Pelakon, Rozita Che Wan mengakui tidak mengajar kedua-dua anak lelakinya untuk tiak memakai selipar ketika keluar dari rumah, sebaliknya hanya berkasut.

Menurut beliau yang mesra dengan panggilan Che Ta, dua anak lelakinya iaitu Ammar Effendy dan Aniq Azzra diajar untuk sentiasa memakai kasut apabila keluar dari rumah meskipun hanya untuk ke kedai serbaneka seperti 7-Eleven.
Advertisement
Bagaimanapun, menurut Che Ta, lain pula celoteh puterinya, Aaisyah Dhia Rana yang diajar oleh bapanya untuk memakai selipar sahaja apabila keluar rumah.

Tambah Che Ta lagi, beliau akan menguruskan pakaian apa yang dipakai oleh keluarganya apabila mereka bercuti mahupun keluar ke acara tertentu.
Malah, beliau akui seronok menguruskan perkara itu dan tidak berasa penat sekalipun.
@mediahiburanofficial Aktres & usahawan, Rozita Che Wan Akui Sampai Sekarang Masih Urus Baju & Persiapan Anak-Anak, Enjoy Buat Sebab Sudah Jadi Minat. Kalau sudah namanya Che Ta Kan? Love Her! #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ A Musica Mais Fofa do Mundo - Bruno Portinho Trilhas para filmes
Kredit Tiktok Media Hiburan