Tutup Iklan Close Ad
Connect with us

Tengok Sini

[Video] Dilanggar Kereta Api Ketika Berselfie

Published

on

Ini memang kerja gila! Lelaki ini dilanggar kereta api ketika cuba merakam selfie di depan kereta api yang sedang bergerak. Dia dikatakan mengalami kecederaan di kepala dan dikejarkan ke hospital dengan serta merta.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Dazling Stars, kedengaran suara seseorang menjerit memberikannya amaran tentang kereta api yang sedang bergerak ke arahnya namun lelaki terbabit tetap tidak berganjak.

BACA: India Paling Banyak Korban Selfie

Tengok video ni dan jadikan iktibar. Difahamkan, kejadian ini berlaku di India.

Nyawa tak boleh dijual beli. Jadi sayangilah nyawa anda!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tengok Sini

Tak Tahan Boyfriend Asyik Main Phone, Rampas Dan Rendam Phone Dalam Sup Mendidih

Published

on

By

Seorang wanita di China berang dengan sikap teman lelakinya yang asyik bermain dengan telefon sepanjang mereka makan bersama.

Disebabkan tidak tahan dengan sikap itu, biarpun sudah ditegur berkali-kali terus sahaja wanita tu merampas telefon lelaki tersebut dan merendamnya di dalam sup steamboat yang sedang mendidih dan terus berlalu pergi meninggalkan lelaki itu sendiri.

Kejadian yang berlaku di sebuah restoran Chingqing, China itu tular di media sosial. Selepas kejadian itu, pelayan restoran datang membantu lelaki itu.

Sumber: Astro Awani

Continue Reading

Lokal

Kes Hamil Luar Nikah Ketika Ini Dilihat Amat Membimbangkan

Published

on

By

Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja ketika ini dilihat amat membimbangkan.

Lebih mengejutkan, antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan kes itu adalah ketagihan seks dalam kalangan remaja. 

Pengurus Operasi Pusat Bimbingan dan Perlindungan Remaja, Raudhatus Sakinah, Muha Anun Mohd Noor ada berkongsi dengan kami pengalamannya mengendalikan kes itu.

Tambah Muha, di Raudhatus Sakinah, pihaknya menekankan aspek pengurusan hati dan emosi agar mereka tidak terjebak semula dengan masalah itu.

Dalam pada itu, masalah hamil luar nikah boleh memberikan tekanan emosi yang melampau buat remaja yang menghadapinya.

Pakar psikologi klinikal, Azlina Mohd Ghaffar berkata, pengalaman buruk yang dialami mangsa telah mendorong mereka untuk membuang bayi tersebut.

Malah, terdapat juga kes di mana mangsa alami kemurungan kerana rasa bersalah menyerahkan bayi mereka kepada orang lain.

Tambah Azlina, antara jalan penyelesaian terbaik untuk tangani masalah itu adalah dengan berkongsi perihal kehamilan itu dengan pihak yang dipercayai.

Langkah itu penting agar mangsa dapat mengawal diri daripada membuat keputusan salah yang akhirnya memudaratkan diri sendiri.  

Jadi, bagi anda yang mungkin berdepan dengan masalah sama dan memerlukan bantuan dan sokongan emosi bolehlah hubungi Befrienders KL di talian 03-79568145 atau Raudhatus Sakinah di talian 03-6178 1922.

Tengok ni.

Continue Reading

Tengok Sini

Kucing Muka Bengis Ini Popular Di Instagram

Published

on

By

Kucing merupakan haiwan peliharaan yang manja dan suka bermain, namun tidak bagi Pompous Albert.

Kucing jenis Selkirk Rex, milik Mike dan Susan ini mempunya wajah bengis dengan kening berkerut yang membuatkannya kelihatan seperti kucing yang suka marah.

Namun disebabkan wajahnya itu, Albert kini semakin popular di Instagram.

Nama Pompuas Albert pula diberikan kerana dia memiliki bulu kerinting dengan warna putih keabu-abuan yang menyerupai rambut Albert Einstein.

Disebabkan wajahnya yang selalu nampak macam tak puas hati tu, Mike dan Susan memutuskan untuk membuka akaun Instagram milik Pompous Albert dan kini mempunyai seramai 224,000 pengikut.

Continue Reading

Teknologi

Aplikasi Reply ASAP, Memaksa Anak-Anak Membalas Mesej Parents Dengan Serta Merta

Published

on

By

Aplikasi Reply ASAP ini memaksa anak-anak untuk membalas mesej anda dengan serta-merta.

Apabila mesej masuk, aplikasi Reply ASAP akan mengambil alih skrin dan penggera akan berbunyi sehingga pengguna bertindak balas.

Pengguna boleh menekan butang snooze tetapi aplikasi ini akan terus berbunyi sehingga mesej dibalas.

Dari perspektif keselamatan, jika mesej dihantar, aplikasi tersebut akan memberitahu lokasi dimana penerima mesej berada ketika itu.

Pencipta aplikasi, Nick Herbert melancarkan aplikasi Android 18 bulan lalu dan berkata lebih daripada 100,000 orang telah memuat turunnya.

Nick mengakui bahawa sesetengah orang mungkin mendapati teknologi itu mengganggu, tetapi menurutnya aplikasi ini telah merapatkan hubungannya dengan anaknya.

Buat masa ini, aplikasi ini hanya tersedia untuk pengguna Android.

