
Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengadakan satu sidang media berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Advertisement
Antara makluman yang menjadi perhatian ialah kebenaran merentas negeri dan rentas daerah tanpa kebenaran daripada pihak polis kecuali untuk pergerakan keluar masuk kawasan PKPD. Perintah ini berkuatkuasa pada hari Isnin ini, 7 Disember.
- Kebenaran rentas negeri dan rentas daerah di seluruh negara tanpa kebenaran daripada pihak polis kecuali di kawasan PKPD adalah bermula pada Isnin, 7 Disember 2020.
— Astro Radio News (@AstroRadioNews) December 5, 2020
Walaupun dah boleh rentas negeri, tapi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa buah negeri dan wilayah masih diteruskan. Jadi, perintah-perintah seperti larangan membuat majlis dan untuk berhimpun masih lagi tidak dibenarkan.
Apa-apa pun sama-sama lah kita bertanggungjawab degan menjaga kesihatan dan keselamatan kita semua.
Sumber: Astro Radio News