Tutup Iklan Close Ad
Connect with us

Inspirasi

[Video] Lelaki Ini Ambil Masa 9 Bulan Lengkapkan Jigsaw Puzzle Besar Ini

Published

on

Tak semua orang memiliki kesabaran yang tinggi macam lelaki ni. Andre F mengambil masa 9 bulan untuk melengkapkan 33,600 keping jigsaw puzzle.

Rakaman time lapse ini menunjukkan kegigihan Andre F melengkap “Wildlife” jigsaw puzzle yang berukuran 225” x 62”.

Nak siapkan 18.75 kaki jigsaw puzzle ni bukannya sesuatu yang mudah. Tapi kalau tengok proses mencantumkan semua puzzle menerusi video time lapse ni, memanglah nampak senang je kan. Hehe!

Sumber: Youtube

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Inspirasi

Budak Perempuan Terima Pujian, Selepas Memohon Maaf Kerana Menipu

Published

on

By

“Maaf, saya berbohong kepada kamu kerana saya orang yang miskin, jadi saya tidak boleh membeli Samyang. Sekali lagi, saya minta maaf,” kata Aurora di bawah postingan videonya.

Seorang budak perempuan dikecam netizen selepas dia memuat naik video acah-acah makan mee segera Samyang di Youtube.

Menerusi video berdurasi lebih empat minit yang dimuat naik menggunakan akaun Az Aurora, kelihatan budak perempuan tersebut berusaha untuk menghabiskan mi yang konon-kononnya pedas.

Tengok ni.

Selepas temberangnya ‘dihidu’ netizen, Aurora tidak menyembunyikan dirinya, sebaliknya dia memohon maaf dan tampil menerangkan situasi sebenar di ruangan komen video itu.

Keberanianya mengakui kesilapan, membuatkan kanak-kanak itu meraih pujian daripada netizen. Malah, ada yang bertanyakan alamat rumahnya kerana mahu mengirimkan mee segera Samyang kepadanya.

Sehingga kini video tersebut mendapat lebih 500,000 tontonan.

Continue Reading

Inspirasi

Lihat Bagaimana Lelaki Ini Bantu Neneknya Yang Menghidap Dimensia Minum Cukup Air

Published

on

By

Ini baru orang kata berfikir di luar kotak. Lewis Hornby telah mencipta jelly drops selepas neneknya dibawa ke hospital kerana demensia.

Lewis tahu cabaran utamanya adalah memastikan neneknya cukup minum air agar tidak ternyahhidrat atau dehydrated.  Disebabkan itu dia telah menghasilkan jelly drops, benda manis dengan 90 peratus air di dalamnya.

Matlamatnya adalah untuk membantu pesakit demensia agar mereka minum secukupnya kerana mereka sering lupa untuk minum air atau tidak mahu minum air langsung.

View this post on Instagram

A post shared by BBC News (@bbcnews) on

Lewis turut memenangi anugerah bagi penghasilan jelly drops tersebut.

Sumber: BBC News & jamesdysonawards

Continue Reading

Inspirasi

Lihat Bagaimana Mereka Menyelamatkan Harimau Yang Terperangkap Dalam Telaga Sedalam 25 Kaki

Published

on

By

Demi menyelamatkan seekor anak harimau liar yang terperangkap dalam telaga sedalam 25 kaki, sekumpulan pasukan penyelamat hidupan liar terpaksa menurunkankan kandang untuk membantunya.

Difahamkan, ketika seorang petani dari kampung Pondvadi Lakhangaon di Machar, Maharashtra sedang menghidupkan motor pam dia menyedari terdapat seekor harimau di dalam telaga itu sebelum bertindak menghubungi pasukan penyelamat.

Menerusi video Newsflare, kelihatan sekumpulan pasukan penyelamat berusaha menurunkan kandang ke dalam telaga untuk membawa naik harimau bintang itu.

Pasukan penyelamat berkata anak harimau itu akan dijaga oleh pegawai Jabatan Hutan India untuk memastikan ia sihat sebelum dibebaskan semula.

Sumber

Continue Reading

Inspirasi

Solidariti Untuk New Zealand

Published

on

By

Seluruh New Zealand berkabung hari ini selepas genap seminggu insiden tembakan rambang di dua masjid berlaku di Christchurch.

