Puteri tunggal Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana sering mencuri perhatian ramai menerusi penampilannya yang cukup cantik di media sosial.

Aaisyah yang kini berusia sembilan tahun, baru-baru ini telah dirakam sedang leka memakai bedak dan bersolek, sebelum mereka keluar menonton wayang.
Advertisement
@rozitachewan1 Ada ni tgh bersiap nk p tgk movie barbie . #aaisyahdhiarana #barbie #anakcheta #fyp ♬ Rayuan Perempuan Gila - BRANZZ
Kanak-kanak itu bukan sahaja mengenakan solek, malah turut memakai topeng muka milik ibunya, menerusi rakaman video dibuat Che Ta sendiri.
@rozitachewan1 Semua benda hakk mak dia, dia sesahkannnnnnnnnn… 🤪 . #aaisyahdhiarana #cheta #rcw #rozitachewan #rcw #fyp #anakcheta ♬ original sound - ROZITA CHE WAN
Video itu berjaya menarik jumlah tontonan lebih 3 juta dalam beberapa hari ia dimuatnaik.
Malah, rata-rata netizen dilihat terhibur dengan aksi bersahaja kanak-kanak ini, malah ada juga berpendapat aktiviti itu ‘terlalu dewasa’ buatnya.

Sumber: Tiktok