Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Emma Maembong Buat Surprise Kini Hamil Anak Kedua [Video]

Pelakon, Emma Maembong telah membuat kejutan pada suaminya yang kini dia sedang hamil cahaya mata kedua.

emma maembong buat surprise kini hamil anak kedua [video]

Menerusi video di Instagram, Emma Maembong pada mulanya berpura-pura mengajak suami, Muhammad Shazli Azhar kononnya untuk rakaman video iklan produk.

Advertisement

 

Namun selepas memulakan video, suaminya terkejut apabila melihat alat ujian kehamilan dalam kotak itu hinggakan dia hilang kata-kata apabila mendapat berita gembira itu dari isterinya.

emma maembong buat surprise kini hamil anak kedua [video]

 

 

 

Emma dan suami juga dilihat terharu dengan perkhabaran ini dan saling berpelukan kerana tidak menyangka dikurniakan cahaya mata kedua.

emma maembong buat surprise kini hamil anak kedua [video]

Terdahulu, Emma Maembong telah mendirikan rumah tangga bersama Shazli pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan cahaya mata pertama bernama Shariq Arshan Gabriel pada 8 November 2020.

 

Sumber: Instagram Emma Maembong 

Advertisement