Tutup Iklan Close Ad
Connect with us

Trending

Vape Punca Pesawat Terbakar!

Published

on

Punca kebakaran sebuah pesawat sejurus mendarat di sebuah lapangan terbang di Chicago, Amerika Syarikat baru-baru ini disahkan disebabkan vape atau e-rokok.

Menurut jurucakap syarikat penerbangan terlibat, kebakaran kecil itu berlaku akibat peranti itu tiba-tiba panas namun kru pesawat berjaya memadamkannya.

Semua 138 penumpang dan 6 anak kapal terselamat dalam insiden terbabit.

Amerika Syarikat membenarkan vape dibawa dalam pesawat, namun melarangnya diletakkan dalam bagasi yang didaftar masuk.

Vape biasanya dikuasakan oleh bateri lithium yang boleh terbakar sendiri jika terdedah suhu panas ada ada kecacatan pembuatan.

Oleh: Joen Hamzah

Lokal

Social Media Influencer Juga Akan Dikenakan Cukai

Published

on

By

Mana-mana individu yang memperoleh pendapatan melebihi RM5,000 sebulan perlulah mengisytiharkan pendapatan dan akan dikenakan cukai. Tak kisah lah kalau bawah umur sekalipun, mereka tetap akan dikenakan cukai.

Mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967, kanak-kanak bawah umur yang mendapat pendapatan dalam jumlah yang dikenakan pendapatan, juga tertakluk kepada bayaran cukai, tulis Sinar Harian.

Ibu bapa atau penjaga masing-masing perlulah mengisytiharkan pendapatan yang diperolehi oleh anak-anak di bawah umur bagi pihak mereka.

Tahukah anda, penjanaan pendapatan melalui media sosial dikategorikan sebagai profesion? Mereka yang berkenaan perlu mengistiharkan pendapat dan dibenarkan menuntut perbelanjaan dan pembayaran balik cukai.

Imej dari Freepik

LHDN akan mengesan individu yang gagal menisytiharkan pendapatan mereka apabila syarikat-syarikat yang membayar untuk perkhidmatan social media influencer terbabit mengisytiharkan cukai syarikat masing-masing.

Sumber Harian

Continue Reading

Lokal

Gelaran Dewi Remaja Haneesya Ditarik Balik

Published

on

By

Selepas 72 jam memegang gelaran Dewi Remaja 2018/2019, mahkota Haneesya Hanee ditarik balik gara-gara kontroversi yang melanda baru-baru ni.

Menerusi sidang media yang disiarkan menerusi Facebook, gelaran itu telah ditarik semula dan ini insiden merupakan kali pertama dalam sejarah pencarian Dewi Remaja.

Menurut editor Remaja, Faiz Aimman telah melanggar peraturan pertandingan iatu mempamerkan pelakuan tidak senonoh di khalayak ramai.

Dua lagi finalis iaitu Faizni Fazreen Fazeera Faizul dan Erni Nurshahira Khairul Nizam tidak dibenarkan menggunakan gelaran ‘finalis Dewi Remaja’ dalam karier mereka di masa depan.

Dengan penarikan ini, bermakna tahun tiada gelaran bagi Dewi Remaja 2018/2019.

Manakala,  Tia Sarah kekal di kedudukan kedua bagi pertandingan berprestij ini dan akan mewakili nama Dewi Remaja bagi sebarang aktiviti bersama pemenang lain seperti Aween Ismail, Arena Iman dan lain lagi.

Kredit: Remaja

Continue Reading

Lokal

Seakan Hilang Sabar, Atlet Luah Kekecewaan Menerusi Instagram

Published

on

By

Seakan sudah hilang sabar, jaguh lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin meluahkan kekecewaan berhubung situasi yang dialaminya ketika ini.

Menerusi entri terbaru di laman Instagram miliknya, Irfan mempersoalkan tindakan Kementerian Belia dan Sukan mengenai program latihannya selaku atlet kebangsaan.

View this post on Instagram

Just wanna ask you @syedsaddiq, mula2 you bubarkan PODIUM. Then my coach ditamatkan contract serta merta selepas saya pecahkan record kebangsaan 13 kali, 3x SEA Games gold and Asian Championship Silver medal yang saya bersama sama achieved with my coach within 6 years of working together dan elaun dipotong separuh. I’m still alright with it, but right now the situation is I’m without coach dan saya nak pergi training camp tapi tiada bajet (ticket flight saya dah beli). May I ask you a question Yb, you suruh athletes buat results, but you terminate my coach contract, and now that I’ve a new coach(so far saya bayar pakai duit saya sendiri) and right now you tell me, saya takda coach, and then my plan to train overseas tak diluluskan. Explain to me? adakah ini yang YB maksudkan dengan #youthpower? What’s your vision and mission in our sports actually YB? #youthpower #formycountry

A post shared by Irfan Shamshuddin (@irfan_sham) on

Antaranya mengenai pembubaran Program Podium selain pemecatan jurulatihnya, Frank Petrovic yang membantunya mencapai pelbagai kejayaan sejak enam tahun lalu.

