
Pandemik COVID-19 telah menyerang negara dan mengakibatkan lebih 400 kes didaftarkan. Rentetan perkara itu, penganjuran Anugerah MeleTOP ERA akan ditangguh buat seketika. Anugerah tahunan itu yang sepatutunya berlangsung pada 12 April ini di Axiata Arena, Bukit Jalil akan ditunda hingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
Advertisement
Berdasarkan kenyataan media, langkah ini diambil sebagai usaha untuk membendung penyebaran wabak yang berasal dari Wuhan, China itu. Malah, pihak kerajaan juga telah mengumumkan semua aktiviti perlu dibatalkan.
Biarpun malam kemuncak AME ditangguh namun, undian fasa kedua tetap diteruskan. Para peminat masih boleh mengundi bintang kegemaran mereka melalui pelbagai platform termasuklah aplikasi SYOK. Pengundian fasa kedua akan berkahir pada 12 April 2020 jam 12.00 tengah hari kelak.
Sumber: Astro Awani