Gara-gara lantang mengecam tindakan rejim Zionis yang tidak berperikemanusiaan menghakis bumi Palestin, akaun Tiktok pelakon, Uyaina Arshad telah pun disekat dan dipadam, baru-baru ini.

Menurut Uyaina yang mendedahkan perkara itu menerusi Instagram dan platform X, akaun Tiktoknya disekat atas kesalahan melanggar garis panduan komuniti yang ditetapkan.
Advertisement
“Akaun TikTok saya disekat untuk selama-lamanya,” tulisnya yang turut berkongsi notifikasi diterima daripada pihak aplikasi berkenaan.
Uyaina bagaimanapun enggan menyerah kalah meskipun telah disekat di Tiktok dan kini tampil membuat akaun lain.
Hey guys! This is the link to my new Tiktok account!
Honestly, lagi berkobar2 nak share ilmu!
Lagi mereka sekat kita, lagi kita bersemangat! 💪🏻https://t.co/3yPRuYuO8B
— 🇲🇾 UA (@UyainaArshad) November 19, 2023
“Ini akaun TikTok baharu saya,” tulisnya menerusi Instagram Story dan X.
Confirmed.
Ok kita buat account baru 😊 pic.twitter.com/pd30j3PUmP
— 🇲🇾 UA (@UyainaArshad) November 19, 2023
Terdahulu, Uyaina adalah antara selebriti tanah air yang dilihat lantang bersuara dan memuatnaik info terkini situasi di Gaza. Malah beliau turut menegur sikap segelintir rakyat Malaysia yang masih bersikap neutral terhadap krisis Palestin-Israel yang kini masuk hari ke-44.
I posted a video about this on my platform.
Guess what? Mestilah kena remove. Siap kena warning lagi.
HasbunAllah Wanikmal Wakil.
We will not be silenced! pic.twitter.com/KTxycOc4nF
— 🇲🇾 UA (@UyainaArshad) November 5, 2023
Sumber: Instagram / X