Foto: Berkabung

Solat Jumaat yang diadakan di Hagley Park hari ini dikawal ketat oleh pihak keselamatan New Zealand.

Foto: solat jumaat Christchurch

Malah lebih mengharukan, rantaian manusia yang disertai oleh kira-kira 2,600 penduduk Christchurch telah diadakan untuk melindungi masyarakat Muslim menunaikan solat Jumaat.

Pada hari ini juga, buat pertama kalinya laungan Azan berkumandang di seluruh New Zealand sebagai tanda sokongan kepada umat Islam di negara itu.

Foto: laungan azan

Malah khutbah Jumaat turut disiarkan secara langsung di stesen radio dan TV New Zealand.

Namun, apa yang lebih membanggakan adalah sokongan yang ditunjukkan oleh kaum wanita di New Zealand melalui #headscarfforharmony.

Foto: #headscarfforharmony.

Mereka tanpa mengira usia telah mengenakan hijab sebagai tanda sokongan kepada wanita muslim.

Kempen itu yang digerakkan awal minggu lalu merupakan inisiatif seorang doktor.

Tidak ketinggalan, Perdana Menteri negara itu, Jacinda Ardern turut hadir di luar perkarangan Masjid Al Noor sebagai tanda solidariti. 

Ternyata nilai kasih sayang dan keprihatinan yang ditonjolkan oleh masyarakat New Zealand terhadap insiden berdarah itu menjadi tauladan buat seluruh dunia.

Ia sekaligus membawa mesej kepada dunia bahawa keamanan adalah milik semua tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit. 

#NewZealandberkabung#headscarfforharmony

Oleh: Izzati Amir

Continue Reading

Inspirasi

Tragedi Christchurch: Ada Apa Dengan Daun Paku-Pakis Viral

Published

on

By

Sejak tragedi serangan terhadap 2 masjid di Christchurch, Jumaat lalu ramai berkongsi dan menjadikan imej daun paku-pakis perak sebagai tanda solidariti terhadap mangsa yang terkorban.

Penulis pun tidak ketinggalan turut menjadikan daun ini sebagai gambar profil di akaun laman sosial.

Paku-pakis perak ini memang sinonim dan jadi antara ikon New Zealand jadi tak hairanlah ia dijadikan pilihan.

Memang sekali pandang kelihatan seperti daun biasa tapi selepas dibelek betul-betul ia sebenarnya ada maksud mendalam dan penuh makna yang membuatkan sesiapa yang mengamatinya tersentuh hati.

Rupa-rupanya imej daun itu diilhamkan oleh seorang kartunis Australia, Pat Campbell yang turut bersolidariti dengan mangsa tragedi serangan.

Kata Campbell, dia pernah datang ke Christchurch beberapa kali dan ada kawan di sana. Dia amat menyenangi kota itu jadi tragedi tersebut turut memberi kesan kepadanya lalu dia memutuskan melukis daun yang penuh simbolik itu sebagai tanda simpati.

Menurut Campbell lagi, dia pada mulanya melukis daun itu sebanyak 49 helai dan setiap satunya memaparkan kedudukan dan posisi muslim yang sedang solat dan berdoa.

Namun dia kemudian ditambah menjadi 50 helai selepas seorang lagi mangsa yang cedera parah akibat serangan tersebut disahkan maut.

Indah dan menarik sungguh apabila dah tahu cerita di sebalik rekaan daun ini.

Jika direnung lebih mendalam, ia juga tanda masih wujud semangat kemanusiaan dan kasih sayang yang murni dan tinggi merentas agama, bangsa dan negara.


*PS Kalau rajin nanti cubalah Google pula apa maksud dan kaitan daun paku-pakis perak kepada New Zealand khasnya menurut legenda kaum Maori

Oleh: KJ
Rujukan dan penghargaan: Twitter Pat Campbell & internet

Continue Reading

Inspirasi

Lihat Suasana Solat Jumaat Di Christchurch Lepas Seminggu Insiden Serangan

Published

on

By

Selepas seminggu insiden serangan di Christchurch yang mengorbankan 50 nyawa, hari ini umat Islam kembali ke masjid untuk solat Jumaat.