Untu rekod sepanjang di bawah bimbingan Petrovic, Irfan tidak pernah gagal untuk memperbaharui rekod kebangsaan setiap tahun dalam mana-mana kejohanan.

Rata-rata netizen dilihat senada dengan kenyataan Irfan dan turut mahu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberikan penjelasan.

Ada juga diantara mereka yang membuat sindiran pedas kepada Menteri Belia dan Sukan itu.

“Adakah ini yang YB maksudkan dengan #youthpower? What’s your vision and mission in our sports actually YB?” kata Irfan di hujung entrinya.

Diharapkan Syed Saddiq segera memberi penjelasan berhubung kemelut ini atau akan ada atlet lain yang membuat kenyataan terbuka seperti.

Buat Irfan, jangan marah-marah okay! Moga tahun 2019 akan terus memberi kejayaan demi kejayaan buat anda dan atlet-atlet lain.

Majulah sukan untuk negaraku Malaysia!

Oleh: Shah Rahimi

Continue Reading

Lokal

Kes Hamil Luar Nikah Ketika Ini Dilihat Amat Membimbangkan

Published

on

By

Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja ketika ini dilihat amat membimbangkan.

Lebih mengejutkan, antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan kes itu adalah ketagihan seks dalam kalangan remaja. 

Pengurus Operasi Pusat Bimbingan dan Perlindungan Remaja, Raudhatus Sakinah, Muha Anun Mohd Noor ada berkongsi dengan kami pengalamannya mengendalikan kes itu.

Tambah Muha, di Raudhatus Sakinah, pihaknya menekankan aspek pengurusan hati dan emosi agar mereka tidak terjebak semula dengan masalah itu.

Dalam pada itu, masalah hamil luar nikah boleh memberikan tekanan emosi yang melampau buat remaja yang menghadapinya.

Pakar psikologi klinikal, Azlina Mohd Ghaffar berkata, pengalaman buruk yang dialami mangsa telah mendorong mereka untuk membuang bayi tersebut.

Malah, terdapat juga kes di mana mangsa alami kemurungan kerana rasa bersalah menyerahkan bayi mereka kepada orang lain.

Tambah Azlina, antara jalan penyelesaian terbaik untuk tangani masalah itu adalah dengan berkongsi perihal kehamilan itu dengan pihak yang dipercayai.

Langkah itu penting agar mangsa dapat mengawal diri daripada membuat keputusan salah yang akhirnya memudaratkan diri sendiri.  

Jadi, bagi anda yang mungkin berdepan dengan masalah sama dan memerlukan bantuan dan sokongan emosi bolehlah hubungi Befrienders KL di talian 03-79568145 atau Raudhatus Sakinah di talian 03-6178 1922.

Tengok ni.

Continue Reading

Lokal

Kementerian Pendidikan Malaysia Jawab Isu Gambar Buku Teks

Published

on

By

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan segera membetulkan infografik pada buku teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tahun 3.

Ia susulan halaman 67 dalam buku teks itu boleh disalah tafsir sebagai menyalahkan mangsa gangguan seksual berhubung ‘penjagaan kehormatan anggota seksual.’

Ralat akan dibuat dalam bentuk ‘QR Code’ esok untuk makluman guru, murid dan ibu bapa. 

Manakala ralat dalam bentuk pelekat akan dicetak dan diedarkan ke semua sekolah mulai 29 Januari ini.

Ia melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

Oleh: Joen Hamzah

Continue Reading

Tengok Sini

Kucing Muka Bengis Ini Popular Di Instagram

Published

on

By

Kucing merupakan haiwan peliharaan yang manja dan suka bermain, namun tidak bagi Pompous Albert.

Kucing jenis Selkirk Rex, milik Mike dan Susan ini mempunya wajah bengis dengan kening berkerut yang membuatkannya kelihatan seperti kucing yang suka marah.

Namun disebabkan wajahnya itu, Albert kini semakin popular di Instagram.

Nama Pompuas Albert pula diberikan kerana dia memiliki bulu kerinting dengan warna putih keabu-abuan yang menyerupai rambut Albert Einstein.

Disebabkan wajahnya yang selalu nampak macam tak puas hati tu, Mike dan Susan memutuskan untuk membuka akaun Instagram milik Pompous Albert dan kini mempunyai seramai 224,000 pengikut.

Continue Reading

Pelik Tapi Benar

Bilik Khas Ini Bantu Orang Ramai Untuk Hilangkan Rasa Marah Dan Stress

Published

on

By

Kesihatan mental berkait rapat dengan kehidupan seharian. Kehidupan yang penuh tekanan mengundang bahaya. Tapi jika anda ada cara untuk mengawal stress, anda pasti dapat menangani tekanan dengan lebih berkesan.