Apple setakat ini menolak aplikasi Reply ASAP ini kerana lokasi dan ciri bunyinya. Nick Herbert berkata beliau akan terus membuat perubahan kepada versi iPhone sehingga ia diluluskan.

Rujukan:

1. wgme

2. local12

Continue Reading

Tengok Sini

Unik! Mata Air Panas Berwarna Merah Jadi Tumpuan Pelancong Di China

Published

on

By

Selain dari mata air panas berwarna merah, kolam ini juga mengeluarkan satu aroma berempah.

Itulah antara keunikkan yang terdapat di hot spring yang terletak di bandar Chongqing yang menjadi tumpuan para pelancong.

Hot Spring yang terletak di bandar Chongqing terkenal kerana ia bukannya seperti kolam air panas biasa. Difahamkan, mereka menggunakan pelbagai jenis herba untuk menghasilkan air panas berwarna merah itu.

Lebih menarik, kolam itu turut diletakkan cili dan kubis plastik, chopstick serta lengkap dengan ‘periuk empat hidangan’ yang sama seperti hidangan popular tradisional Cina iaitu Sichuan Hot Pot.

Sumber

Continue Reading

Tengok Sini

Ini Padahnya Bila Satu Kereta Ambil Dua Kotak Parking

Published

on

By

Tak tahu macam mana orang boleh terfikir untuk park kereta mereka kat dalam dua kotak. Satu kereta satu kotak. Senang je peraturannya kan. Kalau pun lah nak cepat, apa lah salahnya park betul-betul daripada menyusahkan orang lain. 

Dua kereta 4×4 ni lakukan sesuatu untuk ajar lelaki yang park keretanya bukan di kotak yang betul. Korang tengok je video di bawah ni okay?

Continue Reading

Info

Trik Lajukan WiFi Guna Tin Aluminium Ni Berkesan Ke?

Published

on

By

Wifi lambat ni memang tak boleh nak dimaafkan betul. Boleh bawa bergaduh apatah lagi bila dalam rumah tu ramai dan semua berebut nak pakai kan? Asyik on off je router tu supaya wifi lagi cepat. Jangan risau, cuba guna trik kat bawah yang mesti korang tak percaya keberkesanannya. 

Ambil tin aluminium, bersihkan, keringkan, gunting. Simple je!

Sumber: Bright Side

Continue Reading

Seram

Kenapa Bayangan Cermin Tak Ikut Macam Gadis Dalam Video Ni?

Published

on

By

Perkara yang menakutkan bila masuk ke tandas adalah bila nak mengadap cermin. Apatah lagi cermin tersebut berhadapan dengan pintu tandas. Alaaa, biasalah dah takut mesti fikir yang bukan-bukan kan? 

Ada satu video yang viral ni menunjukkan seorang gadis dalam tandas dirakam oleh kawannya. Apabila, kawannya memanggilnya dan dia berpaling. Malangnya, pantulan dirinya di cermin tak ikut apa yang dilakukan.

Continue Reading

Pelik Tapi Benar

Selama 20 Tahun Lelaki Ini Tinggal Serumah Bersama Buaya

Published

on

By

Seorang lelaki berusia 53 tahun dari Phitsanulok, Thailand, Kanathip Nathip mengejutkan orang ramai dengan memelihara seekor reptilia besar dan hanya membiarkan binatang tersebut tinggal bersama di dalam rumah. Tindakan tidak masuk akal Kanathip mengundang rasa tidak selamat kepada tetamu yang ingin datang ke rumahnya.

Jelas Nathip, buaya yang dipelihara ini sudah setia bersamanya selama 20 tahun malah pada asalnya, buaya ini dibeli khas untuk anaknya yang begitu menyukai reptilia dan buaya yang diberi nama Thong ini dibiarkan bebas bergerak di dalam rumah sejak 20 tahun lepas lagi. Bukan sekadar haiwan peliharaan kesayangan, Nathip juga menganggap buaya ini sebagai anak ketiganya. Selepas kedua-dua anak lelakinya dewasa dan mula keluar tinggal di luar. Ish tak masuk akal betul kan!

Sumber

Continue Reading

Info

Adakah Orang Buta Bermimpi Semasa Mereka Tidur?

Published

on

By

Semasa tidur, kita sering bermimpi apa sahaja, sama ada mimpi itu baik mahupun mimpi itu buruk. Namun, wujud persoalan sama ada orang buta dan kurang deria penglihatan boleh bermimpi mahupun tidak?

Dipetik daripada Psycology today, meskipun seseorang itu tidak dapat melihat, dia masih lagi mampu bermimpi kerana terdapat banyak lagi deria yang membantunya dalam kehidupan seharian seperti deria bau, sentuhan, dan rasa.

Malah, mereka yang tidak dapat melihat ini juga dilaporkan mempunyai mimpi buruk yang lebih banyak berbanding mereka yang jelas penglihatannnya. Tambah lagi, mimpi buruk adalah cara otak melatih kita untuk menghadapi ancaman dalam hidup.

Sumber:

https://www.sciencealert.com/blind-people-have-four-times-more-nightmares-than-those-who-can-see

http://phenomena.nationalgeographic.com/2014/02/26/how-the-blind-dream/

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/24709309

https://www.scientificamerican.com/article/what-is-dreaming-and-what-does-it-tell-us-about-memory-excerpt/

Continue Reading

Trending