Jika kebiasaannya masjid akan dipenuhi dengan hanya umat Islam lelaki, kali ini masjid berkenaan dipenuhi oleh segenap masyarakat yang berlainan agama. Mereka datang bukan sahaja untuk memberi sokongan pada mangsa insiden, malah ada yang datang secara sukarela dengan memakai hijab.

Mangsa insiden yang terselamat daripada tembakan juga hadir dengan berkerusi roda. Solat Jumaat dilakukan dengan menempatkan jemaah dalam satu kawasan, dan beribu pengunjung lain dalam satu kawasan berbeza.

Keadaan penuh rasa sayu dan sedih menyelubungi setiap yang hadir.  Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern juga hadir bersama mereka yang lain.

Kata Imam Masjid Al Noor, Gamal Fouda, kejadian yang berlaku minggu lalu menunjukkan keganasan bukan pada warna kulit, keganasan tidak mempunyai agama dan bangsa.

“Saya juga ingin berterima kasih pada rakan beragama Islam dan bukan Islam saya yang sudi hadir bersama hari ini”, kata Imam Gamal dalam petikan khutbah Jumaatnya.

Sumber

Continue Reading

Inspirasi

Sifat Empati, Kasih Sayang Dan Hormat Menghormati Jacinda Wajar Dicontohi

Published

on

By

Insiden berdarah di Christchurch, minggu lalu meninggalkan kesan yang amat mendalam buat seluruh masyarakat dunia terutamanya New Zealand.

Gelaran sebagai antara negara paling aman di dunia bagaikan diragut ekoran kejadian tembakan rambang yang berlaku di dua masjid di bandar itu.

Tragedi itu telah mengorbankan 50 nyawa termasuk seorang remaja rakyat Malaysia, Allahyarham Mohd Haziq Mohd Tarmizi.

Namun, di sebalik kesedihan insiden berdarah itu, terserlah sisi seorang pemimpin yang amat berwibawa, Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern dalam mengendalikan hal itu.

Sebaik sahaja suspek kes itu ditangkap, beliau bersumpah tidak akan menyebut langsung nama pengganas yang menjadi punca kepada insiden itu.

Sebaliknya beliau menyeru masyarakat untuk mengingati kesemua mangsa yang terkorban dalam tragedi itu.

Quote: “Speak the names of those who were lost rather than the man who took them. He may seek notoriety, but we in New Zealand will give him nothing, not even his name.”

Selepas itu, keprihatinan Jacinda terus jadi buah mulut orang ramai apabila beliau tampil berselendang pada kepalanya ketika menziarahi keluarga mangsa sebagai tanda hormat kepada agama Islam.

Beliau juga berjanji bahawa kerajaan New Zealand akan tanggung segala kos pengebumian dan menjamin bantuan kewangan kepada semua keluarga mangsa terbabit.

Selain itu, beliau juga menuntut penjelasan Facebook, Twitter dan Google bagaimana mereka mengendalikan platform media sosial itu ekoran tersebarnya video insiden itu secara meluas.

Ia sebagai usaha menjadikan Facebook dan pemilik platform media sosial lain lebih aktif dalam bendung kandungan berunsur kebencian.

Sebagai tanda solidariti terhadap insiden yang berlaku, Jacinda minta seluruh penduduk negara itu supaya bertafakur selama dua minit, Jumaat ini.

Malah, stesen televisyen dan radio nasional New Zealand pula akan mengumandangkan azan sembahyang Jumaat.

Terbaru, kurang seminggu tragedi itu berlaku, kerajaan itu telah mengharamkan penjualan senapang di negara itu berkuatakuasa serta-merta.

Sifat empati, kasih sayang dan hormat menghormati yang ditunjukkan oleh Jacinda wajar dicontohi oleh semua pihak dalam mengendalikan apa jua situasi yang dihadapi.

Terima kasih Jacinda Ardern!

Oleh: Izzati Amir

Continue Reading

Inspirasi

Barisan Pemimpin Dan Bekas Pemimpin Negara Titip Doa Buat Arwah Haziq

Published

on

By

Muhammad Haqiz Mohd Tarmizi, 17, telah disahkan meninggal dunia dalam serangan di Christchurch, New Zealand.

