun poket baju korang.

Jadi, kami nak kongsi dengan korang macam mana insiden ini boleh terjadi dan cara untuk korang elak terjadi perkara-perkara seperti ini.

Sumber: Daily Mail

Continue Reading

Kongsi Tips

Jenis-Jenis Pokok Yang Boleh Diletakkan Di Dalam Rumah, Pejabat

Published

on

By

Pokok mampu menyegarkan suasana di dalam rumah. Namun bukan semua jenis pokok boleh diletakkan di dalam rumah kerana hampir semua pokok memerlukan banyak cahaya, air dan juga penjagaan yang teliti.

Ni kami senaraikan beberapa jenis pokok yang boleh anda letakkan di dalam bangunan tanpa perlu bersusah payah menjaganya.

Calathea

Dragon Tree

Soleiloria

Ferns

Philodendron Cordatum

Peace Lily

Sansevieria Trifasciata

Aspidistra Elatior ‘Veriegata’

Sumber: Viramon

Continue Reading

Trending