Sebenarnya ada berbagai cara yang boleh dilakukan dalam mengawal stress. Antaranya bernafas dengan dalam, bercakap dengan seseorang, berehat sambil mendengar muzik dan cuba berfikiran positif.

Di Beijing, China pula terdapat sebuah kedai yang membolehkan pengunjung datang untuk memecahkan atau memukul barang-barang yang terdapat di dalam bilik marah bagi melepaskan stress atau rasa marah mereka.

Bilik marah di Beijing ini dicaj pada harga 158 yuan (RM96), boleh digunakan untuk tempoh 30 minit. Pelanggan perlu menyarungkan pakaian perlindungan sebelum mula memukul barang-barang dengan penukul atau kayu besbol berlatar belakangkan muzik pilihan pelanggan itu sendiri.

Antara barang yang terdapat di dalam bilik marah itu.

Tujuan Smash ini dibuka adalah untuk membantu golongan yang hidup tertekan di bandaraya Beijing. Kira-kira 600 pelanggan yang mengunjungi Smash setiap bulan.

Perkhidmatan seperti ini dikatakan terdapat bukan sahaja di Beijing, malah di negara lain termasuklah Amerika Syarikat.

Sumber

Continue Reading

Info

Rupa-Rupanya Crab Stick Tak Gunakan Isi Ketam Langsung

Published

on

By

Adakah anda penggemar jejari isi ketam berwarna merah putih ini? Jika ya, tahukah anda bahawa jejari ketam ini langsung tidak menggunakan isi ketam ketika proses penghasilannya.

Menurut Science Insider, jejari ketam ini dihasil dengan menggunakan pes ikan yang dikenali sebagai ‘surimi’ yang dihasilkan daripada ikan pollock.

Bahan lain seperti gula, kanji, putih telur, dan perisa ketam sebagai penambah rasa kepada jejari ketam digunakan bersama isi ikan tadi ketika diproses sebelum menjadi jejari ketam yang kita makan sekarang.

Jejari ketam juga tidak mempunyai khasia seperti ketam sebenar.

Sumber: Sciene Insider

Continue Reading

Inspirasi

Pakai Selipar Je, Tetapi Lelaki Ini Tetap Memenangi Acara Marathon

Published

on

By

Setiap kali ada acara larian marathon, pakaian sukan yang sesuai seperti baju dan kasut akan menjadi keutamaan buat peserta.

Berbeza dengan Amogne Sendeku Alelgn yang sudah menang 2 larian marathon bertaraf antarabangsa dengan hanya menggunakan sepasang sandal biru biasa.

Lelaki berkenaan memenangi acara Songshan Shaolin International Marathon dan Jingyuan International Maratahon, di China.

Menurutnya, selipar berkenaan tidak mempunyai apa-apa kuasa ghaib, dan beliau hanya selesa menggunakan selipar berkenaan ke mana sahaja.

Sebelum ini, seorang pelari marathon, Zola Budd pernah memenangi sukan Olimpik 1984 dengan hanya berkaki ayam.

Sumber: The Sun

Continue Reading

Lokal

Akhirnya, Subjek Pendidikan Seks Masuk Sekolah ?

Published

on

By

9 peratus murid dalam kelas peralihan seluruh negara aktif melakukan hubungan seks!

Terkejut atau tidak dengan statistik ini?

Maka tidak hairanlah apabila isu pendidikan seks di sekolah kembali menjadi perhatian.

Dan, tepat pada masanya, kerajaan kini dalam usaha untuk mewujudkan subjek pendidikan seks di sekolah. 

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pendidikan tentang perkara itu.

“ 9 peratus itu bukan angka yang kecil! Semakin kita lengah, semakin banyak peningkatannya. Jadi kita harus memahami mengapa mereka melakukan perkara itu. Tapi, kadang-kadang kita gagal memahaminya. Jika benarlah mereka aktif secara seksual seawall usia 13 tahun, maka kita akan berada dalam dunia penafian jika tidak berbicara tentang seks” katanya.   

Tambahnya, subjek itu amat penting dalam menyampaikan fakta  yang benar mengenai seks kepada kanak-kanak.

Hannah Yeoh bagaimanapun berkata langkah itu akan mengambil masa untuk dilaksanakan.

Buat masa ini, pihak berkuasa akan memikirkan langkah lain yang dapat diambil bagi mengatasi masalah ini.

Takutnyaa bila fikirkan apa yang terjadi terhadap generasi akan datang kalau masalah ini tidak dibendung!

Diharap usaha ini dapat dilaksanakan dengan baik dan memberikan kesan positif kepada generasi muda! 

  • Oleh Izzati Amir

Continue Reading

Trending