Pelawak, Ali Puteh dilapor sanggup menjual kereta, motosikal dan juga trofi yang pernah dimenanginya beberapa tahun lalu, dipercayai untuk melangsaikan hutang.
![isteri sebak, ali puteh sanggup gadai motor, trofi dan kereta demi bayar hutang [video]](https://assets.astroaudio.com.my/brands_syok/media/Article/2024/Feb/15/1_5.jpeg)
Menerusi video di Tiktok, Ali dilihat menenangkan isterinya, Melati Fitri yang sebak selepas kereta milik mereka jenis Honda Accord, dijual kepada pembeli.
Advertisement
![isteri sebak, ali puteh sanggup gadai motor, trofi dan kereta demi bayar hutang [video]](https://assets.astroaudio.com.my/brands_syok/media/Article/2024/Feb/15/screenshot-2024-02-15-at-9-56-54-am.png)
"Honda Accord 'sold' (dijual). Terima kasih hamba Allah ini dari Johor Bahru, sangat mudah berurusan.
"Moga ada rezeki lain untuk Ali dan isteri," demikian menurut kapsyen pada video.
@pojie.pidon Honda Accord SOLD✅ TQ hamba Allah ni dari JB … sangat mudah berurusan💪🏽 Moga ada rezeki lain 🤲🏻 @aliputeh @🌸 i am MeL 🌸 #sold #hondaaccord #honda ♬ bunyi asal - hilang
Selain kereta, Ali turut menjual sebuah motosikal RXZ berwarna merah yang dipercayai kepunyaannya sebelum ini.
@pojie.pidon RXZ SOLD ‼️ #sold ♬ original sound - 🎧 Lirik Pendek ✅ - caciu11
Malah, semua trofi dan piala kemenangan Ali ketika menyertai program realiti komedi beberapa tahun lalu juga dijual kepada beberapa pembeli.
![isteri sebak, ali puteh sanggup gadai motor, trofi dan kereta demi bayar hutang [video]](https://assets.astroaudio.com.my/brands_syok/media/Article/2024/Feb/15/2_4.jpeg)
"Sold (dijual). Sayang memang sayang. Terjual semua piala kenangan (program lawak). Insya-Allah ada rezeki lain nanti Ali Puteh dan Melati Fitri," tulis @pojie.pidon menerusi Instagram.
Perkongsian itu mendapat perhatian warganet yang rata-rata memuji tindakan Ali, dipercayai untuk melunaskan hutangnya kepada balu abangnya sendiri iaitu Siti Norhidayah, bernilai RM60,000.
Sumber: Instagram