Adik Haziq merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang terkorban dalam serangan yang berlaku tempoh hari.

Seluruh rakyat Malaysia amat berdukacita dengan perkhabaran sedih itu, rata-rata menitipkan doa buat arwah Haziq termasuk barisan pemimpin dan bekas pemimpin negara.

Continue Reading

Inspirasi

Baru Lepas Mandulkan Kucing, Pemilik Buat Kenduri Pulut Kuning

Published

on

By

Sesetengah daripada kita menganggap haiwan peliharaan sebagai ahli keluarga.

Tahukah anda dengan kehadiran haiwan kesayangan ia dapat meningkatkan tahap kesihatan dan emosi seseorang.

Imej dari Freepik

Keletah dan gelagat mereka selalu buat kita terhibur. Walaupun kadangkala aksi mereka mengundang rasa marah tapi apabila ingat semula pasti tertawa kecil.

Biasalah bila dah sayang, ada yang sampai sanggup berhabis duit demi haiwan peliharaan mereka. Beli makanan berkhasiat, kadang-kala tinggalkan mereka di hotel kucing, selalu bawa jumpa veterinar dan spa serta macam-macam lagi. Yelah dah jadi macam ahli keluarga sendirikan mestilah dijaga sepenuh hati.

Baru-baru ini viral di Twitter, pemilik kepada tiga kucing membuat pulut kuning dengan rendang telur puyuh sempena kucing-kucingnya disunatkan atau dimandulkan. Comel sangat!

Tweet yang dimuat naik oleh @NiniNell mencuri perhatian ramai sehinggakan mendapat lebih 26,000 retweet dan 17,000 favourite. Rata-rata netizen terhibur dan memuji tindakan tuan punya kucing itu.

Ini antara respon daripada netizen.

Menerusi laporan Mstar, secara kebetulan majlis kesyukuran dibuat sempena tiga kucing Khairul Faizi dimandulkan. Jadi mereka sekeluarga memutuskan untuk meletakkan pelekat ‘majlis kesyukuran berkhatan’ supaya nampak cantik dan kreatif. Respect!

View this post on Instagram

Atlas. Arez. Achilles.

A post shared by JV (@jupiter_loves_venus) on

Jadi, sama-sama pupuk nilai kasih sayang dalam diri kita untuk saling mengasihi. Tidak kiralah terhadap manusia mahupun makhluk lain.

Continue Reading

Inspirasi

Terus ‘Mengajar’ Di Youtube, Biarpun Cikgu Hayati Telah Tiada. Terima kasih Cikgu!

Published

on

By

Cikgu mana yang tak nak lihat anak muridnya sukses. Pengorbanan dan keikhlasan seorang guru akan selalu dikenang tetapi kadang kala kita tak tahu apa sebenarnya yang dilalui oleh mereka ketika menjalankan tanggungjawab mereka sebagai seorang pendidik.

Dan itulah yang dilakukan oleh cikgu Hayati Aini Ahmad kepada pelajarnya walaupun selepas dia didiagnosis dengan peringkat 4 kanser payudara sejak dua tahun lepas.

Guru subjek Matematik Tambahan ini telah dijemput Ilahi baru-baru ini. Biarpun dia telah tiada, namun ilmu yang dikongsikan menerusi YouTube video akan kekal di alam maya untuk digunapakai oleh sesiapa sahaja.

Menerusi laporan MStar, Abdul Jalil Daud iaitu suami kepada Arwah Puan Hayati berharap ilmu yang dikongsikan isterinya diharap boleh memberi manfaat kepada golongan pelajar.

Menurut Encik Jalil, isterinya terpanggil untuk menyediakan video mengajar dalam Bahasa Melayu kerana ia adalah alternatif buat pelajar yang lemah penguasaan Bahasa Inggeris kerana rata-rata tutorial video dalam Bahasa Inggeris. Arwah isterinya juga sering membantu pelajarnya memahami sesuatu perkara walaupun di luar waktu persekolahan.

Tengok ni.

Kami harap, ilmu yang diturunkan oleh cikgu Hayati akan terus digunakan oleh generasi akan datang.

Al-Fatihah buat cikgu Hayati. Semoga roh cikgu dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Terima kasih cikgu!

Continue Reading

Trending