Selepas sekian lama Nabil Ahmad mengacarakan program MeleTOP bersama selebriti jemputan, kini posisi itu sudah pun mempunyai seorang lagi hos tetap.

Pengacara dan penyampai berita tv tempatan, Hawa Rizwana Ahmad Redzuan kini telah dipilih untuk menjadi hos tetap bersama Nabil Ahmad bagi program rancangan hiburan ini.
Advertisement

Tidak kekok menggalas tanggungjawab yang pernah dipegang oleh pengacara popular sebelum ini, Neelofa, Hawa nampak selesa mengemudi program MeleTOP ini bersama-sama dengan Nabil.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mempunyai pendapat dan komen mereka tersendiri selepas melihat Hawa mengisi kekosongan bagi hos tetap MeleTOP malam ini.
Tak kurang juga komen peminat dari laman Twitter.
Wahhhhhhhhh..@HawaRizwana!!! Ada Hawa, xsabar nak tgk @MyMeleTOP every week #meletop https://t.co/VDhA8hbrwP
— 🌼 حسن الخاتمة (@huseonul) November 1, 2022
@HawaRizwana Host tetp #MeleTOP laa,thniah Hawa&moga trus succes k❤️😍juga hiburkn kami d mlm SELASA yg indah💪 @MyMeleTOP
— HistoryKu_16 (@dyieana1982) November 1, 2022
Hawa Rizwana ni ada vibes Neelofa laaa...#meletop
— AiDaRaDzi (@RadziAida) November 1, 2022
Apa pula kata anda?

Sumber: Instagram / Twitter